Mencari Rahsia 40Jawapan kepada kenapa 40? Laporan Khas Oleh Norimanah Seman
Allah tidak memilih atau menjadikan sesuatu tanpa ada hikmahnya. Ada sebab mengapa Nabi Muhammad s.a.w. dipilih menjadi rasul ketika usia 40 tahun. Pada pandangan mata kasar usia itu berada di peringkat menurun keupayaannya dari segi fizikal, tenaga dan mental. Semakin tua juga dikatakan juga ingatan semakin berkurangan, kulit kendur, rambut beruban, lemak berkumpul pada pinggang dan punggung semakin sukar untuk dihilangkan, penglihatan semakin berkurangan, penyakit sedang menanti untuk bertamu. Semua yang buruk dan Nampak menakutkan apabla usia menjengah 40. Namun pasti ada sesuatu yang baik, yang kita tidak nampak tetapi Allah lebih mengetahuinya. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Gene-Cohen, Pengarah Centeron Aging, Health & Humanities di Pusat Perubatan Unversiti George Washington, Amerika Syarikat akan menjawab semuanya tentang usia 40. Bagi Dr. Cohen, usia 40 adalah ketika otak berada pada tahap yang paling baik. Otak orang tua lebih fleksibel, mantap, mudah menyesuaikan diri dengan keadaan, lebih kreatif, otak kiri dan otak kanan digunakan serentak, cekap, lebih tenang dan boleh mengawal emosi negative. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Cohen menolak tanggapan salah kebanyakan orang yang mengatakan, semakin berusia maka otak makin lemah, jadi pelupa dan sudah tidak cekap lagi. Apa yang perlu dilakukan adalah kenal pasti potensinya dan sentiasa mengasahnya agar kekal tajam. Sebenarnya otak orang tua jauh lebih bagus berbanding orang muda. Inilah jawapannya mengapa kebanyakan nabi dipilih menjadi rasul ketika berusia di dalam lingkungan 40 tahun. Otak tidak semakin menurun kehebatannya sebaliknya sedang memecut laju kecekapannya. Kemudian nanti, akan diterangkan kenapa otak yang berusia 40 tahun ke atas lebih cekap dari kajian yang dilakukan oleh Dr. Cohen. Ini bukan tua sebarang tua tapi otak bergeliga. Menurut Dr. Cohen, remain yang menyangka apabila usia sudah berada dalam lingkungan 40 susah ketinggalan zaman. Biasanya kita akan memikirkan usia 4o dari sudut yang negative dan kurang memikirkan tentang posotifnya. Memang tidak dinafikan pertambahan usia member cabaran baru di dalam hidup dan tua juga boleh menyebabkan kita kehilangan sesuatu. Pun begitu, kajian terbaru di dalam neuro science boleh membuatkan mereka yang berusia 40 tahun ke atas tersenyum bangga kerana merasakan itulah hebatnya menjadi orang berumur. Kajian itu menunjukkan, otak orang yang sudah berumur lebih fleksible dan mudah menyesuaikan dengan keadaan berbanding yang kebanyakan orang sangkakan. Dari kajian itu juga didapati, otak kiri dan otak kanan boleh berintegrasi dengan lebih baik pada usia 40 tahun, ia menjadikan kita lebih kreatif. Semua itu telah dibuktikan dengan kajian saintifik, terserahlah kepada kita untuk menggunakan otak dengan baik atau menunggu hingga fungsi otak itu ditarik satu persatu kerana perkara yang baik tidak akan dating bergolek. Sains juga telah membuktikan, otak orang berusia 40 berkembang lebih baik jika selalu digunakan dan menghadapi cabaran. Ini bermakna kehidupan pertengahan usia adalah masanya untuk menempah satu lagi kemungkinan baru. Dengan meningkatnya usia pengalaman baru yang positif boleh terus di cipta. Sekali lagi Dr. Cohen mengajak kita mengubah perspektif terhadap umur dewasa. Seiring dengan pertambahan usia, otak akan melalui satu frasa pembentukan semula, keadaan itu menjadikan kita lebih lengkap dan bersedia untuk mencapai impian. Alasannya mudah saja iaitu orang berusia telah mempelajari banyak perkara menerusi pengalaman berbanding otak orang muda. “Sepanjang hidup otak akan merekodkan maklumat dan ingatan uyang akan membina satu jaringan antara neuron. Kemudian neuron itu melalui masa dan usia akan hilang kecekapannya tetapi