<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2012 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.
Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
08 August 2012
Tarbiah: Pengaruh Niat
SEMEMANGNYA niat mempunyai pengaruh dan peranan yang besar dalam menentukan halatuju dan perjalanan hidup seseoiang Niat atau kehendak sebenarnya turut diperkatakan dalam Psikologi Barat. Ini dapat dibuktikan melalui teori 'The Hierarchy of Needs" yang dipopularkan oleh Abraham Maslow. Menurut teori tersebut, keperluan hidup manusia berasaskan kepada kehendak yang pelu dipenuhi dari masa ke semasa bermula dari keperluan untuk hidup sehinggalah pada kepuasan kendiri yang menentukan bahagia atau tidak seseorang itu. Ini menjelaskan niat atau kehendak dapat menentukan bahagia atau tidak bahagianya seseorang. Begitu kuat sekali pengaruh niat sehinggakan dapat menentukan arah perjalanan hidup seseorang. Menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Dr. Salasiah Hanin Hamjah, niat sangat berhubung rapat dengan psikologi, niat boleh merangsing dan mendorong hati dan minda untuk menggerakkan tingkah laku melakukan sesuatu perbuatan. Dalam pengertian yangi lebih luas, niat berupa dorongan hati yang boleh menentukan kehidupan seseorang itu sama ada dapat menemui kebahagiaan atau sebaliknya. "Niat juga faktor pendorong untuk berjaya atau tidaknya sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan. Rajin dan malas serta serius atau tidaknya untuk melakukan sesuatu perkara sangat bergantung pada berapa kuatnya niat yang dimiliki. "Niat juga mengandungi keajaiban dan kekuatan yang sukar untuk kita jelaskan dengan kata-kata.Umpamanya, kita memasang niat untuk melakukan sesuatu perkara. Contohnya berniat untuk berpuasa. Maka sepanjang hari kita mampu, menahan lapar dan dahaga dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Bahkan perokok tegar juga mampu menahan keinginan sepanjang berpuasa berbeza sekiranya kita tidak berniat untuk berpuasa. Niat juga dapat menjadi benteng darL melakukan perkara maksiat," katanya Menurutnya lagi sebagai orang Islam, segala perbuatan kita bergantung pada niat untul mengharapkan keredaan Allah. Niat hidup kita adalah untuk beribadat kepada Allah. Malah dalam lslam sekiranya seseorang itu berniat melakukan kebaikan walaupun belum dilaksanakan tetap terhitung mendapat satu kebaikan (pahala). Tetapi sekiranya terlintas berniat melakukan perkara keburukan (maksiat), belum dikira berdosa melainkan setelah dia melakukan perkara buruk tersebut. "Kita diwajibkan berniat untuk membezakan sama ada perbuatan yang dilakukan itu ibadat atau adat kebiasaan. Setiap perbuatan yang diniatkan ikhlas kerana Allal dikira sebagai ibadat berbanding jika tidak berniat kerana Allah. Niat juga dapat membezakan jenis jenis ibadat agar kita lebih fokus dan dapat menumpukan amalan ibadat yang dilakukan. Niat juga sebagai penentu sempurna atau tidaknya sesuatu amalan . "Ada tiga kategori orang melakukan amal ibadat, iaitu mereka yang beramal untuk mendapat ganjaran pahala, beramal kerana takutkan azab Allah dan mereka yang beramal kerana bersyukur kepada Allah. Ramai dari kalangan kita yang melakukan amal ibadat kerana mengharapkan ganjaran dan takut pada azab Allah Sebahknya hanya segelintn yang Beramal keiana bersyukur terhadap nikmat yang Allah kurniakan kepada kita Sebaik baiknya hendaklah kita mengikhlaskan niat kerana Allah dalam ibadat dan memperbetulkan tujuan serta tindakan dalam kehidupan kita seharian"' katanya. AL ISLAM Ogos 2011