Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

27 September 2012

Soal Jawan Agama: Batas Aurat Dgn Bukan Islam



Batas Aurat Orang Islam Dan Bukan Islam Yang Sejenis
 
  SOALAN:
 
USTAZ, ketika belajar di universiti, saya ditempatkan sebilik dengan pelajar berketurunan Cina sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak kolej. Menjadi kerunsingan saya, apakah batas aurat perempuan Melayu Islam dengan wanita bukan Islam? Apakah ia sama dengan batas aurat kepada lelaki yang bukan mahram?
 
Setahu saya, tidak menjadi halangan untuk wanita Melayu Islam menunjukkan auratnya melainkan yang tidak dibenarkan oleh Islam iaitu antara lutut dan pusat. Benarkah begitu? Apakah saya berdosa sekiranya batas aurat yang perlu saya jaga sama dengan batas aurat apabila berhadapan dengan lelaki yang bukan mahram?
 
JAWAPAN:
 
Islam tidak melarang sama sekali berinteraksi dengan golongan bukan Islam. Malah kita disuruh mempamerkan teladan yang baik kepada mereka. Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Jadilah kamu umpama tahi lalat apabila berada bersama-sama orang ramai. "Maksudnya supaya orang Islam menyerlah dan mempamerkan keindahan pengamalan syariat Islam.
 
Namun Islam memberikan batas-batasnya. Hal ini bertujuan menjaga kemuliaan dan kehormatan umat Islam. Ia juga bermanfaat bagi memelihara keselamatan diri daripada fitnah masyarakat yang boleh membawa gangguan mental serta fizikal. Masakan orang yang tidak mengimani Allah dan hari akhirat dapat menjaga amanah? Justeru Islam menentukan batasan yang wajar.
 
Dalam hal ini, batasan aurat antara perempuan Islam dan perempuan bukan Islam adalah sama dengan lelaki yang bukan mahram. Cuma para ulama membenarkan mendedahkan anggota yang perlu untuk membuat sesuatu pekerjaan.
 
Mendedahkan aurat mendatangkan dosa. Justeru umat Islam perlu menjaga batasannya. Fahami batas-batas aurat ketika bergaul dengan orang lain. Perlakuan dosa mendedahkan aurat secara berterusan dibimbangkan akan mencabut keimanan kita. Kita juga perlu mengamalkan istighfar agar dosa-dosa kita diampuni Allah.
 
AL ISLAM Mei 2010
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.