Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

02 November 2011

Bicara Kalbu: Dilema antara suami baran dan bekas kekasih

Isteri orang mahu kahwin bekas kekasih
Bicara Kalbu
 
Soalan:
Saya berusia 36 tahun, berpendidikan tinggi dan bekerja  di syarikat swasta yang agak terkenal.  Saya sudah berkahwin dan mempunyai empat  anak.  Suami saya seorang yang panas baran dan tidak pernah member nafkah sejak mula berkahwin hingga kini.  Saya sudah tidak tahan dengan sikap suami dan kami  dalam proses  perceraian.  Suami bersetuju menceraikan saya dan kini peguam kami sedang membincangkan isu nafkah anak.  Ketika proses perceraian ini, secara kebetulan saya terjumpa kekasih lama selepas hamper 20 tahun terpisah.  Awalnya saya cuba mengelak  daripada berhubung  dengan  bekas kekasih saya itu, tetapi akhirnya  hubungan kami menjadi rapat. 
 
 
 
Kebetulan, bekas  kekaksih  saya juga memberitahu bahawa rumah tangganya turut berhadapan masalah.  Walaupun tinggal berjauhan kami berhubung  menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas.  AKhirnya kami mengakui  masih saling menyayangi.   Malah, saya terfikir apabila proses perceraian selesai, saya sanggup menjadi isteri kedua  kepada bekas kekasih saya itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangganya. 
 
Masalahnya sekarang  perasaan saya jadi keliru kerana saya tidak yakin dapat berkongsi kasih dengan isteri bekas kekasih saya  dan pada masa sama, saya tidak mahu  kehilangan bekas kekaksih saya itu.  Apa yang perlu saya lakukan. – Nur Zam Zam, Melaka
 
Jawapan:
Kasih saying cinta dan rindu adalah emosi manusia yang sukar untuk diubah. Sama juga benci dan dendam. Seolah macam tidak dapat dikawal.  Namun, kita semua tahu bahawa mengawal perasaan adalah wajib untuk menjadi manusia yang waras dan serta lurus di jalan Allah.
 
Justeru, dalam berusia menahan diri daripada melakukan perkara tidak sepatutnya,  saya nasihatkan puan supaya memastikan pergaulan dengan bekas kekasih itu tidak melampaui batasan pergaulan dalam islam.
 
Berdasarkan status, puan masih isteri orang shingga kes perceraian selesai.  Jiak ingin berhubung, jangan bercakap perkara yang melanggar syariah atau menjurus kepada perbincangan yang  tidak sepatutnya.
 
 
Mengadakan perhubungan dengan lelaki yang sudah berkahwin adalah perbuatan dosa jika membawa kepada perbuatan sumbang dan dilarang. Sebaiknya  tunaikan solat istikharah supaya diberi petunjuk oleh Allah mengenai jodoh yang sesuai.  Sukacita dingatkan bahawa jodoh seseorang itu ketentuan Tuhan dan kita hendaklah berikhtiar.
 
Usah pula rasa bersalah atas niat untuk berkahwin dengan suami orang, tetapi biarlah jalannya mengikut peraturan yang ditetapkan syarak dan pihak berkuasa.  Cerita daripada kekasih hanya cwerita sebelah pihak saja.
 
Berjumpalah dengan isteri kekasih untuk mendengar penjelasan beliau pula.  Takut takut keluar mulut harimau masuk mulut biaya kerana kekasih bukan lagi orang yang puan kenal dulu dan pepristiwa dilalui zaman persekolahan boleh mengubah tingkah laku beliau.
 
Poligami adalah sesuatu yang dibenarkan.  Ia juga mempunyai nikmat dan manfaat besar kepada umat Islam khususnya dan manusia umumnya.  Sama ada cintakan suami orang itu boleh membawa kebahagiaan atau tidak, bergantung pada system pengurusan keluarga.
 
Beberapa tip untuk persediaian mental kea rah mengamalkan poligami, langkah pertama ialah menghapuskan mitos bahawa mencintai suami orang itu satu tindakan merampas, poligami akan membawa kepada ketidakadilan atau sukar untuk membahagikan kasih sayang.
 
Sebenarnya kasih sayang ibarat hujan.  Ia tidak dibahagikan tetapi  semua orang akan basah   jika ditimpa hujan walaupun berada di tempat berlainan.  Bukan bererti dua orang yang berada di suatu padang akan basah separuh saja apabila ditimpa hujan.
 
Langkah kedua ialah mendapatkan persetujuan semua pihak.  Isteri pertama jangan menganggap dia lemah, tidak pandai menjaga suami apabila suami berkahwin lagi.  Dan paling penting, suami yang mempunyai lebih daripada satu keluarga mestilah berlaku adil.
 
Walaupun tidak mudah untuk berlaku adil tetapi tidak mustahil, jika dimulakan dengan niat atas dasar iman.  Adil bukan maksudnya semua sama tetapi setiap pihak mendapat haknya mengikut keperluan dan kedudukan.
 
Mesmua pihak perlu ada kesepakatan untuk menangani masalah di masa depan.  Banyak konflik besar bermula dengan konflik kecil  yang tidak dikendalikan  dengan  baik. Apatah lagi jika emosi menjadi perkasa ketika konflik.
 
Jawapan disediakan pengurusi klinik persendirian dan mantan AJK Wanita JIM, Dr. Suriya Osman.
 
Berita Harian Jumaat 4 Januari 2008 (m/s15)

<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2011  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.