Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

27 September 2012

Soal Jawab Agama: Amanah ketika marah ....



Amanah ketika marah,
bolehkah dilaksanakan?
Ruangan ini dikendalikan oleh:
MOHD. ZAIDI RAMLI
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga
Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan.
Sekiranya para pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama,
sila kemukakan soalan-soalan ke alamat
zaidi71Jnr@yahoo.com atau shamsinoruksb@yahoo.com.my
 
 
SOALAN:
 
Assalamualaikum,  SEORANG ibu mengamanahkan kepada anak perempuannya supaya tidak memberikan harta kepada anak lelakinya apabila dia mati kelak. Arahan tersebut dibuat ketika si ibu sedang marah kerana anak lelakinya tidak pernah ambil tahu keadaan dirinya apatah lagi ketika dia jatuh sakit. Dan sebelum mati, ibu tersebut memberi pesan sedemikian dan hak harta untuk anak lelakinya itu diberikan kepada anak perempuan yang menjaganya.
 
Si ibu tidak pula membuat tukaran nama ke atas harta tersebut dan tidak pula mewasiatkannya. Apakah dalam hal ini, harta yang diberikan kepada anak perempuan tersebut boleh dianggap sebagai hibah? Ini kerana tiada perjanjian hitam putih yang dibuat. Dan sekiranya bukan, apakah harta yang ditinggalkan itu perlu dibahagikan mengikut hukum faraid? Mohon jawapan daripada ustaz.
 
JAWAPAN:
 
Dalam senario ini, wajar bagi si ibu untuk berkecil hati terhadap anak lelakinya yang mengabaikan beliau sementelahan pula dalam keadaan tidak sihat dan sakit. Perlakuan anak lelaki tersebut dianggap derhaka. Anak lelaki itu wajib memohon keampunan daripada ibunya seterusnya bertaubat nasuha dari perbuatan terkutuk itu. Jika sekiranya enggan, bimbang dia diazab oleh Allah pada hari kemudian kelak. Bagaimanapun, hasrat ibu supaya tidak mengagihkan hartanya kepada anak lelaki tersebut juga adalah suatu maksiat yang perlu dihindari, memandangkan anak tersebut mempunyai haknya di dalam harta tersebut.
 
Agihan harta sepenuhnya kepada anak perempuan selepas kematiannya juga tidak dibolehkan kerana wasiat tidak berlaku kepada ahli waris disebabkan mereka layak menerima secara faraid. Apatah lagi harta yang boleh diwasiatkan tidak boleh melebihi 1/3 hartanya yang bersih iaitu setelah ditolak segala hutang, nazar, kafarah dan lain-lain jika ada. Pemberian yang berat sebelah di kalangan anak-anak perlu dipersetujui oleh mereka apabila wasiat itu hendak dilaksanakan selepas kematian ibu tersebut.
 
Dalam kes ini pemberian ibu kepada anak tersebut tidak dianggap hibah. Apatah lagi tiada bukti nyata yang menunjukkan pemberian tersebut. Bagaimanapun anak perempuan tersebut boleh membuktikan dakwaannya dengan membawa bukti-bukti dan saksi-saksi yang cukup. Dalam konteks ini penyelesaian terhadap pertikaian ini boleh diputuskan di Mahkamah Syariah.
 
Sekiranya tiada apa-apa bukti bahawa harta tersebut diserahkan kepada anak perempuan, maka harta tersebut hendaklah diagihkan menurut hukum harta pusaka Islam setelah dilunaskan segala hutang piutang, wasiat, nazar dan liabiliti-liabiliti kewangan yang lain.
 
Sukacita dinasihatkan agar anak lelaki si mati memberikan sedikit hartanya kepada adik perempuannya yang bersusah payah menjaga ibu semasa hidup dan ketika sakit. Mudah-mudahan sumbangan itu akan mempertautkan semula silaturahim sesama adik-beradik. Ingatlah bahawa silaturahim di kalangan kerabat itu wajib dijaga dan merupakan satu daripada cabang-cabang iman sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Baihaqi.
 
AL ISLAM April 2010




<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.