Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

23 August 2018

Kenapa Mekah Istimewa - Norimanah Seman


Kenapa Mekah Istimewa
Laporan Khas
Oleh: Norimanah Seman

RAMAI yang memberi pelbagai alasan kenapa mereka mengunjungi Mekah. Bagi yang baru pertama kali hendak melangkahkan kaki ke sana, sudah tentulah ia menjadi satu tanggungjawab untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Apa pun mengunjungi Mekah tidak kira untuk beribadah atau melancong, ia amat digalakkan dalam Islam.



Pun begitu, bukan itu yang hen­dak dibincangkan. Sebaliknya Al Islam untuk keluaran khas ibadat haji ini akan mengupas pelbagai rahsia, di sebalik ibadat haji dan kenapa ia mesti dilakukan di Mekah, yang tidak pernah dibicarakan di dalam kursus haji sekali pun. Apa istimewanya setiap rukun haji dan larangan yang dikenakan semasa di dalam ihram? Dan mengapa Kaabah ditetapkan sebagai kiblat seluruh umat Islam di muka bumi ini?


Jika didedahkan rahsia itu nescaya kita akan rasa, bertuahnya diri kerana dipilih menjadi Islam. Rahsia itu semua akan menyebabkan kita rasa betapa agungnya tuhan, indahnya Islam, dan takut kepada-Nya.

Marilah kita rungkaikan satu persatu rahsianya yang telah dibuktikan dengan sains. Setiap sesuatu yang Allah jadikan ada penerangannya dari segi sains yang menyebabkan kita semakin kuat dan dekat pada Nya.

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran surah Faatir, ayat 28 bermaksud,
".. Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah ) Allah dari kalangan hamba-hamba Nya hanyalah orang-orang yang berilmu."

Justeru, sebelum melangkah ke bumi suci Allah, ambillah apa yang ingin disampaikan ini sebagi penam-bah atau pemangkin keyakinan serta iman di dada. Diperintahkan ibadat haji ke Mekah bukan sekadar menjadi rukun Islam tetapi wujud kesannya pada spiritual, kesihatan dan kehidup-an seharian.

KENAPA MEKAH?
Ada sesuatu yang menarik perlu dikongsi   bersama   iaitu,   mengapa Mekah dan Kaabah itu menjadi kib­lat. Sebenarnya ia bukan sekadar arah kiblat ketika bersembahyang bagi umat Islam seluruh dunia tetapi lebih dari-pada itu.

Ia menjadi lebih menarik kerana Allah telah menyatakan perihal Kaabah di dalam al-Quran menerusi surah Al-Maa'idah, ayat 97 bermaksud,

"Allah menjadikan Kaabah rumah yang mulia itu sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan soal-soal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia dan binatang-binatang korban dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."


Jelas, Kaabah bukan sekadar kib­lat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu semua orang ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada piring para bola untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

Kenapa begitu? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapan-nya sudah ditemui sejak kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari Pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkasawan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancar­kan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.



"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan, di tengah-tengah adalah zon keseimbangan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. Bawa kompas ke Kaabah dan anda akan dapati, jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magne­tisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tisu badan. Ber­makna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya.

Ujarnya lagi, tidak hairanlah kalau seorang tua yang tidak boleh berjalan menjadi sihat dan boleh melakukan ibadat haji dengan sempurna walaupun berasak-asak dengan jemaah lain. Keadaan semula jadi Mekah yang men­jadi pusat bumi itu telah memberikan tenaga luar biasa kepada manusia yang mengerjakan haji. Ketika tawaf mengelilingi Kaabah, tenaga seperti dicas semula dan mendapat kekuatan yang luar biasa. Ini kerana anda berada di tempat yang tidak ada tekanan magnetik.

Sudah jelas bukan, Mekah adalah tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya. Sebab itulah air telaga zam-zam tidak akan kering dan akan sentiasa membuak-buak keluar. Kalau dikira dari saiznya memang tidak masuk akal apabila ia boleh membekalkan air untuk berjuta-juta umat Islam yang menunaikan haji setiap tahun. Hanya tekanan graviti yang kuat saja boleh menyebabkan perkara itu berlaku.

Kerana itu dalam Islam, banyak perkara yang kita lakukan perlu meng-hadap ke kiblat. Misalnya menyembelih haiwan ternakan pun mengarah ke kiblat, kematian dan banyak lagi perbuatan seharian yang mengarah ke sana. Hanya satu saja yang tidak boleh menghadap kiblat iaitu tandas atau ketika buang air.

