Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

14 August 2018

Soal Jawab Agama Bersama Ustz Mohd. Zaidi Ramli: Makanan syubhah cacatkan keimanan


Makanan syubhah cacatkan keimanan





SOALAN:
Dalam keadaan-keadaan tertentu, bolehkah kita memakan satu sajian yang bercampur dengan bahan bukan halal (tetapi bukan najis berat seperti babi). Contohnya, sup yang mengandungi ayam yang tidak disembelih, tetapi kita  hanya makan bahan bahan lain di dalam sup, bukan daging ayam yang tidak disembelih itu. Sayabertanya kerana sekarang timbul banyak keraguan mengenai status halal ayam yang berada di pasaran.

Jawapan:
Pertama sekali ingin dijelaskan kepada para pembaca bahawa pemilihan pemakanan yang berstatus 



halal dan tiada unsur-unsur subhah (iaitu sebarang unsur yang boleh mencacatkan nilai kehalalan sesuatu makanan) adalah antara perkara besar dan teras yang perlu diberikan perhatian serius oleh setiap Muslim yang mementingkan kesihatan jasmani dan pembangu­nan rohaninya.
 Islam amat menitik beratkan pemakanan yang merangkumkan kualiti halalan tayy'iban atau halal dan baik untuk kesihatan, sebagaimana Allah menegaskan maksudnya;

"Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik..."
(surah al-Baqarah: 168).

Menurut para ulama, setiap makan­an atau minuman yang masuk ke dalam perut akan memberi kesan secara langsung terhadap perkembangan dan pembangunan jasmani dan rohani seseorang. Makanan tersebut mampu untuk menyuburkan keimanan seseorang kepada Allah, atau melemahkan serta mencacatkan keimanannya.

Kerana itu pemilihan makanan yang mempunyai unsur-unsur syubhah amat perlu dielakkan oleh umat Islam pada hari ini demi memelihara keutuhan dan kesuburan keimanan yang telah dibajai selama ini.
Di dalam menjelaskan kesan pema­kanan terhadap hati, Imam al-Ghazali di dalam karya tersohor beliau, al-Arba`in fi Usul al-Din menyatakan, "Ketahuilah bahawa makanan yang halal itu memiliki 'khasiat yang cukup besar' di dalam membersihkan hati nurani, melimpahkan 'mir' ke dalam hati, dan memperkukuhkan persediaan hati untuk menerima cahaya-cahaya makrifat..."

Kerana itu secara prinsipnya, seki­ranya kita merasai syak wasangka dan waswas terhadap status atau nilai kehalalan sesuatu makanan atau minuman, maka kita hendaklah menghindarinya kerana Allah, walaupun mungkin tindakan kita menyebabkan kita terlepas untuk menikmati beberapa nikmatyang lazat dalam kehidupan yang sementara ini. Ini kerana, sebagai seorang Muslim yang hidup dan matinya kerana Allah, pemeliharaan keimanan adalah lebih penting untuk diutamakan berbanding dengan sikap menurut hawa nafsu bagi menikmati pelbagai nikmat makanan yang masih diragui kehalalannya.
Inilah hakikat yang dipesankan oleh Nabi s.a.w. kepada umatnya melalui sabda baginda yang bermaksud,
"Tinggalkanlah (hindarilah) apa-apa yang meragukan engkau  kepada yang tidak meragukan engkau."

Berbalik kepada soalan di atas, apabila sesuatu masakan yang disediakan (dimasak atau direbus) digabungkan dengan bahan-bahan yang tidak halal seperti ayam yang tidak disembelih menurut syarak atau terdapatnya binatang-binatang lain yang tidak halal dimakan, atau terdapatnya sedikit minuman arak yang dicampur sekali, maka adalah jelas kita tidak dibenarkan memakan masakan tersebut; walau­pun mungkin bahagian yang dimakan adalah daripada bahagian yang halal seperti sayur-sayuran, buah atau kuah-nya. Ini kerana apabila sesuatu bahan yang tidak halal digabungkan ke dalam bahan yang halal, ketika memasak atau merebusnya, sudah pasti bahagian-bahagian tertentu (mungkin minyak atau patinya) daripada bahan yang tidak halal turut menyerap masuk dan tercampur ke dalam masakan tersebut. Justeru, kita wajib menghindarinya.©

AL ISLAM  Mei 2009