Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

18 December 2017

You all kena open minded la skit .....

YOU ALL KENA OPEN MINDED!
BUKAN semua  orang suka dengan Mastika. Kata mereka Mastika kolot. Konservatif. Ini tak boleh, itu tak boleh. Mereka mahu Mastika open minded. Dunia sudah  berubah, kita perlu lebih terbuka.

Mereka mahu Mastika bukakan fikiran terhadap gaya hidup baru masyarakat Malaysia. Masyarakat baru yang open minded, ibu bapa yang sporting dan memahami hak hak asasi anaknya. Ah... bentuk keluarga macam mana yang mereka maksudkan ini? Mastika  perlu memahaminya.

Gambar Hiasan



Lalu, Mastika yang kolot lagi kuno ini menghantar wartawan, Shamran Sarahan ke Sabah untuk diceramahkan oleh seseorang tentang definisi sebenar keluarga open minded ini. Nama orang yang ceramahkan Shamran itu ialah  Rita..,

Rita anak orang berada. Bapanya businessman, ibunya pula  seorang pengurus sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, Sabah. Rita tinggal di sebuah apartmen mewah di sekitar Luyang, Kota Kinabalu. 

“Tak payah buka kasut, come in!”  ‘ sapa Rita pada Mastika sewaktu kami   datang ke rumahnya pada hujung minggu awal Disember lepas, kira kira pukul 3.00 petang. Rita baru berusia awal 20an, berbangsa Sino Kadazan. Gadis ini  cantik, berkulit putih, dan masih menuntut di sebuah universiti tempatan di Sabah. 

Seorang wanita separuh umur, berbaju tanpa lengan dan seluar pendek yang berada di ruang tamu melambai pada kami. Wanita itu ibu Rita. "Dont be shy, come". I " pelawa ibu Rita. Kami berpelukan sambil berlaga laga pipi. 

“Kamu mau minum apa? Liquor, beer, or soft drink.” tanya ibu Rita sambil memimpin kami ke sebuah bar kecil yang terdapat di rumahnya.

 Di bar tersebut terdapat bermacam- macam jenis arak. Cognac, wine, scotch dan whiskey, semuanya ada. Semuanya mahal mahal belaka. Memang sesuai dengan rumah mereka juga, lengkap dengan perabot import, home theatre dan barang-barang antik. Semuanya barang—barang mahal

“Kamu mau try, Single Malt Scotch Whiskey! Bowmtore, aged 30 years. Daddy saya beli kat Europe last month. Mahal tau daddy beli, lebih 200 euro. Nak try?” soal Rita. Kami difahamkan juga, bapa Rita sekarang berada di Singapura, ada urusan perniagaan.

 “Trylah, best tau whiskey ni!” pelawa Rita Iagi. Tapi, kami menolak. Bukan apa, kami tak pandai minum arak. Rita tersenyum kecil, kemudian meletakkan kembali arak tadi ke rak yang terdapat di situ. Kami diberikan segelas minuman ringan, Coca—cola. 

“Okay... apa cerita yang kamu mahu buat? Saya tak tau apa mau cerita! Saya tak readylah. Just tell me, apa cerita kamu mau tau?” tanya Rita. 

Mastikaa memberitahu Rita, ceritalah apa-apa saja, lagi bagus kalau pasal hidup Rita sendiri, atau famili Rita? 

“What??” Rita terkejut benar. 

Ibu Rita yang duduk bersama kami bangkit dari tempat duduknya sambil tersenyum. Tidak lama kemudian, ibu Rita keluar rumah bersama dua kanak- kanak lelaki, adik Rita. Mereka sengaja membiarkan kami tinggal berdua di rumah tersebut.

 "You want to write about my life... and, my family’s.?" balas Rita sambil ketawa kecil.

Apa—apa saja,.. pasal Rita? 

Rita terdiam. Keningnya terjongkang—jongket, mungkin Rita masih tidak faham. Kami pun beritahu, sabenarnya Mastika nak dapatkan maklum balas dari Rita berkaitan SMSnya yang diberikan pada kami tidak lama duiu. 

“OOOo0oooo...! Yang itu!” Rita mula faham maksud kami berjumpa dengannya. 

“Yalah... Mastika selalu keluarkan isu gejala sosial orang Melayu, for  me  itu perkara biasa. Zaman dah berubah, kita kena ikut perkembangan zaman. Remaja sekarang bukan terikut kawan- kawan tetapi ibu bapa mereka juga berfikiran terbuka,” ulas Rita tentang SMSnya. 

Sambung Rita lagi, “Actually, family saya memang bagi saya kebebasan sepenuhnya. Lifestyle family saya memang macam tu, but it's not a big issue, okay. Kita orang moden, bah! Apa mau  hairan?” keras suara Rita. Tergamam sekejap Mastiku.

