Fiqh An-Nisa’
Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
Q-Isteri membaca al-Quran dan solat sunat tetapi suami tidak redha
dengan apa yang isteri buat itu. Puncanya kerana isteri mengabaikan
tanggungjawab dan hak terhadap suami. Bagaimanakah kedudukan kes seumpama ini?
A-Islam sangat mementingkan
keharmonia rumah tangga, hubungan yang mesra, erat dan intim pasangan suami
isteri. Oleh itu, masing masing wajib memainkan peranan menjaga hati dan
pasangannya. Nabi menjelaskan tanggungjawab isteri dalam menjaga dan
menghormati suami sebagai kektua dalam rumah tangga:
“Hak suami keatas
isterinya ialah isteri tidak boleh menghalang dirinya daripada suami walaupun
berada di atas kenderaan, tidak berpuasa sunat walaupun sati hari melainkan
dengan izinya (suami). Jika dia lakukan, dia berdosa dan tidak diterima
daripadanya (puasanya itu). Jangan memberikan sesuatu dari rumahnya (harta
kepunyaan suaminya) kecuali dengan isinnya. Jika di lakukan, maka pahala untuk
suaminya dan dia berdosa. Janganlah dia keluar dari rumah kekcuali dengan
izinnya. Jika dia lakukan, Alah dan malaikat melaknatnya sehingga dia bertaubat
atau pulang ke rumahnya, sekalipun suaminya itu zalim.” (Riwayat Abu Daud)
Hadis
ini selalu dilihat secara berat sebelah, atau dari sudut kewajipan isteri
semata-mata, tanpa mengambil kira kewajipan suami. Padahal suami juga
bertanggungjawab mendidik isteri, membina mahabbah dan mawaddah atas dasar
ubudiyah (pengabdian diri kpd Allah). Bagaimana kita hendak membayangkan
seorang suami tidak redha isterinya beribadah mencari keredhaan Allah, dan dia
mahu haknya dipenuhi dan mahu isteri tidak mencari keredhaan kecuali
keredhaannya semata mata?
Justeru,
pada pendapat saya, memang senang meghukum isteri durhaka kerana tidak
melaksanakan tanggungjawab terhadap suami. Namun pada masa yang sama, suami
juga harus muhasabah diri sejauh mana dia berusaha mendekati Penciptanya. Dia
sepatutnya cemburu melihat isteri gigih beribadah dan berlumba lumba mengatasi
kegigihan isterinya.
Q&A ISU #28