Satu contoh terbaik yang boleh diberikan. Kenapa menyembelih binatang ternakan perlu disunatkan menghadap ke kiblat? Menurut kajian yang dijalankan darah yang keluar akan membawa sekali toksid, racun dan kolestrol. Hasilnya, daging tersebut menjadi manis dan sihat. Berban­ding penyembelihan yang dilakukan tanpa mengambil kira arah kiblat yang akan menyebabkan daging menjadi lebam dan tidak sedap. Apa yang pasti, sedangkan urusan duniawi yang melibatkan hiburan pun perlu menghala ke Kaabah inikan pula hal yang melibat-kan kerohanian.

MENGUKUR KETEPATAN PUSAT BUMI

Pada tahun 1978, sekali lagi kajian dilakukan oleh Dr. Husain Kamaluddin yang pada mula menjalankan penyelidikan untuk menentukan arah kiblat bandar-bandar besar di dunia. Dia menjalankan penyelidikan selama dua tahun untuk mencari kedudukan yang tepat. Namun akhirnya di dalam pencarian itu dia berjaya membuktikan, memang benar Mekah adalah pusat bumi.


Pengamatannya mendapati kedudu­kan Mekah di tengah-tengah antara tujuh benua dan jaraknya memang jelas. Hasil penyelidikannya itu disiarkan di dalam The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Cen­ter. Beliau menggunakan perkiraan matematik dan kaedah spherical tringle, untuk menentukan kedudukan Mekah yang berada di tengah-tengah daratan bumi.

Itu bukti saintifik yang kedua berjaya dirakamkan, kemudian pada sekitar tahun 90-an, apabila teknologi angkasa lepas semakin canggih. Kedudukan Mekah lebih mudah dibuktikan sebagai pusat bumi apabila gambar-gambar satelit dirakamkan memberikan keputusan yang sama. ©

Haji hanya sekali

MUSIM haji datang lagi. Berangkat ke tanah suci menyambut panggilan Ilahi. Bukan senang untuk mendapat jemputan itu, yang miskin menghimpun duit bertahun-tahun dengan matlamat yang satu. Menunaikan haji sebelum menutup mata, yang disyariatkan sekali seumur hidup. Lain pula yang berduit, haji ibaratnya pergi melancong dan makan angin. Setiap tahun pergi ke Mekah untuk menunaikan haji sedangkan masih ada lagi saudara mara yang tidak mampu untuk menunaikannya.

Sudah menjadi trend masyarakat Islam sekarang berebut-rebut untuk mengerjakan haji, untuk kali yang ke berapa pun sudah tidak terkira. Namun yang diwajibkan hanya sekali saja seumur hidup, yang pertama itulah yang sepatutnya diambil perhatian. Walaupun banyak kali pergi hukumnya tetap sunat juga. Apa kata, ada duit lebih berikan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk menunaikan haji. Ganjarannya yang diterima tetap sama seperti mereka yang menunaikan haji.

Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pun menunaikan haji hanya sekali saja sepanjang hayatnya. Walaupun baginda berpeluang untuk melakukannya lebih daripada itu tetapi tetap memilih sekali saja iaitu yang wajib. Hadis dari Bukhari dan Muslim yang antara lain maksudnya, dari Qatadah,

"Aku bertanya kepada Anas bin Malik. Berapa kali Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan umrah? Anas menjawab: Empat kali iaitu pertama, umrah Hudaibiyah (6 hijrah) pada bulan Zulkaedah, kedua, umrah yang dilakukan pada 7 hijrah pada bulan Zulkaedah; ketiga, umrah Ji'ranah di saat pembahagian harta rampasan perang (Ghanimah) Hunain dan umrah bersama hajinya. Aku bertanya lagi: Berapa kali Nabi menunaikan haji? Anas menjawab: Satu kali."

Pendapat dari Imam besar Masjid Istiqal, Jakarta, Ali Mustafa Yakub, mencuri perhatian dan menyentuh hati. Katanya Nabi Muhammad tidak mendahulukan ibadat sunat individu (ibadah qashirah) sebaliknya memberi keutamaan kepada ibadat-ibadat sosial atau ibadat muta'addiyah. Nabi lebih pentingkan jihad fisabilillah.
Tambahnya lagi, sebab itulah nabi tidak pernah walau sekali pun mengerjakan ibadat haji sunat dan tidak per­nah melakukan umrah pada bulan Ramadan. Peliknya umat Islam hari ini ingin menunaikan haji setiap tahun, mengerjakan umrah setiap bulan kalau boleh setiap minggu. Sedangkan masih ramai lagi umat Islam yang hidup melarat dan perlukan bantuan.