jaringan itu akan menjadi satu jalinan yang kukuh. “Otak orang berusia adalah umpama hutan tebal yang dahan dahan pokoknya subur. Maksudnya otak orang yang telah berusia lebih banyak pengetahuan dan cekap membuat penilaianya. Itulah sebabnya usia adalah satu kelebihan bagi mereka yang berkecimpung di dalam bidang perundangan, mengedit, perubatan, kejurulatihan dan pengurusan. Kemahiran itu tidak boleh diperolehi melalui pembelajaran,” jelas Dr Cohen MAHIR MENGGUNAKAN OTAK KIRI DAN KANAN Menurut Dr. Cohen, di dalam satu kajian terbaru mengatakan, otak orang berusia mempunyai jaringan yang kukuh, menghubungkan antara hemisfera kiri dan kanan dengan lebih cekap. Sebenarnya otak kita terbahagi kepada dua struktur iaitu otak kiri dan otak kanan, kedua duanya dihubungkan oleh jaringan corpus callosum. Otak kiri, mengkhususkan pada kebolehan bercakap, bahasa dan perkara yang berkaitan dengan logic. Manakala otak kanan berkaitan dengan kreatif, imaginasi, emosi, kemampuan merasakan, ekspresi tubuh dan interaksi manusia. Katanya, melalui ujian imbasan PET dan MRI yang dibuat ke atas otak orang berusia didapati otak himesfera kiri dan kanan bertindak serentak di dalam satu masa. Keadaan ini berlainan dengan orang muda yang menggendalikan banyak perkara dan berhadapan dengan masalah hanya menggunakan hemisfera tertentu saja. “Orang berusia boleh menyeimbangkan antara fikiran dengan perasaan. Merentasi masa dan perjalanan usia telah menjadikan otak kita semakin tajam yang membuatkan lebih mudah untuk mengawal perasaan dan kepentingan logik. “Pertambahan usia juga menyebabkan otak berkembang menjadi lebih bijak dan fleksibel, ia juga membantu mencapao ketenangan dengan mudah. Ini kerana emosi kita telah tersimpan di dalam struktur sarah yang dikenali sebagai system limbik. Kadang kadang emosi negative yang kuat berakar umbi dan disimpan kukuh di dalam amygdalae (struktur limbic yang berbentuk badam terletak di dalam tengah otak). Secara semula jadi, amygdalae akan matang bersama dengan usia. “Kajian tentang imbasan otak mendapati orang berusia kurang menunjukkan perasaan takut, marah dan kebencian berbbanding orang muda. Kajian psikologi pula membuktikan, tanggapan itu menunjukkan orang berusia, kurang mengikut gerak hati dan menurut perasaan yang negative ketika bertindak. “Jelasnya, otak orang berusia lebih anjal, mudah menyesesuaikan dengan keadaan dan lebih berkebolehan dari apa yang kita sangka selama ini. Tapi itu tidak bermakna kita boleh duduk berpangku tangan dan menunggu perkara yang baik berlaku di hadapan mata,” terang Dr. Cohen. Dari kajian saintifik yang dijalankan itu, Dr. Cohen mencadangkan beberapa aktiviti penting yang boleh dilakukan secara kerap untuk membantu merangsang kuasa otak, mengasah ketajamannya dan kepekaan otak berusia. Melalui senaman fizikal, senaman mental, aktiviti libur yang mencabar, menguasai kemahiran baru dan membina kemahiran baru dan membina jaringan social yang kukuh, otak boleh mengekalkan tahap prestasinya. AKhir sekali Dr. Cohen, seolah olah berfalsafah, otak adalah ibarat asas pada struktur bangunan. Ia menyediakan fizikal yang kukuh kepada minda, personality dan perasaan. Otak kita berkebolehan untuk menyesesuaikan diri, berkembang dan menjadi lebih kompleks dan berintegrasi dengan usia. Otak kita akan menjadi matang dan berkembang, begitu juga dengan pengetahuan, emosi dan kemahiran untuk mempamerkan perasaan. Jadi, jangan takut menjadi tua kerana ia adalah saat yang paling indah untuk dinikmati. Itulah indahnya menjadi tua kerana otak lebih matang, tenang, cekap menilai dan mengawal perasaan. Sudahkan bersedia untuk menjadi tua? AL ISLAM Julai 2011 Link Berkaitan · <<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2011 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™ * Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.