Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.

Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

18 August 2011

Soal Jawab Agama: Ramadan: berkumur dan masukkan air dlm hidung

Fatwa Sana Sini
Ketahui apa yang anda lakukan
Batalkah puasaku hari ini?
10. Apa pula ceritanya jika berkumur kumur dan memasukkan air ke hidung?

Tentang hal itu pula kebanyakan ulama mengatakan tidak batal puasa.  Namun ulama Mazhab  Shafie mengatakan jika berlebihan berkumur kumur akan membatalkan puasa.  Cara yang lebih selamat ialah menjauhi perbuatan yang berlebih lebihan.  Ia disandarkan pada hadis nabi Muhammad s.a.w., 

“Sempurnakan wuduk, basuhlan celah celah  jari jemari mu dan lebih lebihkan menyedut air ke hidung mu kecuali tatkala kamu berpuasa.” (HR Abu Daud dan At-Tirmidzi)

AL ISLAM Ogos 2011
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2011  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

17 August 2011

Soal Jawab Agama: Ramadan: Makan dan minum kerana terlupa

Fatwa Sana Sini
Ketahui apa yang anda lakukan
Batalkah puasaku hari ini?

9. Apa hukum apabila orang yang berpuasa makan dan minum kerana terlupa? Apakah kewajipan orang yang melihatnya?

Al-Utsaimin berpendapat, sesiapa yang makan atau minum kerana lupa sedangkan dia sedang berpuasa maka puasanya sah.  Tapi apabila dia teringat kembali akan keadaanya sedang berpuasa maka wajib menghentikannya walaupun satu suapan atau tegukan sudah berada di dalam mulutnya.  Maka wajib diludahkan atau diluahkan balik makanan yang sudah berada di dalam mulut.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah bersabda,

“Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah.”

Dan, lupa juga menjadikan seseorang tidak dihukum ketika melangar perintah Allah sebagaimana yang disebut di dalam surah a—Baqarah ayat 286, bermaksud, 

“Wahai Tuhan kami janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.”

Manakala bagi orang yag melihat perbuatan rakannya makan atau minum kerana terlupa pada bulan Ramadan wajib mengingatkannya.  Perbuatan mengingati ini termasuk mengubah perkara yang mungkar.  Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. 

“Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah merubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya dan jika masih tidak mampu maka dengan hatinya.”

Di dalam hal ini tidak diragukan lagi bahawa makan dan minum orang yang berpuasa pada saat ia wajib berpuasa adalah satu kemungkaran tetapi ia dimaafkan pada saat lupa kerana perkara itu berlaku bukanlah di atas kehendaknya.  Bagi orang yang melihatnya, tidak ada alasan untuk tidak menegurnya

AL ISLAM Ogos 2011
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2011  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

Soal Jawab Agama: Ramadan: Mengumpat dibulan puasa

Fatwa Sana Sini
Ketahui apa yang anda lakukan
Batalkah puasaku hari ini?
 
8. Adakah mengumpat boleh membatalkan puasa?
 
Mengumpat, bagi Ibn Bazz adalah menyebut perkara buruk yang tidak disukai oleh orang yang diumpat adalah satu bentuk maksiat.  Keterangan ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud,
 
“ Dan janganlah kamu mengintip
atau mencari cari kesalahan dan keaiban orang,
dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang  lain.”
Surah al-Hujerat ayat 12.
 
Begitu juga halnya  dengan mengadu domba , mencela, mencaci dan berdusta, semua itu tidak membatalkan puasa.  Namun semua perkara itu adalah maksiat yang wajib dijauhi dan ditinggalkan oleh orang yang berpuasa mahu pun yang tidak berpuasa.
 
Maksiat maksiat seumpama itu hanya mengurangkan pahala puasa berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.
 
“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni allah tidak menerima puasanya)”.
 
Ada satu lagi hadis yang juga membicarakan tentang mengumpat bagi orang puasa antara maksudnya,
 
“Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum tetapi puasa yang sunguh sungguh itu adalah menahan diri daripada percakapan yang tidak ada gunanya dan kata kata yang keji.” (HR-Muslim)
 
Kemudian didalam riwayat yang lain pula daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda,
 
Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suau hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor.  Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendklah dia berkata, Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesunguhnya hari ini aku berpuasa”.