Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

07 January 2020

Fiqh An-Nisa’: Memburukkan suami/isteri kpd anak2nya


Fiqh An-Nisa’

Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia


Q-Selepas bertengkar dengan suaminya, si isteri menceritakan tentang pertengkaran itu kpd anak-anaknya. Secara tidak langsung telah memburuk burukkan si suami yang juga bapa kpd  anak anaknya. Apakah pandangan Islam terhadap tindakan si isteri itu? Juga tindakan suami dan sikap anak anak.



A-Allah berfirman mafhumnya: “Allah tidak suka perkataan perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiaya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar lagi maha Mengetahui.” (An-Nisa’ 4:148)

Berdasarkan ayat ini, tidak harus sama ada isteri atau suami menceritakan hal pertengkaran mereka kepada anak anak dengan tujuan untuk memburukkan ayah atau ibu mereka.

Pihak yang berasa dizalimi sama ada suami atau isteri hanya boleh mengadu kpd pihak yang boleh membantu menyelesaikan masalah atau membelanya seperti seorang kaunselor, imam, mahkamah, orang tengah dan seumpamanya.

Namun, sekiranya anak telah dewasa dan dikira boleh menjadi orang tengah yang berkesan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapanya, tidak salah berbincang dengan mereka dalam suasana dan semangat kekeluargaan, bukan bertujuan mencari kesalahan atau keburukan mana mana pihak. Allahu A’lam

Q&A ISU #28