<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2012 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.
Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
07 August 2012
Tarbiah: Kuasa Niat
NIAT. Sering kita terta-nya-tanya apa itu niat. Selalu kita berniat, tapi tidak pernah kita tahu bagaimana bentuk dan rupa niat tersebut, Namun sebahagian besar tindakan dan perbuatan mampu memberikan tanda atau tafsiran niat yang tersirat. Adakah niat itu cuma ucapan di bibir atau sekadar apa yang terlintas di fikiran? Dan adakah ia berbentuk sepintas lalu atau keinginan kuat yang ditanam di dalam hati untuk melakukan sesuatu perkara atau perbuatan? Apakah istimewanya niat sehinggakan setiap perkara yang ingin dilakukan, disarankan oleh Rasulullah s.a.w. supaya berniat, sebagaimana dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "Sesungguh-nya segala perbuatan yang dilakukan itu dengan niat dan sesungguhnya tiap-tiap manusia menurut apa yang diniatkannya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-nya maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasulnya dan barang siapa yang hijrahnya kepada dunia yang ia ingin . memperolehnya atau kepada perempuan yang hendak dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang dia inginkan." Di samping menyarankan untuk berniat, hadis ini juga menjelaskan, niat adalah suatu ortentasi, seperti melakukan sesuatu kerana mencari reda Allah dan melaksanakan aturan hukum Nya atau kerana dunia semata-mata. Ini bermakna, perjalanan hidup insan sebenarnya mewakili apa yang tersirat dalam hati atau niatnya. Iaitu dilakukan secara rela dan pilihan sendiri bergantung pada keinginan, harapan dan tujuan hidup yang akhirnya menjelma dalam bentuk tindakan yang berpunca dari niat. Tinggal lagi, apa itu niat, dan persoalannya bagaimanakah niat itu dan bila berlakunya niat. Mungkin ramai yang masih belum faham dengan jelas pengertiannya dan mungkin sebahagian dari kita masih lagi was was tentang rupa bentuk niat itu sendiri. Al Islam menemui Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Dr. Salasiah Hanin Hamjah untuk merungkaikan kemusykilan tersebut. Menurut Dr. Salasiah, untuk memahami pengertian niat, eloklah di-fahami definisi niat terlebih dahulu. Dari segi bahasa niat bererti qasad, tujuan atau kehendak. Imam Nawawi mengatakan, niat ialah keinginan yang ada di dalam hati manakala ulama flqh pula mendefinisikan niat sebagai keinginan pada sesuatu diringi dengan perbuatan. Dari segi istilahnya, niat bererti sesuatu perkara yang disengajakan, iaitu perbuatan yang sememang-nya dirancang untuk dilakukan. "Jadi niat adalah keazaman seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan dalam hatinya dan bukannya ucapan di lidah. Dalam erti kata lain,niat itu adalah tujuan sesuatu perbuatan. Segala gerak geri dan perbuatan hata tergambar melalui apa yang tersirat dalam hati, iaitu niat. Perbuatan yang dilakukan dengan rela hati atau pilihan sendiri adalah tafsiran pada niat itu. Bahkan apa yang dirancang, keinginan dan harapan akan menjelma dalam bentuk tindakan berpunca dari niat. "Jelas bahawa, walaupun sekadar terlintas di hati, seperti seseorang itu terlintas untuk berpuasa hari esok, tetapi sebelum tidur dia terlupa berniat, maka apa yang terlintas di fikirannya itu juga dikira sebagai niat. Dan tiada alasan untuk tidak berpuasa kerana terlupa," jelasnya lagi. Pada dasarnya, setiap perbuatan itu berkisar pada tiga komponen, iaitu, hati (batin, yang berupa niat atau keyakinan), Usan (ucapan) dan anggota tubuh (tindakan atau amal perbuatan). Dengan berniat kita mampu menggerakkan, sekaligus menentukan gerak langkah anggota seluruh tubuh untuk melakukan sesuatu perkara baik yang terpuji maupun tercela, semuanya bergantung atas perintah dan arahan yang diberikan oleh hati. DI MANAKAH LETAKNYA NIAT Ramai di kalangan kita yang masih lagi tidak faham bila dan di mana niat itu berlaku. Dalam hal ini, ulama sepakat berpendapat, niat letaknya di hati, tidak perlu dilafazkan dan tidak wajib lafaz dengan lidah atau perkataan. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, niat itu adalah amalan hati semata, bukan amalan lidah. Ia merangkumi sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, berwuduk dan sebagainya. Pun begitu ia tidak seperti mana yang kebanyakan kita lakukan dengan menyebut, "sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala" atau sengaja aku berniat sekian dan sekian..." Cara ini tidak ditekankan oleh Rasulullah s.a.w., tidak juga dari para sahabat dan para tabi'in. Al-Zarkasyi dalam fatwanya yang memetik perkataan al-Ghazali berkata, "urusan niat dalam ibadat itu mudah, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan hakikat niat atau (disebabkan) was-was." Jadi bagaimana pula amalan sebahagian besar masyarakat Islam kita yang sering melafazkan ucapan niat seiring dengan niat atau keinginan yang ditanamkan dalam hati sebelum melaksanakan ibadat seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya? Malah anak-anak kecil sering diajarkan lafaz-lafaz tertentu sebelum melaksanakan ibadat tersebut. Ujar Dr. Salasiah, tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya kita melafazkan niat, kerana ia dapat membantu menyempurnakan niat dan menambahkan keyakinan terhadap amal perbuatan kita. Dalam ibadat solat, puasa, haji dan lain-lain terdapat lafaz-lafaz niat yang tertentu seperti mana yang diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat. Namun lafaz niat tersebut bukanlah suatu perkara yang wajib. Ia hanya sunat dan lebih afdal dilakukan. Malah ia lebih sebagai garis panduan terhadap niat untuk kita melakukan amal ibadat tersebut. "Ini bersesuaian dengan pendapat Imam Syafle yang mengatakan sunat melafazkan niat dengan lidah kerana dengan lafaz dapat membantu menyempurnakan niat dan menguatkan keyakinan dalam hati. Juga untuk mengelakkan dari perasaan was-was dan tipu daya syaitan," katanya. Al Islam Ogos 2011