Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

30 March 2020

Studio Iman: Tidak patuh arahan ibu bapa


Studio Iman
Soal Jawab Bersama Jabatan Agama Islam Selangor
Untuk interaksi: editor@siasah,com.my

Buat Perkara Bertentangan kerana tidak mahu derhaka


SOALAN:
Ibu bapa saya masih mengamalkan kepercayaan nenek moyangnya misalnya menyuruh saya dan suami balik kampong untuk menjalankan upacara tradisi yang syirik iaitu meminta pertolongan atau tolak bala daripada nenek moyang mereka.

Gara gara ni suami pernah bergaduh dengan ibu saya kerana disuruh melakukan perkara yeng bertentangan dengan Islam.  Apakah cara yang paling baik kami perlu lakukan kerana amalan itu telah sebati dengan mereka sedangkan kami tidak mahu menjadi anak derhaka kepada orang tua?

JAWAB:
Di salam Islam mentaati ibu bapa adalah menjadi kewajipan seorang anak.  Anak yang tidak mentaati keduanya adalah tergolong di dalam anak yang derhaka kepada mereka.  Namun begitu, pentaatan terhadap keduanya hanyalah terbatas di dalam perkara yang tidak bersalahan atau bertentangan dengan hukum Syarak (hukum Islam).  Jika arahan atau permintaan mereka bertentangan dengan hukum tersebut, ia tidak wajib untuk dipatuhi malah menjadi kewajipan kepada anak tesebut menasihati dan memberi tahu ibu dan bapanya mengenai salahnya melakukan perbuatan atau amalan tersebut.

Ringkasnya, seorang anak tidak dikira telah menderhakai kepada ibu bapanya jika dia tidak mematuhi arahan atau permintaan ibu bapanya untuk melakukan  perbuatan atau amalan yang bercanggah dengan hukum Islam.

Oleh itu, anda dinasihatkan supaya tidak pulang ke kampong atas tujuan menunaikan permintaan ibu dan ayah untuk melakukan adat tersebut.

Jika anda dapat menghalang mereja daripada melakukannya, pulanglah dan maklumkanlah kepada mereka tentang salahnya melakukan adat tersebut di dalam Islam.

Jika tidak berupaya, anda dinasihatkan supaya membuat laporan kes ini kepada pihak jabatan agama Islam negeri di pejabat agama daerah yang berdekatan dengan kampong anda.

Semuga Allah Subhanahu Wa Ta’ala membuka jalan yang mudah bagi ibu dan ayah anda untuk meninggalkan amalan adat tersebut.

Bersamalah kita menghapuskan adat istiadat yang bercanggah dan bersalahan dengan hukum Syarak.

Majalah Siasah
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 36