Ali menyatakan semua itu di dalam khutbah Arafah setelah selesai solat zohor semasa musim haji tahun lalu di Padang Arafah. Menariknya, dia memasukkan statistik dari Foods and Agriculture Organization (FAO), mengenai 830 juta penduduk dunia berada di bawah paras kemiskinan. Daripada jumlah itu 700 juta adalah orang Islam. Betapa masih ramai lagi orang Islam yang miskin. Sekiranya puluhan juta ringgit yang dibelanjakan untuk ibadat yang tidak wajib dan tidak pernah dilakukan oleh nabi, dimanfaatkan untuk membantu orang miskin, percayalah suatu hari nanti tidak akan ada lagi orang Islam yang miskin. Justeru, renung-renungkanlah...

Pembongkaran Sains Tentang Kaabah dan Rukun haji

BAGI orang yang memahami hukum fizik dan banyak mengkaji tentang kehebatan Mekah akan menemukan sesuatu yang baru. Penemuan itu menguatkan lagi keyakinan,Islam agama yang datang dari tuhan yang Maha Esa. Sekali gus, menjadikan diri semakin dekat kepada pencipta dan terasa kerdilnya diri di sisi tuhan.


Prof. Norhisham Wahab, Pengasas Color Vaibration Therapy yang banyak mengkaji tentang kaitan amalan haji dengan sains menjelaskan, Mekah ada­lah kawasan yang mempunyai gravi­ti paling stabil. Boleh dikatakan ia kawasan paling selamat di dunia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, jika suatu hari nanti bumi mengalami kekacauan dan mala petaka, Mekah adalah bumi yang paling selamat untuk didiami.

"Itulah kawasan yang dicari-cari selama ini, di mana manusia boleh tinggal dengan selamat dan aman sehingga berlakunya kiamat. Sebagai pusat bumi memang banyak keistimewaannya. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

"Suatu masa dulu kiblat kita adalah masjid al-Aqsa dan di situlah pusat bumi ketika itu. Kemudian Allah perintahkan Nabi untuk berpaling ke arah Kaabah sebagai kiblat. Dari apa yang saya pernah kaji, berlaku gempa bumi dan pergerakan lempeng bumi  di tanah Arab dan menyebabkan pusat bumi berubah ke Mekah," katanya.

Prof. Nohisham juga menjelaskan tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. Sebenarnya ketika berada di sana, sistem imun akan menjadi lebih kuat secara semula jadi tanpa bantuan vaksin.
Pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsang kelenjar pineal yang terletak di otak tengah un­tuk mengawal kekuatan sistem imun. Memang sudah dibuktikan apabila berada di Mekah yang sakit akan jadi sihat dan yang lemah akan bertenaga.

Apabila graviti tinggi maka banyak elektron ion negatif yang berkumpul di situ. Sebab itulah doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

Ketika berada di sisi Kaabah perasaan akan segera berubah menjadi hening, tenang, sayu, rendah diri, kerdil pada kebesaran tuhan. Semua itu ada­lah pengaruh dari tekanan graviti yang tinggi.

Meskipun ada niat jahat Yahudi atau Kristian untuk menghancurkan Mekah, cubaan itu tidak akan berjaya. Setinggi mana teknologi ketenteraan negara-negara maju tetapi tidak dapat menembusi Mekah. Andai kata ada peluru berpandu yang dihalakan ke Mekah untuk menghancurkannya, itu pun tidak akan berjaya. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. Begitulah hebatnya tempat yang Allah pilih sebagai kiblat bagi umat Islam. Sudah pastinya manusia biasa tidak mampu mencipta sesuatu sehebat itu.

Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
"Tempat yang paling tinggi teka­nan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu­lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka  tanpa bumbung masih terasa sejuk. Sujud, dahi mencecah lantar masih terasa dingin mamar yang dipanah matahari kerana tekanan graviti tinggi itu," terangnya.

DI SEBALIK RUKUN DAN WAJIB HAJI
Selama ini kita hanya diajar tentang melakukan ibadat haji, rukunnya, sejarahnya, perkara yang dilarang semasa ihram dan penjagaan kesihatan ketika di Mekah. Mengapa tidak pernah ada ulama atau tokoh agama yang memberitahu apa rahsia di sebalik rukun haji itu.


Hikmah-hikmah yang selalu di-laung-laungkan tentang haji sudah terlalu biasa sangat. Haji dilihat seba­gai satu pengorbanan, memerlukan kesabaran yang tinggi, persaudaraan, mengabdikan diri, melawan nafsu, dugaan, persamaan, perpaduan, kesucian rohani, menghambakan diri dan satu cita-cita. Semua yang dijelaskan terlalu subjektif.

Justeru, Al Islam mengambil kesempatan ini untuk merungkaikan nikmat di sebalik tuntutan rukun haji dan larangan di dalam ihram berdasarkan hubungannya di dalam sains.

Ia sudah pasti dimulakan dengan niat. Nampak mudah tetapi besar impaknya pada keseluruhan ibadat. Niat di sini bukan saja niat ihram tetapi juga niat kali pertama yang terlintas di hati untuk menunaikan haji. Menurut Prof Norhisham, apabila niat untuk mengerjakan haji sudah terlintas di hati, ia sebenarnya sudah sampai ke Kaabah. Untuk mendapatkan haji yang  mabrur bermula dari niat semasa di tanah air.

