Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

23 November 2011

Mencari Rahsia 40: usia maksimum

40 yang maksimum
Mencari Rahsia 40
 
 
Empat puluh bukan sekadar pada usia tetapi banyak yang dikaitkan dengan nombor itu disebut dalam al-Quran dan hadis.  Apa rahsia nombor itu maka ia banyak disebut oleh Allah? Bagi Dr. Faizal Ahmad Shah, nombor 40 ada signifikan di dalam Islam, banyak hadis yang menyebut tentang angka itu dan ia juga di sebut oleh al-Quran.  Di dalam al-Quran juga ada banyak ayat yang menyebut tentang 40, yang mana ia tidak terhad pada usia saja tetapi meliputi soal hukuman, ganjaran, tempoh masa dan perkara yang lain.
 
Misalnya di dalam surah al-Baqarah ayat 51,
 
“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam.  Kemudian, setelah ia pergi kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang orang zalim (terhadap diri sendiri)”.
 
Pada surah  yang lain pula, ada disebutkan tentang 40 yang bermaksud, Allah berfirman,
 
“Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau rayau dengan binggungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai): maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu.” – Surah al-Maidah ayat 26.
 
 
 
DI dalam ayat itu Allah perintahkan kepada bani Israil untuk memasuki Palestin tetapi mereka menolaknnya.  Maka keingkaran itu, Allah membalasnya dengan sesat di padang pasir selama 40 tahun.  Kemudia ada beberapa ayat lain juga menyebut  tentang 40 iaitu di dalam  surah al-A’raaf ayat 142 bermaksud,
 
“Dan Kami telah janjikan kepada Nabi Musa  (untuk memberikan Taurat)  selama tiga puluh malam, serta  Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam  lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam.  Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat):  gantikanlah aku (dalam urusan memimpin) kaumku, dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang orang yag melakukan kerosakan.”
 
Angka 40 di dalam al-Quran menceritakan tempoh masa, hukuman kepada Bani Israel dan tempoh masa Allah janji untuk member Taurat kepada Nabi Musa.
 
Jika diperhatikan hadis pula, angka 40 banyak kali disebut antaranya; daripada Ibnu Abbas r.a Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “ Mana mana lelaki Muslim yang meninggal  dunia, kemudian jenazahnya diuruskan oleh empat puluh orang lelaki yang tidak melakukan syirik kepada Allah s.w.t dengan sesuatu pun, melainkan Allah akan member syafaat.” HR Muslim dan Abu Daud.
 
Menurut Dr. Faizal, hadis itu menyebut 40, merujuk pada bilangan orang yang menguruskan jenazah dan jenazah tersebut akan diberi syafaat.  Kemudian ada  juga hadis yang menceritakan tentang dajal.  Rasulullah member tahu tentang dajal melakukan kerosakan di bumi iaitu selama empat puluh hari, satu hari sama dengan setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan hari hari berikutnya seperti hari hari kamu.
 
 
Di dalam hadis itu angka 40 digunakan untuk memberikan peringatan tentang dajal.  Kemudian bercerita tentang  balasan, 40 itu digunakan untuk menunjukkan balasan yang didatangkan oleh Allah.  Misalnya di dalam hadis daripada Abu Juhaym bin al-Harith berkata; “ Sekiranya seorang yang lalu dihadapan orang  yang sedang  bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu dihadapan orang solat) nescaya dia akan berhenti menunggu empat puluh lebih  baik dari lalu di hadapan orang solat ini.”
 
Menurut Dr. Faizal lagi, angka 40 yang disebut di dalam hadis itu tidak dikatakan ia merujuk kepada 40 hari atau bulan atau tahun , tapi kalau orang tahu tentang semua itu maka mereka tidak akan melakukannya.
 
Di dalam hadis daripada Abu Zar; Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “ Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak kedua diantaranya (tempoh dibina kedua duanya). Balas Rasulullah s.a.w: Empat puluh tahun, dimana sahaja kamu dapat bersolat pada kedua duanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada  kelebihan  (untk mereka yang bersolat di kedua dua masjid tersebut.)” HR sahih Bukhari.
 
Bukan itu saja, angka 40 juga disebut di dalam menceritakan tentang kejadina manusia yang diceritakan oleh Rasulullah di dalam hadisnya.  Daripada Ibnu Mas’ud berkata, “Telah bersabda Rasulullah s.a.w dan dialah yang selalu benar dan dibenarkan. “Sesungguhnya setiap orang di antara kamu dikumpulkan pembentukannya (kejadiannya) di dalam rahim ibunya dalam 40 hari berupa nutfah (air mani) kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian menjadi gumpalan seperti sekerat daging, selama itu juga, kemudian diutuslah kepadanya Malaikat, maka ia meniupkan roh  padanya dan diperintahkan (ditetapkan) dengan 4 perkara; pertama, ditentukan rezekinya. Kedua ajalnya (umurnya), ketiga amalannya (pekerjaanya) dan keempat takdirnya bahagia atau derita.”
 
APA ISTIMEWANYA 40?
 
Walaupun demikian banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi yang menyebutkan tentang angka 40, namun tidak ada satu pun nas yang menyebutkan tentang keistimewaannya. Dr. Faisal menjelaskan, rahsia 40 tidak disebutkan di dalam al-Quran dan kelebihannya tidak ada, ia sama seperti nombor yang lain.
 
Apa yang pasti usia 40, melambangkan kematangan.  Manakala berdasarkan hadis yang menggambarkan hukuman iaitu 40 hari tidak diterima amalannya bagi orang yang berjumpa tukang tilik, ia boleh membawa  maksud, 40 hari adalah tahap yang paling maksimum dalam hukuman. Begitu juga 40 tahun adalah satu tempoh yang cukup lama dan 40 ganjaran kebaikan adalah symbol pada satu jumlah yang cukup besar dan maksimum sama ada di dalam soal ganjaran atau hukuman.
 
“Memang benar banyak angka 40 disebutkan di dalam al-Quran namun tidak dinyatakan apa rahsianya.  Hanya Allah saja yang Maha Mengetahuinya, itu hanya rahsia Allah.  Jangan sampai diri kita jadi seprti masyarakat Barat dan orang Kristian yang percaya pada nombor yang boleh membawa untung serta rugi kerana ia tidak ada di dalam Islam. Kajian tentang nombor itu tidak dihalang di dalam Islam tapi bukan itu tujuannya nombor itu disebut di dalam al-Quran dan hadis,” tegasnya.
 
AL ISLAM  Julai 2011
<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2011  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.