Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

07 March 2013

Soal Jawab Agama:Munakahat:Nikah anak tak sah taraf















Munakahat
Prosedur Nikah Anak Tak Sah Taraf
Oleh
 
 SOALAN:
 
Saya akan berkahwin pada pertengahan November tahun ini dan sudah menghantar borang permohonan berkahwin ke pejabat agama Islam. Selepas beberapa hari, saya dimaklumkan bahawa permohonan tersebut tidak dapat diproses kerana pegawai tersebut mendapati tarikh lahir saya tidak sampai empat bulan dari tarikh pernikahan ibu dan bapa saya.
 
Saya dituduh sebagai anak tidak sah taraf. Permohonan saya telah dirujuk ke mahkamah syariah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin.
 
Mengapa saya diperlakukan demikian? Ini merupakan perkara yang amat mengaibkan saya, sedangkan dalam kad pengenalan tertulis saya berbintikan bapa kandung. Bagaimana cara untuk saya memohon ke­benaran bernikah dan apakah dokumen yang diperlukan?
 
 
Jawapan:
 
Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam yang berkuat kuasa di semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, permohonan kebenaran berkahwin pada asalnya memang perlu melalui proses dan urusan di pejabat pendaftar nikah, cerai dan rujuk di tempat individu itu bermastautin.
 
Namun begitu, terdapat beberapa kes khas yang memerlukan pendaftar nikah merujuk terlebih dahulu kepada mahkamah syariah untuk tindakan hakim syarii bagi mengeluarkan kebenaran berkahwin.
 
Selepas mendapat kebenaran berkahwin daripada hakim syarii atau mahkamah syariah, barulah pendaftar nikah boleh memproses dan meluluskan kebenaran berkahwin. Diharapkan saudari tidak salah faham dengan prosedur ini.
 
Kes-kes yang memerlukan kebenaran mahkamah adalah:
 
Permohonan untuk berkahwin di bawah umur. Bagi lelaki yang berumur di bawah 18 tahun atau perempuan di bawah umur 16 tahun yang ingin berkahwin, mereka perlu mendapatkan kebenaran berkahwin daripada mahkamah syariah terlebih dahulu.
Permohonan oleh seseorang janda "berhias", iaitu perempuan yang bercerai sebelum disetubuhi suaminya atau dalam istilah Arab disebut qabla dukhul.
 
Permohonan bernikah secara wali hakim. Pernikahan secara wali hakim ini pula perlu dalam kes berikut:
 
a.       Tiada wali yang sah dalam nasab.
b.       Wali ghaib.
c.       Saudara baru atau mualaf.
d.       Anak tidak sah taraf.
e.       Wali enggan.
f.       Wali dalam ihram haji atau umrah.
g.       Wali tidak dapat dihubungi atas sebab darurat.
h.       Permohonan poligami.
 
Pernikahan Anak Tidak Sah Taraf
 
Maksud anak sah taraf ialah anak yang lahir daripada akad pernikahan yang sah, dalam tempoh tertentu selepas akad nikah atau disebabkan persetubuhan syubhah. Anak tidak sah taraf pula ialah anak yang lahir daripada pernikahan yang tidak sah atau fasid menurut hukum syarak.
 
Secara syariatnya, seseorang anak yang lahir boleh disabitkan nasab kepada ibu yang melahirkannya, sama ada secara sah taraf ataupun tidak. Tetapi untuk anak itu disabitkan nasabnya kepada bapa, beberapa syarat perlu dipenuhi iaitu:
 
Perkahwinan yang sah.
Perkahwinan yang fasid.
Persetubuhan syubhah.
 
 
Fuqaha bersepakat bahawa anak yang dilahirkan oleh wanita yang mempunyai suami yang sah boleh disabitkan nasab kepada suaminya.
 
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Anak yang lahir daripada hamparan (yang sah) berhak disabitkan nasab keturunan dan penzina berhak dilontar dengan batu." (Riwayat al-Jamaah kecuali al-Tirmizi)
 
Hukum di atas adalah dengan syarat suami ialah orang yang boleh menyebabkan isteri hamil, anak dilahirkan selepas enam bulan dari tarikh akad nikah iaitu menurut ulama Hanafi.
 
Menurut jumhur ulama, masa enam bulan dikira dari masa ia dibolehkan melakukan persetubuhan. Jika anak dilahirkan kurang dari tempoh minimum masa mengandung (iaitu enam bulan), ulama bersepakat tidak sabit nasab daripada si suami. Keadaan lain ialah suami dan isteri boleh bertemu dan bersama selepas akad nikah.
Berdasarkan penjelasan tersebut, fuqaha berpendapat jika anak dilahirkan kurang dari tempoh enam bulan selepas akad nikah yang menghalalkan persetubuhan suami dan isteri, maka anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada bapanya.
 
Ini bermaksud bapa tersebut tidak boleh mewalikan pernikahan anak, sebaliknya si anak perlu berwalikan hakim. Dalam kes saudari, permohonan kebenaran berkahwin hendaklah dikemukakan kepada mahkamah rendah syariah di tempat saudari bermastautin.
 
Prosedur Pernikahan
 
Perkara begini sebenarnya boleh diselesaikan dan tidaklah terlalu rumit. Bagi tujuan memohon kebenaran, dokumen-dokumen berikut diperlukan: ©
 
Notis permohonan.
Afidavit sokongan.
 
Lampiran yang diperakukan seperti salinan Mykad, pengesahan pemastautin (jika alamat dalam Mykad ber-lainan dengan alamat bermastautin), borang permoho­nan berkahwin bagi perempuan dan lelaki dan Iain-Iain dokumen berkaitan. Dalam kes saudari, eloklah dikemu­kakan sekali sijil kelahiran dan sijil nikah ibu dan bapa.
 
Surat sokongan daripada pendaftar nikah.
Bayaran yang secukupnya.
Wakalah peguam syarii jika menggunakan khidmat peguam syarii.
 
Jika segala dokumen sudah lengkap dan saksi yang di-kehendaki dapat hadir ke mahkamah pada hari ditetapkan, proses perbicaraan kes seperti ini menjadi mudah dan kebiasaannya boleh diselesaikan dalam masa satu hari sahaja. Jika menggunakan khidmat peguam syarii, maka peguam akan menguruskannya dan menyediakan segala dokumen yang diperlukan.
 
Saya mendoakan semoga segala urusan saudari diper-mudahkan Allah.
 
SOLUSI ISU 45
 
 <<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2013  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.