 Rita terus mengomel-ngomel. Sampai tak dapat kami nak bersuara. Sekejap Rita cakap Melayu, sekejap cakapi Inggeris, tiba tiba pula cakap Kadazan.  Kami tak faham. Tapi, Rita ada sebut pasal black metal, murtad, anak haram, kelab malam dan ……. 

“sekasang, you all nak buat pasalt independent family pulak. Keluarga yang hidup bebas, boleh buat macam- macam! Begitu, kan? Kita kena berfikiran terbuka. You all juga kena berfikiran terbuka,” tegas Rita. Serius betul suaranya.

Gadis bertubuh langsing ini terus sahaja bercakapi.  Tidak berhenti henti. Susah betul kami hendak mencelah. Rita tidak setuju dengan pendedahan Mastika tentang gejala sosial yang berlelua sa sekarang. 

Rita memberikan contoh dirinya sendiri, ibu bapa Rita sendiri memberikannya kebebasan mutlak. Kata gadis ini, dia tak pernah dilarang hisap rokok dan mengambil minuman keras sejak berusia 16 tahun lagi. Nak masuk disko pun tak dilarang.

Bahkan, Rita tidak pernah ditegur kalau hendak bergaul bebas dengan lelaki. Dakwa Rita, dia selalu bermalam di rumah teman lelakinya, Bab seks, ibu bapanya tidak pernah timbulkan. Bila begitu, kata Rita, bererti dia tak dilarang berbuat demikian.

“Daddy dan mama tak pemah tanya pun! Actually, parents saya tak kisah, asal saya jangan mengambil dadah dan mengandung anak luar nikah. Walau- pun begitu, pelajaran saya tak pernah abaikan. Saya dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan,” jelasnya.

Rita kemudian mengambil sebotol , arak, Chivas Regal Revolve Scotch Whiskey dari rak arak tadi. Rita menuang arak itu ke dalam sebiji gelas kecil, sedikit saja, kemudian dicampurkan ‘dengan sedikit Coca cola. Pllluuupp..! ‘ Rita meneguk arak tersebut sekali harung.

 “Kamu tengok mama saya tadi, sporting, kan? I'm proud of her,” tambah Rita. Muka gadis ini mulai keemerahan, matanya berair. Rita membakar sebatang rokok, dan menghisapnya. Berkepul-kepul asap keluar dari mulut Rita.

Kami ambil kesempatan bertanya, mungkin daddy dan mama Rita, terma suklah abang dan kakaknya tak marah sebab dia orang tak mahu ambil peduli  denganya? 

Rita langsung meninggi suara, “Nooo...!” bentak Rita. Dia bangun lalu mengambil setin bir dalam peti ais yang terletak berhampiran bar tersebut.

“My parents love me so much. Saya adik-beradik lima orang. Saya anak ketiga.  Abang tak pernah marah. Kakak pun sama. Macam mana lewat seka1 pun saya balik dari clubbing dalam keadaan mabuk, daddy dan mama tetap buka pintu rumah untuk saya. Daddy sekadar menasihatkan saya supaya ja ngan terlalu kerap minum arak, takut jadi ketagih," jelas Rita sambil menghirup bir tadi sedikit-sedikit. 

Sambung Rita lagi, “My parents, actually, cukup faham dengan saya. Remaja macam saya ni perlukan entertainment juga. Takkan nak terperap kat rumah aja. Boringlah! Lagipun, kami bukannya nak rosakkan diri sendiri. Just nakkan hiburan. Release tension!” katanya. 

Mastika ajukan pertanyaan lagi, takkan tak ada had dan batas-batas pergaulan? Famili macam mana pun kena bertanggungjawab? 

“I tell you already, zaman dah berubah! Orang sekarang dah tak macam dulu lagi, dah berfikiran terbuka  Ramai lagi ibu bapa lain sama seperti ibu bapa saya. For me, remaja perempuan yang merokok, ketagih arak dan seks seperti saya adalah perkara biasa,” balas Rita serius. 

Famili Rita pun sama, ke? 

“Yessss! Mama still clubbing. Some times, saya ikut mama sekali. Kakak saya pun join. Lah... bukan buat apa- apa pun. Kita orang just minum, lepas  tu menari. Agak agak dah lewat, balik rumahlah. Daddy tak clubbing, tapi daddy suka pergi karaoke. Kalau ada masa free, kita orang pergi karaoke satu famili. Daddy belanja ‘minum’. 

“Daddy saya, you know, adalah bapa paling bagus sekali dalam dunia ni! Daddy selalu buat parti untuk kita orang tau! Especially time birthday kami adik beradik. Daddy always nak tengok kita orang happy. Saya sayang sangat kat daddy!” jelas Rita bangga. 

Rita menerangkan pada kami, masalah sosial seperti seks bebas, anak haram dan macam macam lagi, sebagaimana yang pernah digemburkan dalam Mastika, takkan timbul kalau masyarakat boleh menerima cara hidup demikian. Terutamanya ibu dan bapa, mereka harus terbuka. 