Akuinya, memang ramai yang mampu untuk mengerjakan haji namun untuk mendapatkan yang mabrur cukup sukar. Budaya masyarakat Melayu sebenarnya banyak menghalang tujuan mendapat­kan haji yang mabrur.

Katanya ramai yang tidak faham ten­tang ibadat tersebut. Ibadat haji mempu­nyai hubungan yang sangat rapat antara manusia dengan tuhan. Justeru tidak boleh ada rasa riak dan bangga diri. Jika membuat kenduri pun tidaklah sampai menjemput satu kampung.

"Niat ke sana untuk apa? Belum pun habis kita menyusun niat sebenarnya Kaabah sudah boleh mengesan apa yang di dalam hati kita. Niat itu ibarat bar kod yang akan diimbas semasa di sana nanti.

"Kita pergi ke sana untuk penye­rahan diri pada tuhan, rasa kerdil pada kebesaran Nya. Secara automatik akan menyebabkan kita lupa pada urusan dunia dan kesusahan yang ditempuhi. Pemusatan fikiran hanya kepada Allah tuhan yang satu, ia akan datang dengan sendirinya apabila berada di Mekah kerana semua itu ada kaitan dengan kekuatan Kaabah sebagai pusat bumi," ujarnya.

Tambahnya lagi, Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang pa­ling dirahmati.

BERMALAM DI MINA

Mengapa bermalam di Muzdalifah dan Mina menjadi satu perkara yang wajib sebelum melontar ketiga-tiga jamrah. Di sebalik semua itu ada tujuan apabila Allah menurunkan perintah-nya. Menurut Prof Norhisham, wajib haji itu bertujuan mendapatkan cukup rehat bagi memulihkan tenaga sebe­lum kembali semula ke Masjidilharam menunaikan tawaf dan sai.


"Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga ke tulang belakang. Pengaruh graviti itu penting untuk menentukan kedudukan tulang belakang bagi menghasilkan sel darah. Ini adalah sebagai langkah persediaan untuk melakukan rukun haji yang berikutnya sebab itulah diwajibkan bermalam.

"Semasa tawaf nanti memerlukan tenaga yang banyak untuk mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Bila ber­malam di Mina seolah-olah kita sudah dapat bateri baru untuk melakukan rukun yang lebih mencabar lagi," jelasnya.

 Manakala mengenai tawaf pula memang banyak keistimewaannya. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Sebenarnya pusat bumi itu bukan sekadar untuk bumi saja tetapi ia seakan satu ruang atau suis yang mengawal seluruh cakerawala, bintang, matahari, planet dan ruang angkasa. Bermakna pusat bumi itu ada tenaga yang cukup kuat yang tidak boleh dili-hat, dengar, rasa tetapi boleh dikesan frekuensinya.

Prof Norhisham turut menjelaskan pergerakan lawan jam di dalam jumlah tujuh pusingan. Katanya, semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. Elektron mengelili­ngi nukles, molekul protein terbentuk dari kiri ke kanan, darah beredar juga dari arah yang sama di dalam badan, sperma juga beredar mengikut lawan jam, matahari, bulan dan planet semuanya berputar mengikut hukum yang sama.


Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka­abah mengikut lawan jam, bermak­na peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

"Manakala bilangan tujuh itu ada­lah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu ba­nyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya," terang Prof Norhisham.

Manakala di dalam menunaikan rukun haji, ada perkara yang dilarang semasa berihram seperti tidak boleh tutup kepala, muka dan tapak tangan. Rambut, janggut tidak boleh disapu minyak, tidak boleh menanggalkan bulu dan rambut, memotong kuku dan memakai pakaian bersarung yang berjahit- khususnya bagi lelaki.

Semua larangan itu ada penerangannya. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Begitu juga muka dan tangan mempunyai fungsi yang sama. Sebab itu­lah selepas melakukan haji rasa seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
Selepas selesai semua itu baru-lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelom­bang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sambungnya lagi, penggunaan kain kapas sebagai kain ihram selain untuk menonjolkan persamaan di sisi tuhan, wujud rahsia yang lebih mendalam. Kain kapas menurut Prof Norhisham adalah simbolk tanah hitam yang berunsur karbon. Kapas adalah unsur yang paling bersih. Sudah dikaji, kain kapas boleh membiaskan atau memantulkan semula radiasi gelombang jarak jauh atau gelombang infra merah. Gelombang ini memang sudah dikenal pasti mempunyai kesan yang tidak baik kepada badan," jelas. O

AL ISLAM September 2010