Poligami:Suami tidak adil
Gambar hiasan
NAMUN, apa yang berlaku tidak semudah dan semanis lidah berkata-kata. Merujuk pada contoh-contoh poligami yang tidak adil, kebanyakan suami mengambil jalan mudah dan kononnya lebih selamat bagi mereka apabila berhadapan dengan bebelan dan sumpah seranah isteri yang tidak berpuas hati, termasuk memberi pelbagai alasan untuk tidak pulang ke rumah, atau pulang lewat malam selepas puas berborak-borak dan bersantai dengan rakan-rakan.
Malah, ada suami yang langsung tidak pulang ke rumah isteri yang 'ber-masalah', atau kalau pulang pun hanya sekali sekala sahaja, termasuk di kala isteri yang disayangi datang bulan. Selain itu, terdapat juga suami dayus yang takut untuk pulang ke rumah salah seorang isterinya kerana takutkan anca-man daripada salah seorang isteri yang lain. Tindakan seperti ini bukan sahaja mendatangkan ketidakadilan kepada isteri yang teraniaya, tetapi juga tidak adil kepada anak-anak yang menjadi mangsa keadaan.
Bagi saya, semua senario ini menunjukkan, suami tersebut belum mempu-nyai kekuatan mental yang mencukupi untuk menempuh gelombang ombak poligami. Mungkin mereka hanya fikir kekuatan sumber kewangan dan seks yang ada sudah cukup melayakkan mereka untuk berpoligami. Dalam hal ini, para suami yang tidak adil selalu lupa akan faktor agama dan kesanggupan untuk menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup berpoligami juga pen-ting sebelum mengambil keputusan untuk menambah cawangan.
Oleh itu, mohon maaf kalau saya mengatakan, saya kurang bersetuju dengan tindakan sesetengah suami yang menyembunyikan perkahwinan kedua, ketiga, atau keempat mereka dengan alasan untuk menyelamatkan rumah tangga mereka dengan isteri pertama. Selain tidak menurut ajaran Islam yang sebenar, kerana Islam menyuruh kita menguar-uarkan sesuatu perkahwinan, tindakan menyembunyikan isteri kedua, ketiga, mahu pun keempat tersebut boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang merasakan hak mereka sebagai isteri tidak terbela.
Kembar 4
Sehubungan dengan inilah seluruh mata rakyat Malaysia, termasuk lensa kamera para wartawan, tertumpu kepada Salih Yaacob sebagai ikon poligami era milenium. Jika Salih Yaacob mampu dan berusaha sedaya mungkin untuk menonjolkan contoh poligami yang adil dan membahagiakan, dia akan men-dapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. dengan rezeki yang berlimpah ruah di dunia dan pahala yang berganda di hari akhirat.
Namun sebaliknya, jika Salih Yaacob gagal melaksanakan amanah yang berat ini dengan mengetepikan hukum-hukum Islam berkaitan keadilan dalam berpoligami, maka dia seharusnya berasa bimbang dengan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Sesiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia con-dong kepada salah seorang daripada keduanya (dengan menafikan hak isteri yang satu lagi), maka di hari kiamat kelak dia akan berjalan dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." -(riwayat Ashabussu-nan, Ibnu Hibban, dan Hakim).
Justeru, bukan semua lelaki layak berpoligami, dan bukan semua yang layak pula berpeluang untuk mengamalkan poligami. Kepada mereka yang tidak terpilih untuk berpoligami, bersabarlah dan jangan sesekali bersedih kerana mungkin itu yang terbaik buat anda. Ingat-ingatlah selalu firman Allah Taala yang bermaksud, "... Dan boleh jadi kamu bend kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." - (Al-Baqarah: 216) ©
AL ISLAM Ogos 2011<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2012 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargaihasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silumemberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativitimereka dengan menampilkan dari mana asal usulbahan asal yg anda salin dan tempek itu.