Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

23 October 2018

Anda Musykil: Bolehkah guna pinggang yg tidak disamak


Bolehkah guna pinggan mangkuk yg tidak disamak


SOALAN:

Jika menginap di luar negara, kita akan bersarapan di hotel. Masalah-nya, kita mungkin sukar untuk mengenal pasti makanan halal dan tidak halal, tetapi bagaimana pula dengan pinggan mangkuk, sudu dan garpu yang digunakan? Sudah pasti tidak disamak. Bolehkah pada ketika itu, kita berpegang kepada pandangan bahawa memadai ('samak') dengan membasuh menggunakan sabun, dan tidak perlu guna tanah?



Jawapan:
Sikap berhati-hati dan prihatin ter­hadap apa yang dimakan, diminum dan juga terhadap peralatan-peralatan yang dignna pakai ketika makan adalah sifat terpuji yang melambangkan keimanan, 

ketakwaan dan kcwarakan seseorang kepada Allah. Sesunggnhnya ini adalah satn sikap yang baik yang wajar wujud di dalani diri setiap Muslim, khususnya ketika seseorang itn terpaksa bcrtngas di luar negara, dan mungkin juga terpaksa menjamu selera di hotel-hotel yang turut menghidangkan makanan yang tidak halal sepcrti daging babi dan arak.

Sccara dasarnya sememangnya Islam mewajibkan pembcrsihan najis atau melakukan proses mcnyamak terhadap bahan-bahan yang diyakini telah terkena najis, sama ada najis berat seperti najis anjing dan babi atau-pun najis ringan. Begitu juga secara dasarnya kita dipcrintahkan olch Allah dan rasul-Nya agar sentiasa meng­gnnakan peralatan-peralatan makanan yang bersih dan suci daripada scntuhan najis, iaitu tidak menggunakan bahan-bahan seperti pinggan, mangkuk, sudu dan garpu, yang mungkin telah digu­nakan ketika memakan makanan yang dianggap sebagai najis berat menurut syarak seperti daging babi. Inilah sikap dan penghayatan yang perlu dihayati kliususnya apabila kita berada di nega­ra-negara bukan Islam.

Bagaimanapun, sekiranya kita bera­da di dalam suaru keadaan yang agak runiit, yang memaksa kita menggunakan peralatan-peralatan tersebut, maka adalah harus dan dibolehkan untuk kita menggunakannya, dengan syarat ia telah dibersihkan menurut kacdah kebiasaannya, dengan menggunakan air dan sabun (tidak sampai ke tahap menyamak dengan air tanah).
Ini adalah berdasarkan sepotong hadis di mana Abu Tha'labah al-Khusyani mcnyatakan bahawa heliau telah bertanya kepada Nabi s.a.w., "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kita, ada ketikanya, berada di bumi para ahli kitab (daripada kalangan Yahudi dan Nasrani), maka apakah kita dibenarkan memakan dengan menggunakan pera­latan-peralatan makanan mereka? Lain Nabi s.a.w. menjawab, "Jangan makan dengan menggunakannya, kecuali seki­ranya kamu tidak mempunyai peralatan yang lain daripada peralatan-peralatan mereka, maka basuh dan bersihkanlah peralatan-peralatan tersebut dan kemu-dian makanlah dengannya." - (Hadis riwayat al-Bukhari).

Di dalam mcngulas hadis ini, seba-hagian para ulama menyatakan, "... adapun dalam keadaan-keadaan terde-sak, rumit dan sukar, maka syarak mengharuskan bagi kita untuk meng­gunakan peralatan-peralatan makan­an dan minuman orang-orang kafir, iaitu selepas membasuhnya dengan air sehinggalah kita meyakini akan keber-sihan dan kesueian peralatan tersebut."

Sesungguhnya tidak dapat dinafi-kan bahawa keharusan dan kcizinan yang dibenarkan di sini adalah sebaha-gian daripada unsur kemudahan yang diberikan oleh Islam kepada umatnya, kliususnya kepada mereka yang sering bertugas di negara-negara bukan Islam, atau menghadiri majlis di hotel-hotel yang tidak mcmberi perhatian kepada peraturan Islam. Q

AL ISLAM  Mei 2009