“ Dan janganlah kamu mengintipatau mencari cari kesalahan dan keaiban orang,dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.”Surah al-Hujerat ayat 12.
Begitu juga halnya dengan mengadu domba , mencela, mencaci dan berdusta, semua itu tidak membatalkan puasa. Namun semua perkara itu adalah maksiat yang wajib dijauhi dan ditinggalkan oleh orang yang berpuasa mahu pun yang tidak berpuasa. Maksiat maksiat seumpama itu hanya mengurangkan pahala puasa berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni allah tidak menerima puasanya)”. Ada satu lagi hadis yang juga membicarakan tentang mengumpat bagi orang puasa antara maksudnya, “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum tetapi puasa yang sunguh sungguh itu adalah menahan diri daripada percakapan yang tidak ada gunanya dan kata kata yang keji.” (HR-Muslim) Kemudian didalam riwayat yang lain pula daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suau hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendklah dia berkata, Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesunguhnya hari ini aku berpuasa”.AL ISLAM Ogos 2011
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2011 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.