Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

26 June 2012

Alam Yang Dua: Imam tahu hari kematiannya

Abah Sudah Tengok. Tempatnya Cantik!!
Oleh:
Norimanah Seman
 Chef Rahman dengan kitab tulisan tangan
peninggalan berharga  arwah Imam Abu Samah
 
MENDENGAR cerita saat sakaratulmaut memang menarik minat untuk membaca. Pengalaman mengerikan, azab, kesakitan dan paling penting menginsafkan. Walau apa pun ceritanya, ada mesej tersendiri untuk disampaikan kepada yang hidup.
 
Percaya atau tidak itulah kenyataan yang harus diterima. Setiap orang ada bahagiannya tersendiri ketika berhadapan dengan sakaratulmaut. Ada yang sukar dan penuh dengan kengerian ketika menghadapinya. Beruntunglah bagi mereka yang melaluinya dengan mudah dan sudah dijanjikan tempat yang indah di sana.
 
Apa yang hendak diceritakan di sini adalah secebis pengalaman jurumasak terkenal, Chef Abdul Rahman Abu Samah ketika berhadapan dengan situasi sakaratulmaut abahnya, Imam Abu Samah Khamis dan emaknya Saodah Puteh.
 
Pagi itu, 16 Mei 2005, Imam Abu Samah Khamis dan Saodah Puteh dibawa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan rutin bulanan di klinik Alor Gajah. Walaupun tidak menghidapi sebarang penyakit namun pemeriksaan kesihatan adalah satu kemestian yang telah diamalkan sejak masih berkhidmat di dalam pasukan polis. Bekas Imam Masjid Kelemak, Alor Gajah, Melaka itu masih kuat berjalan walaupun sudah berusia 89 tahun. Matanya masih terang lagi dan boleh membaca seperti orang muda... Setelah mendengar laporan peme­riksaan doktor, saya memimpin tangan abah keluar dari bilik.
 
"Abah ni tinggal enam hari saja lagi," beritahu Imam Abu Samah.
"Apa maksud abah?" balas saya.
"Yalah, abah ada masa enam hari saja lagi. Jangan cakap dengan emak kau nanti dia sedih, susah hati," sambung Imam Abu Samah.
 
Selepas menghantar Imam Abu Samah hingga ke ruang menunggu, saya masuk semula ke bilik doktor untuk mendapatkan kepastian tentang kesihatannya.
 
"Doktor, tadi abah saya kata masanya tinggal enam hari saja. Bukankah doktor kata abah saya sihat?" tanya saya.
 
"Kalau dia kata macam tu, mungkin juga betul kerana jantungnya sudah semakin mengecil. Saya tidak boleh menjamin enam hari ke atau sebulan mahupun setahun jangka hayatnya ke­rana saya tidak  ada kuasa menentukan-nya. Tapi kalau dia kata lagi enam hari, tunggu sajalah," nasihat doktor.
 
Saya terdiam seketika mendengar penjelasan itu. Perasaan bercampur-baur sedih, tergamam dan terkejut namun tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk mengetahuinya lebih awal. Sekurang-kurangnya sedikit pe­rasaan sedih itu sudah terubat dan saya sudah bersedia menghadapi semua kemungkinan yang berlaku. Kini hidup saya hanya menanti hari seperti yang Selepas tiga hari  sejak kembali dari pemeriksaan doktor, Imam Ab Samah sudah tidak mahu berjalan lagi. Masanya banyak dihabiskan mengaji dan duduk di dalam bilik. Keadaannya semakin lemah.
 
"Tinggal tiga hari saja lagi ni. Malam tadi abah mimpi, beribu orang dating tahlil di surau itu," beritahu Imam Abu. Samah kepada saya.
 
"Kata abah hendak hidup sampal 100 tahun. Masih ada 11 tahun lagi, saya rasa abah boleh teruskan bukan-nya lama sangat pun," jawab saya menyedapkan keadaan.
 
Hati ini hanya Tuhan saja yang tahu cuma tidak mahu terikut-ikut bersedih walaupun saya tahu ramalan abah tepat belaka dan boleh dipercayai.
 
Hati saya berkata begitu kerana percaya amalan agama abah memang cukup kuat. Selama 26 tahun menjadi Imam Masjid Kelemak, banyak pengetahuan yang disampaikan kepada masyarakat setempat. Malah surau di hadapan rumah itu pun dibina adalah atas inisiatif abah sendiri. Masih kuat di dalam ingatannya, abah pernah berkata hendak terangkan pelita hati orang kampung dahulu barulah fikir perkara lain. Surau itu dibina menggunakan duitnya sendiri selepas kembali dari menunaikan haji pada tahun 1981. Di situlah dia menghabiskan hari tuanya mengajar agama, mengaji al-Quran dan solat jemaah setiap hari.
 
"Ingat pesan abah jaga surau itu baik-baik, jangan matikan lampu sampai pagi. Nanti abah balik untuk me­ngaji. Lagi satu jangan lupa jaga kitab-kitab abah yang banyak di situ," pinta Imam Abu Samah.
 
