Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

20 November 2017

Anda Musykil? PU Salman Menjawab: Sahkah wuduk membasuh sekali shja - Hukum baca bismillah - Solat Jamak kerana sakit




Soalan:
Adakah sah wuduk  membasuh sekali sahaja setiap anggota? 

Jawapan:

Sah, sebab tiga kali hanya  sunat. Nabi  pernah basuh sekali dan dua kali. Ini berdasarkan hadis berikut: “Sesungguhnya Nabi  berwuduk dengan membasuh sekali—sekali.” (Riwayat Ibnu Majah) 



Soalan:
Apakah hukum baca ta’awwuz dalam solat? Adakah perlu  dibaca pada setiap rakaat? 

Jawapan:
Hukumnya sunat baca sebelum Fatihah pada setiap rakaat. Dalil daripada firman Allah 
mafhumnya: “Oleh itu, apabila engkau membaca aI—Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang kena rejam. ” (An-Nahl 16: 98) 


 Soalan:
Adakah boleh jamak  solat kerana sakit? 

Jawapan:
Harus hukumnya untuk  buat jamak takdim atau takhir seperti yang difatwakan oleh imam Nawawi (lihat Matan Zubad). Ini berdasarkan hadis, mafhumnya:
“Sesungguhnya Nabi  solat Zuhur dan Asar jamak dan Maghrib dan Isyak jamak tanpa ada sebab takut dan musafir. ” (Riwayat Muslim)