<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2012 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.
Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
31 July 2012
Alam yang Dua:- Panas bila dibacakan Yasin
Selepas kira-kira lima tahun menderita sakit urat saraf, tonsil, ulcer dan barah rahim, akhirnya sahabat saya, Jamilah (bukan nama sebenar) mula nazak. "Ustaz, isteri saya makin tenat, dah nazak," kata suami Jamilah. "Kalau ustaz ada kelapangan, saya harap ustaz dapatlah datang tengok-tengokkan dia." "Insya-Allah. Saya akan datang sekejap lagi," jawab saya. Saya bersiap dan sampai di rumahnya tidak berapa lama kemudian. Jamilah dan suaminya adalah kenalan saya. Jamilah merupakan salah seorang eksekutif di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Sampai di rumah, saya lihat Jamilah terbaring di atas katil tidak bermaya. Mukanya pucat dan badan kurus kering. Seperti Iazimnya apabila saya 'merawaf orang yang sedang nazak, saya membisikkan dua kalimah syahadah ke telinga Jamilah, namun suatu yang tidak diduga, yang mengejutkan kami semua berlaku. Sebaik sahaja syahadah dibisikkan, Jamilah menjauhkan telinga serta menggeleng-gelengkan kepalanya. Keadaannya memang menyedihkan saya kerana bagi kita yang beragama Islam, sebaik-baik kematian adalah diirigi dengan kalimah syahadah, tapi berlainan pula dengan Jamilah. Beberapa kali saya mencuba, namun dia masih tidak mahu mengucapkan syahadah. "Tak apalah. Mari kita sama-sama bacakan surah Yasin," kata saya. Bersama-sama keluarga, jiran dan saudara-maranya, kami membaca surah Yasin. Sebekas air diletakkan di hadapan saya. Namun takdir Allah menentukan. Apabila kami baca saja ayat suci itu, Jamilah menjerit kepanasan. "Aduh, panasnya! Tolonglah jangan baca lagi. Panas, pedih, tolong!" jeritnya. Dia terus menggelupur kepanasan seolah-olah tubuhnya sedang dipanggang di dalam api. Beberapa orang ahli keluarganya memegang tubuh Jamilah, namun Jamilah terus menggelupur serta meronta-ronta kesakitan. Semakin dibaca surah Yasin, semakin teruk Jamilah menjerit kepanasan. Akibat meronta terlalu kuat Jamilah terjatuh dari katilnya. Walaupun kasihan dengan keadaannya itu, kami teruskan juga bacaan. "Aduh, panasnya! Aku nak mandi. Aku nak mandi," jeritnya. Jamilah dibawa ke bilik air dan dimandikan. Tidak lama kemudian dia dibaringkan semula, tapi selagi kami membaca surah Yasin, selagi itulah dia mengerang kepanasan. Selesai ayat suci itu dibaca, saya membawa segelas air Yasin untuk diberi minum kepadanya. Namun sebaik saja air itu memasuki mulutnya, Jamilah menggelupur kesakitan dan menyembur air tersebut keluar. Berbagai-bagai usaha saya jalankan, namun sakitnya tidak juga reda. Kctika saya tinggalkan Jamilah, keadaannya masih lagi nazak, terus terseksa sementara menunggu ajal datang menjemputnya. Beberapa kali saya datang untuk merawatnya, namun keadaan Jamilah masih tidak berubah. Suatu pagi ketika sedang menjalankan urusan di Raub, Pahang, saya menerima satu panggilan telefon. "Ustaz, isteri saya Jamilah, baru saja meninggal dunia. Kalau ustaz tak keberatan dan ada kelapangan, saya harap ustaz dapat imamkan sembahyang jenazah dan pengebumian Allahyarhamah," kata suami Allahyarhamah, yang juga sahabat saya. "Insya-Allah," jawab saya. "Saya akan balik ke Kuala Lumpur segera." Saya bersiap dan terus bertolak balik ke Kuala Lumpur. Sampai di rumah Allahyarhamah, saya mengajak orang ramai yang menziarahinya untuk sama-sama bertahlil. Tapi menyedihkan, walaupun agak ramai juga orang yang datang menziarahinya, termasuklah kawan-kawan Allahyarhamah, namun cuma beberapa orang sahaja yang mahu bertahlil. "Saudara-saudara sekalian. Saya harap dapatlah kalau ada lagi di kalangan