Fatwa Sana SiniKetahui apa yang anda lakukan
Batalkah puasaku hari ini?
9. Apa hukum apabila orang yang berpuasa makan dan minum kerana terlupa? Apakah kewajipan orang yang melihatnya?
Al-Utsaimin berpendapat, sesiapa yang makan atau minum kerana lupa sedangkan dia sedang berpuasa maka puasanya sah. Tapi apabila dia teringat kembali akan keadaanya sedang berpuasa maka wajib menghentikannya walaupun satu suapan atau tegukan sudah berada di dalam mulutnya. Maka wajib diludahkan atau diluahkan balik makanan yang sudah berada di dalam mulut.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah bersabda,
“Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah.”
Dan, lupa juga menjadikan seseorang tidak dihukum ketika melangar perintah Allah sebagaimana yang disebut di dalam surah a—Baqarah ayat 286, bermaksud,
“Wahai Tuhan kami janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.”
Manakala bagi orang yag melihat perbuatan rakannya makan atau minum kerana terlupa pada bulan Ramadan wajib mengingatkannya. Perbuatan mengingati ini termasuk mengubah perkara yang mungkar. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w.
“Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah merubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya dan jika masih tidak mampu maka dengan hatinya.”
Di dalam hal ini tidak diragukan lagi bahawa makan dan minum orang yang berpuasa pada saat ia wajib berpuasa adalah satu kemungkaran tetapi ia dimaafkan pada saat lupa kerana perkara itu berlaku bukanlah di atas kehendaknya. Bagi orang yang melihatnya, tidak ada alasan untuk tidak menegurnya
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2011 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.