Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

29 March 2020

Studio Iman: Peluk Islam tanpa persetujuan ibu bapa


Studio Iman
Soal Jawab Bersama Jabatan Agama Islam Selangor
Untuk interaksi: editor@siasah,com.my

Peluk Islam tanpa persetujuan ibu bapa

SOALAN:
Saya adalah bukan Islam tetapi berminat untuk peluk Islam sejak saya tingkatan enam lagi.  Namun saya takut ibu bapa saya membuang saya. Sekarang saya menyambung pelajaran di IPTA. Saya berniat mahu peluk Islam bila saya sudah tamat belajar nanti.

Dalam masa yang sama saya telah berkawan dengan seorang lelaki Islam dan kami bercadang hendak kahwin setelah saya memeluk Islam. Adakah saya akan jadi anak derhaka bila ibu bapa saya tidak bersetuju  saya bertukar agama?

JAWAB:
Anda tidak diangap seorang anak derhaka apabila mematuhi perintah pencipta manusia termasuk ibu bapa kita dengan memeluk Islam.  Tetapi berbuat baiklah kepada mereka sampai mati.  Taatlah perintah mereka kecuali  dalam perkara maksiat.  Memeluk Islam akan menyelamatkan saudari dari azab Allah, segerakanlah niat baik anda itu, lakukannya di pejabat agama.  Allah adalah Tuhan sebenar dan tidak ada sekutu baginya, Tuhan yang disembah oleh semua nabi nabi termasuk Nabi Isa a.s.

Nabi Isa a.s bukan tuhan dalilnya (sila jawab soalan ini): Apakah yang disembah oleh Mariam (Mary – Ibu Nabi Isa a.s.) Sebelum lahirnya Isa a.s.? Apakah yang disembah oleh Mariam selepas lahirnya Isa a.s.? Dan apakah yang disembah oleh Mariam selepas Isa a.s. diangkat ke langit?

Jawabnya, Jesus bukan Tuhan sebab ibunya tidak pernah menyembahnya. Jika jesus adalah Tuhan maka wajib ibunya menyembah sebagai Tuhan.  Bahkan ibunya menyembah Allah, Tuhan sekalian alam sepanjang hayatnya.

Majalah Siasah

07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 36