Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

11 December 2017

Soal Jawab Bersama :Ustazah Maznah Daud: Zakat perhiasan



FIQH AN-NISA’
Soal Jawab Bersama :Ustazah Maznah Daud

Soalan:
Ustazah, boleh terangkan tentang apakah yang dimaksudkan dengan zakat perhiasan?

Jawapan:
Maksud perhiasan di sini ialah emas atau perak yang dijadikan sebagai perhiasan. Ada perhiasan yang haram dan ada yang halal.
1.Perhiasan yang haram ialah: Peralatan rumah, alat untuk makan dan minum seperti pinggan, cawan, mangkuk, sudu, garpu dan sebagainya yang dibuat daripada emas atau perak.

 Rasulullah  melarang umatnya menggunakan bekas yang dibuat daripada dua logam yang berharga itu.  Baginda bersabda mafhumnya:

“Janganlah kamu minum di dalam bekas emas dan perak. Janganlah kamu makan di dalam talamnya (pinggan mangkuknya). Sesungguhnya ia untuk orang kafir di dunia dan untuk kita di akhirat. ” (Rlwayat al—Bukhari dan Muslim)
2.Barang-barang yang dibuat daripada emas dan perak yang dijadikan sebagai alat perhiasan semata—mata.

3. Barang-barang kemas yang dibuat daripada emas seperti  cincin, gelang, subang dan sebagainya yang dipakai oleh lelaki.

Perhiasan yang halal ialah barang—barang kemas yang dibuat daripada emas dan perak yang dipakai oleh wanita dan cincin perak yang dipakai oleh lelaki. Perhiasan yang halal tidak dikenakan zakat selagi mana tidak terlalu banyak sehingga mencapai had melampau pada pandangan kebiasaan uruf manusla. Dalilnya ialah sabda Rasulullah  mafhumnya:

“Tidakada zakat pada perhiasan. ” (Rliwayat al Baihaqi daripada Jabir r.a.)
lni dikuatkan lagi dengan apa yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwatto’ bahawa Aisyah r.anha telah menjaga anak—anak saudaranya yang perempuan yang yatim. Mereka memiliki perhiasan. Aisyah r.anha tidak mengeluarkan zakat daripada perhiasan mereka itu. Begitu juga Abdullah bin Umar nanhuma tidak mengeluarkan zakat daripada perhiasan yang dipakaikan kepada anak—anak perempuannya.
Perhiasan yang diharamkan wajib dikeluarkan zakat daripadanya. ltulah yang dimaksudkan dengan zakat perhiasan. Allah  berfirman, mafhumnya:

“Dan (ingatlah) orang- orang yang menyimpan emas dan perak serfa tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan)  azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (At—Taubah 9: 34)

Maksud “menyimpan” di dalam ayat ini ialah tidak mengeluarkan zakat daripadanya.

 Soalan:
Bagaimanakah pengiraan untuk menunaikan zakat perhiasan?

Jawapan:
 Zakat harta, termasuklah perhiasan tidak diwajibkan kecuali setelah berlalunya setahun penuh pemilikannya mengikut tahun qamariyah, iaitu apa yang diistilahkan sebagai cukup haul dan harta tersebut cukup nisabnya, iaitu had minimum yang dianggap sebagai syarat wajib zakat. Nisab bagi emas ialah 20 mithqal atau 96 gram. Manakala nisab bagi perak ialah 200 dirham atau 672 gram. Kadar yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5% daripada perhiasan
yang dimiliki, yang telah cukup haul serta nisabnya.
Soalan:
Ustazah, sekiranya  saya seorang isteri, menunaikan zakat perhiasan itu menjadi kewajipan saya atau suami saya?    

Jawapan:

Zakat diwajibkan ke atas pemilik harta tersebut. Jika harta itu milik suami, maka suamilah  yang wajib mengeluarkannya. Jika harta itu milik isteri, maka isterilah yang wajib mengeluarkannya. lni kerana zakat merupakan ibadah yang difardukan Allah ke atas setiap Muslim yang memiliki harta. Dan setiap ibadah memerlukan niat. Jadi, pemilik harta itulah yang wajib mengeluarkannya dengan niat zakat.