Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

26 June 2012

Tarbiah: apa beza ISLAM dengan agama lain


Apa membezakan ISLAM dengan agama lain?
Oleh:
Zin Mahmud
 
 APA yang membezakan Islam dengan agama lain? Bagi orang Islam, Islam adalah agama sebenar dan yang lain itu palsu. Sebab itu khususnya di Malaysia, Islam adalah agama rasmi, orang Islam tidak mahu duduk semeja berunding dengan bukan Islam. Bukan saja Islam mempunyai kedudukan istimewa di negara ini, menurut perlembagaan, tetapi Islam adalah agama sebenar dan tidak selayaknya duduk sama rendah dengan agama lain.
 
Tetapi jika dilihat daripada tradisi Islam, akan ditemui, Islam tidak disebut agama tetapi dinyatakan sebagai addin, yang sering diterjemahkan se­bagai cara hidup. Apabila disebut cara hidup, ia juga dikaitkan sebagai budaya. Tetapi kalau disebut budaya seringkali persepsinya ialah amalan hidup seseorang yang tidak semestinya dikaitkan dengan kepercayaan atau agama.
 
Namun begitu, bandingkan Islam dengan agama-agama lain.Terdapat persamaan dan juga perbezaan. Persamaan-nya ialah Islam dilihat seperti agama lain yang mempunyai institusi-institusi yang menunjukkan ia adalah agama. Tetapi pada asasnya pula ia sama sekali berbeza dengan agama lain.
 
Contoh pertama, Islam dengan jelas menolak adanya segolongan orang agama yang perlu diambil khidmat jika untuk mengamalkan agama. Maksud-nya jika agama Yahudi ada rabbi, Kristian, paderi dan Hindu serta Buddha sami, Islam tidak ada semua itu. Semua orang Islam boleh melaksanakan ama­lan agama tanpa bantuan golongan itu. Itu bezanya.
 
Tetapi pada waktu lain, timbul pula ulama dan imam dalam Islam. Mereka mempunyai kemahiran beragama dan jika dilihat dari sudut agama lain, maka seolah-olah imam dan ulama ini adalah seperti paderi dan sami dalam agama lain. Tetapi hakikatnmya tidak begitu. Imam dan ulama berbeza malah bertentangan sama sekali dengan paderi dan sami. Imam hanya mengetuai sembahyang dan sesiapa saja orang Islam boleh menjadi imam, dan bukan-nya golongan tertentu. Begitu juga ulama. Mereka tidaklah diperlukan untuk melakukan upacara agama, tidak seperti agama lain yang menghendaki sami dan paderi mereka.
 
Justeru Islam sebenarnya bukan agama, dalam erti kata seperti agama lain. Kalau ada orang Islam sendiri yang menganggap imam dan ulama seperti sami dan paderi dalam agama lain, maka perkara itu adalah suatu kesilapan. Ini membawa kepada contoh kedua. Semua agama lain mempunyai biara atau tempat belajar, ibadat serta tempat tinggal para paderi, sami atau biarawan dan biarawati. Di sini sekumpulan orang menghabiskan umurnya untuk menumpukan pengabdian kepa­da Tuhan cara mereka. Tidak kahwin dan berkeluarga. Dalam Islam tidak ada perkara ini.
 
Memang betul ada madrasah dan sekolah pondok. Tetapi ia melatih para pelajar untuk mengetahui hal ehwal Islam. Tetapi madrasah serta sekolah pondok, bukan biara. Tiada biara dalam Islam. Jika ada sekumpulan orang Islam mahu menubuhkan pusat yang seolah-olah seperti biara, maka perkara itu tidak diajarkan dalam Islam.
Maka ini membawa kepada contoh ketiga. Semua agama mempunyai tempat ibadat yang dianggap suci. Di gereja atau kuil akan terletak objek-objek yang dianggap suci untuk disembah, serta upacara keagamaan yang penuh simbolik. Sebab tempat tempat ibadat itu dianggap sebagai suci.
 
Tetapi dalam Islam perkara itu tidak berlaku. Masjid adalah tempat di mana solat dilakukan. Tidak seperti agama lain, penyembahan hanya boleh dibuat di tempat tempat tertentu. Kalau di rumah, ada berhala yang diletakkan di depan untuk disembah. Tetapi masjid hanyalah ruang kosong sebagai tempat beribadat.
 
 
Tidak ada berhala atau objek suci dalam masjid. Malahan  dalam keadaan begini, kecenderungan untuk meletak-kan ayat-ayat al-Quran sebagai ayat suci di dinding dinding masjid serta dibuatkan syarat, tempat ibadat Islam mesti mempunyai mihrab, menara, mimbar dan kubah ialah seolah-olah untuk menjadikan bangunan itu sebagai tempat suci.
 
Tetapi perkara itu tidak berlaku dalam Islam. Mihrab diwujudkan se­bagai ruang supaya imam ada tempat untuk mengetuai sembahyang. Sementara mimbar adalah tempat khatib membaca khutbah. Mihrab dan mim­bar bukannya altar di mana dalam agama-agama lain akan diletakkan berhala atau objek suci. Begitu juga ayat-ayat alQuran di dinding masjid. Ia merupakan karya tulisan indah yang membantu perasaan syahdu kepada para jemaah. Bukannya merupakan ayat suci untuk disembah.
 
Begitu juga menara dan kubah. Ia merupakan reka bentuk masjid yang mempunyai fungsinya. Menara adalah tempat di mana bilal boleh melaungkan azan hingga jauh kedengaran. Begitu juga dengan kubah supaya dewan mas­jid itu dapat dibuat dengan tinggi dan luas. Semuanya berbentuk fungsional. Bukannya kerana simbol kesucian. Ia juga mencerminkan budaya Islam yang merebak untuk menggantikan tamadun Rom Bizantin.
 
Dengan membina masjid berkubah, menara, mihrab dan mimbar, tama­dun Islam mengasimilasikan peradaban Rom Bizantin secara harmoni dan mengurangkan konflik. Masjid dari segi zahir menggantikan gereja Kristian Rom Ortodoks di Syam, pusat Khilafah Umayyah, yang kemudian berterusan kepada Khilafah Abassiah dan menyempurnakan penundukkan terhadap Rom Bizantin di bawah Khilafah Uthmaniah dengan kejatuhan Constan­tinople untuk dijadikan Istanbul.
 
Dengan memahami latar belakang mengenai masjid, imam dan ulama, maka dapat difahami bahawa Islam bukanlah agama seperti yang difaha­mi terhadap Yahudi, Krsitian, Hindu, Buddha dan lain-lain. Tidak ada paderi dan gereja dalam Islam. Kalau agama-agama lain bersifat elitis tetapi tidak Islam, yang bersifat terbuka dan dinamik. Jika ada di kalangan orang Islam sendiri yang mahu mentafsirkannya seperti agama lain, maka ia hanya merendahkan martabat sebenar Islam.
 
AL ISLAM April 2010



<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.