Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

25 November 2020

X-Files: 15 tahun pehanya dicakar

                                             15 Tahun Lengan dan Pahanya Dicakar

Matahari mula terbenam ke ufuk barat pada suatu petang tahun  1970an. Fatimah Abdul Mukti 50, menutup rapat pintu  dan tingkap rumah kedai usangnya di pekan langgar, Alor Setar, Kedah. Dua orang anak perempuannya, Siti Ainon dan Siti Muzalipah sedang mandi dan bersembahyang.

“Ke mana pula Abang Man ini? Dah lewat tak balik balik lagi,” keluh Fatimah yang bimbang memikirkan suaminya, Osman Md. Noor, 55, yang masih belum pulang.

Malam merangkak tua, beredar dari pukul 8.00 kepada 9.00 seterusnya 10.00. Namun hingga ke pukul 12.00 malam, Osman masih tidak kunjung pulang. Fatimah yang baring di ruang tamu mula  runsing memikirkan keselamatan suaminya.

“Haaarrrgggh!! Kedengaran bunyi sergahan kuat.  Fatimah tersentak lantas bangun dan menoleh sekeliling tapi tiada sesiapa pun yang kelihatan.  Dadanya berdebar kencang kerana sergahan tersebut sangat jelas di telinganya. Masakan orang yang menyergah boleh ghaib dalam sekelip mata.

“Perasaan aku saja agaknya,” Fatimah berkata kata sendirian sambal memerhati ke kiri dan  ke kanan.

Setelah pasti tiada sesiapa di ruang tamu, dia berbaring semula namun sedang Fatimah melayan fikiran, kedengaran pula bunyi angin berdesir kuat menerjah masuk ke dalam rumahnya.  Bunyinya sungguh menakutkan sedangkan waktu itu tiada sebarang tanda menunjukkan hari hendak hujan atau ribut.

Fatimah semakin gelisah kerana ketika itu semua tingkap dan pintu telah ditutup rapat. Dalam keadaan begitu, tidak mungkin angin boleh menerjah masuk dengan sebegitu ganas.

Belum reda ketakuran, kedengaran bunyi ketukan di pintu hadapan. Kuat dan bertalu talu.

“Mungkin abang agaknya,” bisik Fatimah sendirian. Bagaimanapun dia tidak berani untuk bangun dan membuka pintu kerana selalunya suaminya tidak begitu.  Apabila pulang ke rumah selain mengetuk pintu, Osman akan memberi salam dan memanggil namanya.  Tetapi malam ini ….? Fatimah mendiamkan diri. Perasaan takut sudah tidak dapat dibendung lagi.

Bunyi ketukan terhenti, kemudian kedengaran pula derapan kaki orang berjalan mengelilingi rumahnya. Sekejap ke sana sekejap ke mari.

Fatimah menjadi tidak keruan. Jam di dinding menujukkan pukul 12.30 malam dan anak anaknya sudah nyenyak tidur, sedangkan dia pula sejak tadi tidak dapat melelapkan mata kerana gementarkan gangguan di luar sana.

“Rrraaauuu! Tiba tiba kedengaran pula atap rumahnya ditabur pasir. Sekali ini Fatimah tidak dapat menahan ketakutan. Dia terus menyelubungi tubuhnya dengan selimut. Darahnya terasa kering kerana belum  pernah diganggu sedemikian rupa.

Entah pukul berapa suaminya  pulang Fatimah tidak sedar tetapi pagi itu lenganya dan pahanya terasa pedih. Apabila diselak lengan bajunya, kelihatanlah calar calar yang panjang dan merah seperti dicakar seseorang yang berkuku panjang.

“Awak tercakar masa tidur tu,” kata Osman apabila Fatimah menunjukkan kesan calar itu kepadanya.

“Mana boleh, kuku saya pendek. Lagipun, mana pernah jadi macam ini,” balas Fatimah, lalu menceritakan apa yang berlaku malam itu.

Malam keesokkannya, bukan saja Fatimah, malah Osman dan anak anaknya sendiri mendengar pelbagai ganguan menakutkan berlaku di rumahnya. Bermula dengan terjahan angin, diikuti ketukan pintu, atap ditabur pasir, bunyi kerusi ditolak hinggalah kepada bunyi orang terjun dari alang rumah. Apabila diperiksa, tiada sesiapa di sekitar rumah tersebut kecuali mereka sekeluarga.

Pagi esoknya, apabila bangun dari tidur didapati calar calar di lengan dan badan Fatimah bertambah. Mereka seperti hendak terbit darah. Seperti semalam, cakaran itu seperti dibuat seseorang berkuku panjang.

Sejak itu, hampir setiap malam mereka diganggu dengan pelbagai kejadian menakutkan dan apabila terjaga pada waktu pagi, pasti terdapat kesan cakaran di badan Fatimah. Kesan calar itu pula lambat hilang dan pedih apabila terkena air. Kadang kadang selepas seminggu baru ia pulih.

Mulanya Osman mengsyaki ada sesuatu yang tida, kena dengan rumah yang disewa itu, namun ternyata dia silap. Kenakalan ‘makhluk’ itu rupa rupanya tidak mengira tempat kerana ketika bertandang ke rumah anak anaknya yang lain, dia terus dikacau dengan bunyi bunyi yang sama. Yang sering menjadi sasaran ialah Fatimah.

Oleh kerana terlalu lama ganggua itu tidak juga lenyap, Osman mengajak isterinya berpindah ke rumah yang dibelinya di Taman Desa Mutiara, Simpang, Kuala Kedah. Hari demi hari berlalu, tiada lagi kejadian kejadian menakutkan menimpa mereka.

Pada mulanya mereka sangka gangguan itu sudah berakhir, namun selang setahun tinggal di situ bunyi bunyi pelik muncul kembali.

Sudah hamper 15 tahun keadaan seperti itu berlarutan. Namun sehingga kini Fatimah dan Osman tidak mengetahui punca sebenar kewujudan gangguan menakutkan itu. Malah ‘makhluk’ yang mengacaunya juga tidak pernah menzahirkan kelibatnya. Anehnya Osman dan anak anak jarang mendengar gangguan yang dihadapi dan tidak pernah terkena cakaran seperti yang berlaku kepada Fatimah.

Segala gangguan itu Cuma terhenti apabila Fatimah menunaikan solat dan berzikir. Bagaimanapun selepas selesai solat witir dan ketika hendak baca doa, Fatimah akan diganggu lagi, termasuk almari digoncang, diikuti bunyi botol jatuh seperti dihempas ke lantai.

Meskipun begitu, apa yang menghairankan mereka ialah ‘makhluk’ tersebut berhenti menggacau di sepanjang bulan Ramadan. Katika itu, Fatimah dapat menjalankan ibadah seperti solat tahajud dan membaca al-Quran dengan tenang. Namun sebaik sahaja tamat bulan Ramadan, bunyi bunyi itu menjelma lagi keesokkannya, badan Fatimah dipenuhi kesan cakar … sehinggalah sekarang.

X -FILES - SIRI KISAH MISTERI UTUSAN

Koleksi Mastika (2000)