Poligami: Takdir untuk jatuh cinta?Oleh Dr. Mohd. Hilmi b. AbdullahJabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900, Tanjong Malim, Perak. Tel. : 013-9205011 mohdhilmi@fssk.upsi.edu.my pustakahilmi@yahoo.com
PERKAHWINAN pelakon dan pengacara radio, Salih Yaacob dengan isteri keempatnya, Samihah Sheikh Ali, 25, pada 30 Mei 20011 yang lalu pasti-nya menarik perhatian seluruh rakyat negara ml, khususnya golongan lelaki. Sejak mengumumkan hasratnya untuk mencukupkan kuota empat isteri, jumlah maksima yang dibenarkan oleh Islam, Salih Yaacob, atau lebih dikenali sebagai Abang Jem di kalangan peminat radio Sinar FM itu terus mendapat ucapan tahniah dan sokongan moral daripada rakan-rakan lelakinya, termasuk di kalangan para arris. Bagi orang lelaki, inilah idola yang mereka cari-cari sejak sekian lama bagi menunjukkan kepada masyarakat, khususnya golongan wanita, poligami tidak semestinya mendatangkan malapetaka dalam kehidupan berumah tangga. Malah, jika diuruskan dengan cara yang baik, berhemah, bertanggungjawab, adil, bertimbang rasa, bertolak ansur, dan saling hormat menghormati, kehidupan bermadu sebenarnya iebih membahagiakan berbanding kehidupan monogami yang sesetengahnya bersifat hipokrit, nampak cantik pada kulit, tapi isinya penuh berulat. Bukan mahu menidakkan poligami Rasuluilah s.a.w. yang semestinya paling ideal untuk dicontohi, namun masyarakat sekarang mahu melihat contoh yang nyata di hadapan mata bagi memudahkan mereka - menyelami sendiri susah senang dan pahit manis dalam kehidupan berpoligami. Maka, kemunculan Salih Yaacob dengan wajah penuh kebahagiaan bersama keempat-empat isterinya itu dikira tepat pada masanya di saat terdapat sesetengah pihak di negara ini yang cuba memburuk-burukkan ajaran Islam melalui institusi poligami yang disalahertikan. Sememangnya lelaki dicipta untuk tertarik kepada wanita, sama ada dari sudut kecantikan, kesopanan, kelembutan, keprihatinan, budi pekerti, dan sebagainya yang kebiasaannya ada pada diri seorang wanita. Namun, terdapat satu perkara yang hanya khusus untuk lelaki, tetapi kurang difahami oleh wanita, iaitu kebolehan lelaki untuk jatuh cinta lebih daripada seorang wanita pada satu-satu masa. Bagi wanita, lelaki seperti ini disifat-kan sebagai curang dan kurang cakna kepada pasangannya. Tetapi bagi lelaki, perkara tersebut adalah sifat semula jadi mereka. . Bagaimanapun dalam keadaan tersebut, Islam memberi peringatan kepada para suami supaya menghargai pengorbanan para isteri dalam melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak, mengurus rumah tangga, menjaga keperluan para suami, dan sebagainya. Jangankan kerana sedikit kelemahan dan kesilapan yang dilakukan isteri, terdapat suami yang mula berkira-kira mahu menambah cawangan semata-mata kerana mahu mem-pertahankan ego mereka. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Al-Nisa, ayat yang ke-19 yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. "Dan bergaullah kamu dengan mereka (istert-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian, jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)." BERPOLIGAMI SETELAH KEMATIAN ISTERI PERTAMA Kalau kita menelusuri sirah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a., kita akan dapati Rasulullah s.a.w. hanya mengamalkan poligami setelah kematian isteri pertama baginda yang dikasihi, Khadijah binti Khuwailid r.a.h. Seperti yang kita ketahui, Khadijah adalah wanita pertama yang memeluk Islam dan telah banyak mengorbankan masa, tenaga, dan wang ringgit untuk membela agama Islam. Jadi, tidak peliklah jika Rasuluilah s.a.w. tidak sang-gup untuk memadukan Khadijah justeru mengenangkan pengorbanan isteri mithali tersebut. Begitu juga dengan Sayyidina Ali r.a. yang juga hanya mengamalkan poligami setelah kematian Siti Fatimah r.a.h. Walaupun ada pihak berpendapat tindakan Sayyidina All tersebut kerana akur kepada hadis Nabi s.a.w. yang ber¬maksud, "Sesiapa yang menyakiti Fati¬mah, maka ia juga telah menyakiti ku" (hadis riwayat Muslim), tetapi semua maklum, pengorbanan Siti Fatimah tidak kurang kecilnya, sehingga ada riwayat yang menyatakan, tangan Siti Fatimah pernah sakit-saldt kerana terpaksa mengisar gandum bagi membuat roti untuk makanan keluarga. Sehubungan itu, jika ada para isteri yang bimbang kalau-kalau suami mereka bercadang untuk berkahwin lain, maka mereka sepatutnya mencontohi apa yang telah dilakukan oleh Siti Khadijah dan anaknya Siti Fatimah itu kepada suami masing-masing. Jangankan kerana sibuk mengejar kesenangan di dunia sehingga rumah tangga dan kebajikan suami terabai. Jika tidak, jangan marali kalau suami anda meluahkan perasaan kepada wanita lain. Dalam pada itu, saya bukan berniat untuk menafikan hak lelaki yang ingin berpoligami dalam keadaan isteri pertama masih hidup, kerana Islam sendiri pun tidak pernah menghalang poligami seperti itu. Cuma, perkara utama yang ingin ditegaskan di sini ialah keperluan para suami untuk bersifat sabar dalam melayan karenah para isteri yang pelbagai ragam. Untuk bersifat sabar pula, seseorang lelaki itu perlu menguatkan mentalnya. Atau dengan kata lain, perlu mencapai tahap kematangan yang sewajarnya sebelum berkahwin. Sekiranya perkahwinan monogami pun memerlukan kekuatan mental dalam menguruskan rumah tangga, apatah lagi dalam perkahwinan poligami. Perkara ini dijelaskan oleh Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersung-guhsungguh (hendak melakukannya). Oleh itu, janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (diawang awangan); Dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu) dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." -(Al-Nisa': 129). Dalam ayat al-Quran di atas, Allah menegaskan, adalah mustahil untuk suami yang berpoligami berlaku adii kepada isteri-isteri mereka, khusus-nya dari sudut perasaan kasih sayang dan kecenderungan diri. Namun, ketidakadilan seperti itu tidak menjadi suatu kesalahan, kerana keadilan yang dituntut ialah dari sudut pembahagian malam dan nafkah mengikut keperluan. Paling penting, jangan biarkan ada isteri yang seoiah-olah merasakan diri-nya tidak ada suami walaupun masih bersuami.AL ISLAM Ogos 2011
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2012 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.