Setiap kali saya duduk menemani-nya di katil, itulah pesanan yang sering diulang ulang. Saya anggap itu adalah satu amanah yang berat untuk dipikul. Sejak diberitahu tentang usianya yang hanya tinggal beberapa hari, saya tidak pernah tinggalkan abah bersendirian. Saya perhatikan abah tidak pernah leka ataupun tidur sepanjang hari meskipun kesihatannya tidak berapa mengizinkan ketika itu. Sepanjang masa dia mengaji, menghafaz ayat-ayat al-Quran serta berzikir. Malah surah Yasin tidak pernah lekang dari bibirnya. Pernah suatu hari, saya masuk ke biliknya. Dia sedang memerhatikan tangannya sambil membelek-belek jari-jemari.
 
"Abah tengok apa tu?" tanya saya.
 
Memang sudah menjadi kebiasaan saya akan sentiasa bertanya dan bergurau dengannya. Saya tidak mahu perasaan sedih membelenggu kehidupan hari-hari terakhirnya. Walaupun pada hakikatnya memang saya bersedih kerana akan kehilangan orang tersayang.
 
"Abah rasa tak dimakan ulat badan ini," balas Imam Abu Samah.
 
Saya terkedu dengan jawapan abah. Bagaimana abah tahu semua itu, saya tidak pernah tanya kerana saya tahu abah tidak akan bercakap kalau perkara itu tidak benar. Lagi satu dia tidak akan beritahu jika perkara itu tidak pasti, sudah semestinya abah mengetahui lebih awal tentang itu. Hanya abah dan Allah saja yang mengetahuinya.
 
Pada hari keempat, saya terpegun memandang wajah abah yang berseri-seri dan tersenyum sepanjang masa. Lega sedikit rasa hati melihat senyuman ceria orang yang paling disayangi di dalam hidup ini walaupun bukan bapa kandung. Tapi sayang saya pada-nya melebihi diri sendiri.
 
Seperti biasa dia akan beritahu perkembangan terbaru setiap kali saya ada di sisinya. Kali ini abah bercerita tentang mimpinya malam tadi.
 
"Malam tadi abah dah tengok tempat tu, cantik tempatnya. Kalau macam ini abah tidak jadilah hendak hidup 100 tahun. Tinggal dua hari saja lagi," beritahu Imam Abu Samah.
 
Di hujung mata abah, saya lihat ada sedikit kebimbangan. Lama juga dia merenung muka saya tanpa sepatah kata. Untukmenghiburkan hatinya saya bergurau,
 
"Kenapa abah termenung, bukankah abah sudah tahu tempatnya cantik? Apa yang abah bimbangkan lagi? Semuanya abah sudah ada dan cukup bekalan."
 
"Abah risaukan emak kau, tidak mahu dia susah hati dan bersedih bila abah tak ada nanti. Siapa hendak jaga dia?" Imam Abu Samah meluahkan kebimbangannya.
 
"Soal emak, abah jangan risau saya ada. Selagi ada hayat, saya akan jaga dia," saya memberi jaminan untuk me-legakan perasaan abah.
 
Kemudian saya tinggalkan abah sendirian untuk memberinya peluang berehat. Namun fikiran saya tidak boleh lepas daripada memikirkan kata-kata abah tentang tempatnya. Saya faham 'tempat' yang dimaksudkannya adalah di alam selepas mati atau mungkin di akhirat kelak. Kalau itu yang sudah digambarkan kepadanya, tidak mengapalah saya redhakan pemergian abah. Bahagiannya di sana lebih indah dan membahagiakannya. Walaupun hati saya sedih tapi redha kerana itu yang terbaik dan sudah sampai masa saya melepaskannya pergi.
 
"Abah, saya kena pergi out station esok," beritahu saya.
 
"Tak apa pergilah, nanti hari Ahad kau balik tau. Abah tunggu," balas Imam Abu Samah.
 
Ahad, 21 Mei, selepas solat Subuh, Imam Abu Samah memanggil isterinya lalu dipegang erat tangan itu. Semua anak-anak sudah ada di sekeliling katil dan membaca Yasin untuknya.
 
"Orang itu' dah ada di pintu. Aku pergi dulu nanti aku tunggu kau di sana. Nanti aku datang jemput kau, kau isteri solehah," luah Imam Abu Samah.
 
Air mata emak menitis perlahan di pipi tanpa esakan. Sejernih air mata yang gugur setulus itulah cinta dan kasih sayang dua hati yang telah lama hidup bersama. Setelah itu Imam Abu Samah minta minum segelas air zamzam, susu dan setengah keping roti berserta 3 biji kurma.
 
Tok! tok! tok! terdengar pintu di-ketuk. Saya bangkit lalu membuka pintu. Deruan angin kuat menampar ke muka, terasa sejuk sedangkan pagi itu tidak ada hujan mahupun ribut, cahaya matahari memancar terang.
 
"Orang itu dah datang ada depan pintu itu," beritahu Imam Abu Samah.
 
Saya memerhatikan abah semakin nazak, nafasnya turun naik makin pendek dan dadanya berombak kencang. Sehabis saja bacaan Yasin yang ketiga nafasnya dilepaskan dan kembalilah abah kepada Penciptanya seperti yang diidamkan.
 
Al Islam 2012


<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.