WANG KHAIRAT KEMATIAN:Bolehkah guna untuk diri sendiri? Ruangan ini dikendalikan oleh:MOHD. ZAIDI RAMLIKetua Penolong PengarahBahagian Perkahwinan Dan Pembangunan KeluargaJabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan. Sekiranya para pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama, sila kemukakan soalan-soalan ke alamat zaidi71Jnr@yahoo.com atau shamsinoruksb@yahoo.com.my
WANG KHAIRAT KEMATIAN: Bolehkah guna untuk diri sendiri? SOALAN1.Apa hukumnya mengguna pakai wang sumbangan yang diterima dari-pada majikan kerana pekerja tersebut kematian bapa mertuanya. Kebiasaan-nya, mereka yang bekerja di pejabat akan menerima wang sumbangan tersebut atau lebih mudah dipanggil wang khairat kematian. Justeru menggunakannya bukan untuk urusan pengkebumian - kerana wang tersebut lewat diterima, apakah berdosa? Apa yang diketahui, sumbangan syarikat kepada pekerja akan menjadi hak pekerja tersebut dan terpulang kepada seseorang itu untuk menggunakannya bagi apa jua tujuan. 2. Apakah benar wang sumbangan berkenaan dianggap sebagai hak kepada waris si mati? Dengan erti kata lain, ia hanya berhak untuk digunakan bagi urusan kematian? Dan sekiranya urusan pengkebumian itu telah selesai, ia perlu diserahkan kepada waris si mati misalnya anak lelaki, atau anak- anak kepada si mati? JAWAPAN1) Menjadi kebiasaan kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan kepada seseorang yang sedang mengalami kesulitan hidup atau sedang dirundung kesedihan. Apabila berlaku sesuatu peristiwa dan kemalangan lalu mereka membuat kutipan derma kilat dan sumbangan itu diberikan kepada pihak yang terbabit dalam peristiwa dan kemalangan itu. Tujuan sumbangan ini untuk meringankan bebanan yang ditanggung, memberikan kemudahan, dan sebagai menzahirkan rasa simpati dan kebersamaan. Begitu jugalah kutipan yang dibuat apabila berlaku kematian. Ia bukan semata-mata untuk tujuan pengkebumian tetapi juga sebagai membantu waris bagi meringankan bebanan kewangan, kos-kos berkaitan seperti tambang pengangkutan, mengurangkan kemurungan dan sebagainya. Oleh itu tidak bcrdosa jika digunakan untuk tujuan lain jika urusan berkaitan kematian telah selesai. 2) Sesuatu sumbangan khairat jika dibuat oleh si mati sendiri semasa hidupnya tidaklah dianggap pusaka. Oleh itu tidak wajib diagih kepada waris. Namun begitu, tujuan asal caruman kepada tabung khairat kematian oleh seseorang semasa hidupnya untuk urusan kematiannya seperti pembelian kain kafan, peralatan mandi jenazah, pengkebumian dan kos-kos lain. Adalah terlebih baik jika waris dapat menggunakannya semaksima mungkin bagi tujuan itu. Jika ada lebihan eloklah jika dijadikan wakaf atau sedekah jariah bagi si mati. Sebenarnya tiada halangan jika waris bersetuju untuk mengagihkan sesama mereka lebihan duit khairat kematian itu. Sementara itu, jika duit khairat itu bukan caruman si mati, sebaliknya oleh waris sendiri seperti anak, isteri dan lain-lain maka sudah tentulah penerima mempunyai hak sepenuhnya ke atas duit itu. Maka jadilah duit yang diterimanya itu sebagai derma kilat yang biasa dibuat apabila ada keperluan. Namun sebaik-baiknya gunakanlah duit itu sebagaimana yang diniatkan ketika membuat caruman. Ini kerana berniat melakukan kebaikan itu dicatat sebagai satu kebaikan dan jika dilaksanakan maka mudah-mudahan Allah akan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda pula. © AL ISLAM<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2012 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.