Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

20 November 2017

PU Salman menjawab: Saf solat jemaah bermula dari mana? Solat berimamkan imam yg dibenci



Soalan:
Dari mana  bermulanya saf dalam solat jemaah?


Jawapan:
Saf jemaah bermula dari  tengah bukan dari tepi kanan atau kiri. Ini berdasarkan hadis, mafhumnya: “Jadikan imam di tengah. ” (Riwayat Abu Daud)

Susunannya bermula kanan  kemudian kiri, kanan kiri  sehinggalah penuh. Didahulukan  yang kanan daripada kiri  berdasarkan hadis, mafhumnya:  “Sesungguhnya Allah dan Malaikatnya akan berselawat  kepada yang solat dikanan saf. ”  (Riwayat Abu Daud)   


Soalan:
Sahkah solat  makmum berimamkan imam yang dibenci oleh jemaah kerana perangainya suka buat pinjaman riba? 

Jawapan:
Para ulama bersepakat (ijmak ulama) sah solat berimamkan orang yang fasik (mengekalkan dosa kecil atau melakukan dosa besar). Ini berdasarkan hadis, mafhumnya: “Solatlah berimamkan imam yang baik atau jahat.” (Riwayat Abu Daud)


Namun si imam dalam bahaya kerana solatnya memungkinkan hilang pahala solat jemaahnya.  Nabi  bersabda, mafhumnya: “Tiga golongan yang tidak terangkat solat mereka dari kepala mereka walaupun sejengkal. Pertamanya adalah lelaki yang mengimamkan satu kaum yang bencikan imam itu  ”   (Riwayat at-Tirmizi)