saudara sekalian sertai majlis tahlil ini supaya ramai sedikit," kata saya. Tapi cuma seorang dua sahaja lagi yang sudi. Selepas mengimamkan sembahyang jenazah, saya menguruskan pula pengebumian Allahyarhamah. Tapi apabila sampai di kubur, suatu yang aneh berlaku. Kubur yang ka wasannya berpasir, yang sepatutnya kering, tiba-tiba berair. "Air apa ni ustaz?," tanya seorang sahabat sambil berbisik. "Hari panas macam ni macam mana boleh ada air?"Tak taulah nak kata. Allah saja yang tau," jawab saya pendek. Airnya tidaklah terlalu banyak, tapi ia menyebabkan kubur itu becah. Mengapa boleh jadi demikian sedangkan kubur-kubur lain di kawasan yang sama tidak berair? Sukar untuk saya menjawabnya kerana pada adatnya, dalam cuaca yang kering, di kawasan yang berpasir, tidak munasabah kubur itu boleh berair. Kami teruskan urusan pengebumian jenazah walaupun dalam keadaan kami berselut. Alhamdulillah, kccuali air tersebut, tiada apa-apa yang pelik berlaku sepanjang pengebumian itu dijalankan. Urusan pada hari itu selesai dan kami pulang ke rumah masing-masing. Namun tidak lama kemudian, saya mendapat berita bahawa suami Allahyarhamah telah menjual rumah berkenaan. Tindakannya itu pasti saja memeranjatkan saya kerana jika tidak ada sebab yang munasabah, tak kanlah semudah itu dia sanggup menjual rumah yang meninggalkan banyak kenangan pada keluarganya. Saya cuba mewaraskan fikiran untuk menerima tindakannya itu, tapi apabila keluarga yang membeli rumah berkenaan juga akhirnya menjual semula rumah tersebut, saya mula rasa ada sesuatu yang tidak kena. Daripada maklumat yang saya terima, mereka tidak sanggup tinggal di situ kerana tidak tahan diganggu oleh 'sesuatu'. Kisah ini saya paparkan kerana bagi saya, ada petunjuk yang Allah tunjukkan untuk kita jadikan pedoman dan iktibar. Bukan hendak menghina Allahyarhamah, atau mengaibkannya, tapi untuk kebaikan semua, saya rasa eloklah kalau diceritakan serba sedikit siapa Allahyarhamah dan mengapa demikian sekali akhir hayatnya. Pada pendapat saya, apa yang berlaku kepada Allahyarhamah kemungkinan besar ada kaitannya dengan pembalasan Allah terhadap apa yang dilakukan-nya semasa hidup. Kisah hidup Allahyarhamah memang kurang menyenangkan. Allahyarhamah adalah pengurus di sebuah syarikat, namun apa yang tidak disenangi ialah cara dia mendapat pangkat adalah dengan cara yang tidak baik. Bukan itu sahaja, apabila sudah memperoleh keduduk-an, Allahyarhamah menggunakan kesempatan itu untuk kepentingan diri dan menindas orang bawahannya. Lebih menyedihkan ialah dia menggunakan ilmu hitam atau kita panggil sihir untuk mencapai tujuannya itu. Sebagai contoh, supaya cepat dinaikkan pangkat, dia menggunakan ilmu hitam untuk mempengaruhi pegawai-pegawai tertinggi syarikat. Akibatnya, kakitangan yang lebih cekap, lebih senior dan lebih layak untuk jawatan tersebut diketepikan. Kemudian apabila Allahyarhamah mendapat kedu-dukannya, dia menggunakan pula kedudukan itu untuk kepentingan diri dan mengambil benda-benda yang bukan haknya. Salah satu daripadanya adalah wang syarikat. Penyelewengan itu dilakukannya dengan licik menyebabkan orang sukar mengesannya. Dia juga menggunakan ilmu hitamnya supaya pegawai atasan syarikat menunaikan segala permintaan-nya. Misalnya, apabila dia hendakkan wang, orang atasan akan memberikan wang. Apabila dia hendak kereta, orang atasan akan berikan kereta. Apabila dia hendak telefon bimbit, orang atasan akan beri telefon bimbit. Apa sahaja yang dia minta, pasti akan dapat, walaupun dia telah ada kereta dan ada telefon bimbit. Satu lagi, ke mana sahaja Allahyarhamah hendak pergi, dia boleh pergi. Allahyarhamah juga datang kepejabat ikut suka hatinya, tiada orang yang boleh