Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

30 November 2012

Alam Yg Dua: Fokus:- Anakku disimpan dialam ghaib

 
TARIKH 3 Mei 2011 terlalu sukar untuk dilupakan. Ia begitu tragis. Kehilangan tiga anak sekali gus dalam sekelip mata ibarat igauan ngeri yang sukar untuk diterima. Tinggi harapan diletakkan agar anak bongsu yang berusia dua tahun setengah, dijumpai dalam keadaan selamat. Namun itu hanya impian. Setiap hari, ibu muda itu tidak pernah jemu untuk mengharung kederasan serta kedinginan air yang meragut nyawa anaknya tanpa sebarang amaran!
 
Luluh hati ibu yang begitu terkejut dengan berita yang diterima. Bagaikan tidak mahu mempercayainya, si ibu terus meredah kelodak air sungai yang mengalir untuk mencari sendiri anak-anaknya. Takdir menentukan, dua daripada anaknya selamat ditemui walaupun dalam keadaan yang cukup menyayat hati. Kini harapannya menggunung lagi. Anak ketiga yang tidak ditemui, diharapkan masih selamat! • Itulah impian seorang ibu sekalipun hati nalurinya mengatakan, bahawa anaknya sudah tiada lagi. Tidak mahu mempercayai bisikan naluri itu, si ibu tidak pernah berputus asa. "Adik, jangan tinggalkan mama," begitulah rintihan dari mulut ibu muda, Wan Azlela Wan Abdullah, 32.
 
Seminggu berlalu, tiada kabar gembira yang diterima. Setiap hari, pagi, petang, hatta menjelang senja, dia terus mencari. Terlalu perit dirasakan.
 
Terlalu sukar untuk diluahkan. Hanya air mata yang menjadi suara tanda kesedihan.Masih terngiang-ngiang di telinga-nya gelak tawa anak-anaknya tatkala meraikan majlis perkahwinan adik bongsunya di Jasin, Melaka. Itulah saat-saat akhir dia bersama anak anaknya, Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5, Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 21/2 tahun.
 
Tiada perubahan ketara yang dilihatnya. Cuma Syaza Sakinah cukup asyik menikmati kelazatan kerepek ubi yang sebelum ini, itu bukan makanan kegemarannya. Habis satu bungkus, diulang lagi ke dapur untuk mengambihiya. Cukup asyik dia menikmati-nya. Dan anak keduanya pula, Syaza Azira, entah kenapa malam itu, dia terkencing. sebanyak dua kali. Habis toto yang menjadi hamparan tidurnya basah. Namun hatinya tidak terdetik bahawa itulah kali terakhir dia akan mengusap tubuh anak-anaknya.
 
Kembali pulang ke rumah di Taman Jasmin, Senawang, Wan Azlela menghantar ketiga-tiga anak-anaknya ke rumah bekas ibu mertuanya. Itu rutin-nya setelah ibunya, nenek kepada anak-anaknya mengambil keputusan untuk menetap di Jasin, Melaka. Malam itu, Syaza Sakinah seolah-olah tidak mahu berpisah dengannya, Dia menangis dan terus menangis. Apakan daya, dia terpaksa meninggalkan anak-anaknya kerana esok dia perlu bekerja. Malam itulah, menjadi kucupan terakhirnya untuk anak-anaknya!
 
Di tempat kerja keesokan harinya, deringan telefon yang diterima membuatkan dia tergamam. Tanpa mahu mempercayainya, dia bergegas ke Hutan Lipur Ulu Bendul sebaik dimaklumkan anak-anaknya hanyut dalam tragedi arus deras.
 
Sehinggalah tarikh 11 Mac, operasi akhirnya terpaksa dihentikan. Anaknya, Nur Syaza Sakinah masih tidak ditemui. Kini air mata menjadi peneman setianya. Setiap kali memandang kembangan bunga ros di halaman rumah, setiap kali itulah hatinya runtun kerana bunga-bunga itulah yang menjadi kucupan rutin harian anak-anaknya setiap kali keluar dari rumah. Mereka cukup sayang untuk memetiknya. Bunga ros merah yang tidak berduri itu, tetap setia menunggu kucupan ketiga-tiga adik-beradik itu. Ia terus kembang dan terus kembang. Kini, kelopak-kelopak merah ros tersebut bukan lagi untuk dikucup sebaliknya ditabur di atas pusara kedau-dua anaknya!
 
Ternyata hati seorang ibu masih mengharap. Wan Azlela tidak per­nah berputus harap. Pelbagai rawatan dilakukan. Termasuklah rawatan ter­akhir, Wan Azlela menjelaskan kepada Al Islam, dia dimaklumkan oleh pengamal perubatan Islam, anak bongsu­nya itu 'disimpan' di alam ghaib! 
 
Al Islam Ogos 2011
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.