Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

12 November 2012

Anda Musykil: tebus emas di pajak gadai



Bantu kawan tebus emas
di kedai pajak gadai konvensional
Ruangan ini dikendalikan oleh:
MOHD. ZAIDI RAMLI
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Perkahwinan DanPembangunan Keluarga
Jabatan Agama Islam,Wilayah Persekutuan.
Sekiranya para pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama, sila kemu-kakan soalan-soalan ke alamat zaidi71_fnr@ yahoo.com atau shamsinoruksb@yahoo. com.my
 
SOALAN:
Assalamualaikum ustaz, SAHABAT saya telah meminta saya membayar sejumlah wang kepada-nya untuk tujuan dia menebus kembali emas yang digadaikan di pajak gadai. Katanya, emas tersebut adalah pemberian daripada arwah ibunya dan dia amat sayang jika tidak dapat menebusnya. Katanya saya hanya perlu mem­bayar sejumlah wang manakala selebihnya akan ditanggung olehnya. Saya tidak pula diberitahu jumlah sebenar. Cuma apa yang diberitahu, nilainya lebih tinggi daripada jumlah yang diminta daripada saya. Memandangkan saya adalah kawan baiknya, dia mahu saya menyimpan emas tersebut - dengan hanya membayar jumlah yang diminta.
 
 
Soalan saya, apakah boleh saya mengambil emas itu dan apakah saya tidak terlibat dengan riba? Saya tahu, memang jumlahnya lebih tinggi daripada apa yang dia kehendaki saya bayar kepadanya kerana dia pernah menunjukkan emas tersebut kepada saya sebelum dia menggadaikannya di kedai pajak gadai konvensional. Harap ustaz dapat membantu.
 
JAWAPAN:
MEMBANTU saudara se Islam yang sedang dalam kesusahan adalah satu amalan yang baik. Antara keindahan Islam pula ialah menyediakan ruang kepada sesama Islam untuk saling bantu membantu dalam bentuk yang adil. Antara mekanisme yang disediakan Islam dalam konteks ini ialah gadaian. Menurut sesetengah ulama gadaian adalah lebih baik berbanding berhutang tanpa apa-apa cagaran. Namun kedua-dua operasi tersebut adalah harus kerana matlamatnya ialah untuk memberi bantuan kepada orang lain yang dalam kesempitan. Dalam keadaan di atas secara mudahnya sau­dara telah melakukan dua urusan, iaitu pertamanya; meminjam wang dan ke-duanya menggadaikan emas.
 
Dalam perkara yang pertama, sau­dara telah memberikan sejumlah wang sebagai pinjaman kepada sahabat sau­dara untuk menebus barang emasnya. Dengan duit yang saudara pinjamkan, sahabat saudara itu telah menebus barang emas yang digadaikannya, tetapi beliau tiada wang untuk mem­bayar pinjaman yang saudara berikan kepadanya. Justeru beliau menyerahkan barang emas itu sebagai jaminan ke atas hutang yang saudara berikan kepadanya.Untuk menyelesaikan masalah ini, saya berpendapat, setelah sahabat saudara menebus emasnya itu, beliau gadaikan pula di pajak gadai Islam atau dikenali sebagai al-Rahnu. Selepas beliau memperoleh duit di al-Rahnu, bolehlah saudara meminta semula pin­jaman yang saudara berikan kepadanya.
 
Kebiasaannya al-Rahnu akan menilai mengikut harga emas semasa dan memberikan pinjaman antara 60-70 % harga emas yang di gadaikan. Sekiranya sahabat saudara tidak dapat melunaskan bayaran gadaian itu dalam tempoh yang dipersetujui, pihak al-Rahnu akan melelongnya dengan kadar emas sema­sa lelongan dibuat. Dari situ pihak al-Rahnu akan mengambil kadar hutang yang diberikan termasuk upah simpan. Lebihan wang ditolak kadar hutang dan upah simpan akan diserahkan kepada sahabat saudara. Sebaliknya jika saudara bersetuju untuk menyimpan emas itu, ia bolehlah dianggap sebagai gadaian. Seelok-eloknya sediakan tem­poh yang tertentu kerana yang pastinya saudara berisiko, kalau-kalau emas dalam simpan saudara itu di curi atau kehilangan, saudara wajib mengganti-kannya pula.
 
AL-ISLAM SEPTEMBER 2010
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.