“Sebab tu, saya tak hairan sangat kalau you all tulis cerita cerita macam tu. Saya tak rasa apa apa! Kalau you all accept apa yang dia orang buat, everything will be okay, right! Tak payahlah nak ganggu dia orang!” cadang Rita sambil tersenyum, kepalanya mengangguk-angguk.
 
Tapi, kami kurang bersetuju! Kami jelaskan pendirian Mastika, kami ada lah wadah bacaan masyarakat, bukan nak galakkan maksiat dan mempromosikan cara hidup Barat yang terlalu bebas! Kita masyarakat berbudaya dan ada agama, tegas kami. 

Rita menengking kami pula, “Thats why Mastika kena open—minded.' Jangan lah nak campur adukkan sosial dengan agama! Susahlah!” jawabnya serius. 

Dalam soal ini, Rita ada pendirian  sendiri. Alasannya mudah, agama dan sosial seseorang tiada kaitan. Agama soal lain! Misalnya, terang Rita, orang putih maju sebab tidak kaitkan agama dalam hidup mereka. Orang Barat  jadi masyarakat modern sebab mereka sekular, katanya.

 “Daddy saya Islam. He still follow ajaran Islam. Kadang-kadang saya tengok daddy pergi juga sembahyang Jumaat. Daddy ingat jugak pasal agama Saya pun sama. Tak lupa agama. Walaupun saya dah convert jadi Kristian tapi saya tak lupa ajaran agama.

 “Actually, in my family, ada yang; Islam, ada yang Kristian. Daddy, abang dan kakak saya still Islam. Saya pula  ikut mama. Mama dulu Islam, tapi sekarang dah masuk Kristian balik. Saya dan dua orang adik saya ikut mama. But, we still together. Yang penting kami respect each other!” jelas Rita lagi.

Rita ceritakan pada kami, ibu bapanya bercerai dua tahun yang lepas, Mengapa orang tuanya bercerai, Rita tidak mahu jelaskan. Private, katanya. Walaupun begitu, mereka sekeluarga masih lagi duduk sebumbung. Hidup pun bahagia

 “So far okay. Saya dapat kasih sa yang secukupnya dari dia orang. Selagi kami gembira dalam satu keluarga, saya .  fikir itu tak jadi masalah. Yang penting kami bahagia. Agama, agama. Life,‘ life,” tegas Rita.  Kami cuba cuba pula bertanya, tak adakah orang yang mengata? .

 “Who cares???” sentak Rita. “Daddy dan mama tak susahkan orang lain, So, tak payahlah nak masuk campur urusan    dia orang suami isteri. Dia orang masih take care dengan kami adik-beradik! Masih bertanggungjawab! Sekurangangnya daddy dan mama berto1eransi. Saya tak rasa tu satu problem!” terangnya lanjut. 

Setakat ini, kata Rita, kehidupan mereka sekeluarga lebih bagus dari dulu! Masa raya, mereka boleh sambut. Bila krismas pun boleh sambut. Dua dua boleh Itu tak masuk lagi nak sambut parti hari jadi, sambut tahun baru, Pesta Kaamatan dan macam—macam lagi.

“Bila daddy balik dari Singapore nanti, daddy dah janji nak plan buat rumah terbuka. Maybe kita orang buat  time new year nanti. Kira orang nak sambut Raya Haji, Krismas dan New Year sekali. On that day, saya nak buat parti dengan kawan kawan. Kalau kamu nak join , call saya aja! Kamu boleh bawa  kawan kawan,” ajak Rita kepada Mastika. 

Rita juga memberitahu, sekarang dia gembira dengan agama barunya, Kristian. Tak banyak peraturan, katanya.  La gipun, bagi Rita, agama tersebut lagi moden, macam orang Barat. Rita suka sebab dalam agama tersebut, dia sekarang lagi open minded. 

“Kalau saya rasa dah banyak dosa, saya jumpa aja paderi, minta pengampunan!” kata Rita.

Rita menghabiskan setin bir yang diminumnya dari  tadi. Kemudian dia me ngambil lagi setin bir dari peti ais di situ. Hampir dua jam kami bersembang sembang, akhir sekali, Rita menegaskan dia cukup berbangga dengan hi dupnya sekarang. Kalau nak jadi masyarakat moden, bagi Rita, kita harus terbuka. Masyarakat Barat hidup bebas, tapi maju. 

“ltulah saya hendak bagitau Mastika, sekarang bukan macam dulu lagi, orang sekarang dah berfikiran terbuka. Kita janganlah jadi kolot. Itu ini tak bolehl Macam mana kita nak majul” kata Rita.

 Itu baru seorang yang ceramahkan soal hak asasi dan open minded kepada Mastika. Ada ramai lagi spesies  seperti Rita antaranya Zack...



Mastik Februari 2007