ANDA MUSYKIL
Ruangan ini dikendalikan oleh
DR. RUSHDI RAMLI
Pensyarah di Jabatan Fiqh dan
Usul,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Sekiranya para pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama, Sila kemukakan soalan-soalan ke alamat e-mel rushdi_ramli@yahoo.com atau noorzila3@hotmail.com
Melihat wajah Allah di akhirat
Soalan:
Adakah semua manusia dan makhluk dapat melihat wajah Allah pada hari
kiamat nanti?
Jawapan:
Menurut Islam, melihat 'wajah Allah' adalah antara sebesar-besar nikmat
dan kelazatan yang akan dikecapi dan dirasai oleh orang-orang yang beriman dan
beramal soleh di dalam syurga di akhirat kelak. Ini bermakna manusia yang
mengingkari Allah serta tidak beriman dengan-Nya tidak akan dapat mengecapi
nikmat yang teragung ini.
Di dalam mengganibarkan nikmat ini, Allah berfirman yang bemaksud,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Sekiranya para pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama, Sila kemukakan soalan-soalan ke alamat e-mel rushdi_ramli@yahoo.com atau noorzila3@hotmail.com
" Wajah-wajah
para mukmin berseri-seri, kerana melihat kepada Tuhannya." - (Surah
al-Qiyamah, 22-23).
Dan di dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud,
Untuk orang-orang yang berusaha berbuat baik akan
dikurniakan (di akhirat kelak) pahaIa
yang terbaik dan juga
tambahan (ziyadah)." - (Surah Yunus, 26).
Menurut penjelasan Nabi s.a.w. di dalam hadis
sahih, yang dimaksudkan dengan ganjaran 'tambahan' di sini ialah memandang
wajah Allah yang mulia. Sebaliknya, di dalam ayat yang lain Allah mengkhabarkan kepada kita
bagaimana orang-orang kafir akan dihijabkan atau terdinding daripada melihat 'wajah'
Allah yang Maha Indah di mana ini merupakan suatu hukuman daripada Allah
terhadap golongan yang kafir. Firman-Nya yang bermaksud,
"Sekali-kali
tidak, sesungguhnya mereka (yang kufur dan ingkar) pada hari tersebat
akan dihalang daripada
melihat Tuhan." - (Surah al-Mutaffi-fin, ayat 15)
Dan begitu juga di dalam hadis yang sahih riwayat al-Bukhari, Nabi
s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya kamu
akan melihat Tuhan kamu sebagaimana kama melihat bulan (di ma/am hari), dan kamu
tidak akan berasak-asak untuk melihat-Nya (yakni, kerana zat Allah adalah
terlalu besar dan terlalu agung sehingga seliap mukmin mampu untuk melihat
Allah pada (em-palnya dan tidak perlu berasak-asak)."
Kerana itu perlu dinyatakan di sini bahawa para ulama Ahli Sunah VValja-maah tclah berijmak menyatakan,
melihat wajah Allah Taala di akhirat kelak dengan pandangan mata mereka.
Bagaimanapun, pandangan mata mereka terhadap zat Allah tidak mampu 'merangkumi'
keseluruhan zat Allah yang Maha Besar itu.
Imam al-Tahawi menyatakan: "Dan melihat Allah itu adalah benar,
dan ia akan dinikmati oleh penghuni syurga, tetapi melalui penglihatan yang
tidak merangkumi (keseluruhan zat Allah)." Ini bermakna, walaupun
orang-orang mukmin akan dapat melihat Allah, tetapi pandangan mata mereka tidak
mampu untuk merangkumi keseluruhan zat Allah kerana zat Allah adalah terlalu
agung dan terlalu besar untuk dirangkumi oleh mata manusia yang amat terbatas.
Wallahualam.
AL ISLAM Mac 2009
<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel
ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal
penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan
semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan
mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2012 ® ©HAK CIPTA
SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger yg
sentiasa menghargai
hasil kerja
blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka
dengan menampilkan dari mana asal
usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.