tegur. Teruslah berlarutan penyelewengan itu dilakukannya tanpa ada siapa yang dapat menghalang. Seorang Penguins Besar yang baru berkhidmat di syarikat tersebut menyedari kepincanganberlaku di situ. Dia cuba menyusun semula syarikat dan membanteras penyelewengan yang dilakukan oleh Allahyarhamah. Menyedari kedudukannya terancam, Allahyarhamah menggunakan pula ilmu hitamnya untuk mempengaruhi tuan punya syarikat. Sekali lagi Jamilah terlepas daripada sebarang tindakan. Akibat tidak tahan lagi dengan gelagatnya, beberapa orang kakitangan syarikat itu cuba membongkar penyelewengan yang dilakukannya. Tapi Allahyarhamah bertindak balas dan menggunakan pemilik syarikat untuk menutup kes tersebut serta mengambil tindakan terhadap orang yang cuba ketengahkan penyelewengannya. Akhirnya orang yang hendak mencungkil rahsia tersingkir dan meletakkan jawatan. Bukan seorang, tetapi beberapa orang yang dianggap oleh Allahyarhamah sebagai musuhnya, yang cuba membongkar penyelewengannya. Hinggakan ada anak kepada orang yang cuba membongkar penyelewengannya telah jatuh sakit secara tiba-tiba dan penyakit itu memang 'aneh'. Kita tahu siapa yang melakukannya. Keadaan ketika itu ibarat seseorang yang cuba membersihkan longkang yang tersumbat, penuh semak samun, sampah, lalang dan kaca, pasti orang itu akan alami luka, miang atau gatal-gatal kulit. Allah yang menentukan segala-galanya. Walaupun memperoleh wang dan kedudukan, Allahyarhamah mula ditimpa penyakit urat saraf, tonsil, ulcer dan barah rahim. Wang syarikat pula digunakan untuk membiayai kos perubatannya. Dalam tempoh lima tahun itu beberapa pembedahan dilakukan ke atasnya. Namun apa yang membingungkan doktor ialah penyakitnya makin merebak setiap kali dibedah, apabila baik di luar, luka di bahagian dalam pula tak baik. Apabila dibedah sekali lagi, luka di dalam sembuh, tapi luka di luar pula tak baik. Begitulah keadaan Allahyar-hamah hingga dia meninggal dunia. Perbelanjaan syarikat untuk menanggung kos perubatannya amat banyak hingga berpuluh ribu. Tapi kerana Allahyarhamah dipercayai dan kuat pengaruh, maka dia tidak perlu membayamya balik. Ini mengecewakan kakitangan yang lain kerana syarikat tidak berlaku adil kepada kakitangannya. Kalau orang lain terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan mereka, kenapa pula Allahyarhamah dikecualikan? Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan sehelai daun. Penyelewengan yang dilakukan oleh Allahyarhamah terdedah tidak lama selepas dia meninggal dunia. Suatu hari kerani syarikat berkenaan terjumpa sekeping cek yang terlupa diberikannya kepada Allahyarhamah. Cek tersebut diberi atas nama Allahyarhamah, tapi apabila diteliti cek tersebut didapati diberi oleh orang tertentu sebagai imbuhan atas penyelewengan yang dilakukan oleh Allahyarhamah. Selepas Allahyarhamah meninggal dunia, dan selepas penyelewengannya terdedah, barulah pemilik syarikat berkenaan sedar akan kesilapanny a. Tapi sudah terlambat.Nasihat saya, kalau kita hendakkan gaji dan pangka t besar, berusahalah ke arah itu dengan jalan yang baik, yang diredai Allah. Insya-Allah, walau macam mana orang sekat sekalipun, kita akan dapat rezeki tersebut. Tapi kalau kita gunakan jalan yang sebaliknya, gunakan ilmu hitam, walaupun kita dapat wang dan kedudukan, suatu hari ia akan memudaratkan kita pula.Bersyukurlah dengan apa yang Allah beri. Apabila kita bersyukur, akan ditambah Allah nikmatnya. Biarlah sedikit, asalkan berkat. Kalau banyak kita peroleh, tapi dengan jalan yang Allah tak reda, kita akan rosak. Memang di atas dunia orang pandang dan puji kita, tapi apabila kita meninggal dunia, orang akan keji, hina dan caci kita. Koleksi cerita mayat. Pedoman dan ikhtibar