Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

11 December 2017

Soal Jawab Bersama :Ustazah Maznah Daud: menanam rambut bagi tujuan perubatan


FIQH AN-NISA’

Soal Jawab Bersama :Ustazah Maznah Daud

Soalan:
Adakah dibenarkan seorang wanita untuk menyambung  atau menanam rambut bagi tujuan perubatan? 

Jawapan:
Menanam (transplan) rambut bagi tujuan perubatan adalah  harus. Akademi Fiqh Islam di bawah naungan Pertubuhan Persidangan lslam yang berlangsung pada  9 hingga 14 


Julai 2007 di  Malaysia, memutuskan bahawa harus membaik pulih kecacatan yang mendatang seperti kesan kebakaran, kemalangan, penyakit dan lain—lain.  Antaranya ialah menampal kulit, menanam rambut dan sebagainya. 

Sheikh Muhammad bin ‘Uthaimin  berkata: “Menanam rambut  untuk merawat botak adalah  harus kerana ia termasuk bab mengembalikan sesuatu kepada keadaan asal ciptaan Allah dan menghilangkan kecacatan. “ la tidak termasuk dalam bab menambah     atau  mengubah ciptaan Allah.”

Beliau juga bersandar kepada hadis yang mengisahkan tentang lelaki botak yang meminta dikembalikan rambutnya. Sebahagian teks hadis adalah seperti berikut:

 “Sesungguhnya tiga orang daripada kalangan Bani Israel yang tediri daripada si sopak, si botak dan si buta. Allah hendak menguji mereka. Lalu Dia mengutuskan satu malaikat  (diringkaskan)  Malaikat datang menemui si botak dan bertanya, "Apa yang paling engkau sukai?” Si botak menjawab, “Rambut yang cantik dan hilang botak yang menyebabkan manusia memandarig jijik kepadaku. ” Lalu malaikat menyapu kepalanya, maka hilanglah botak pada kepalanya dan diberikan rambut yang cantik...” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Menyambung rambut dengan rambut lain supaya kelihatan lebih lebat dan panjang yang dilakukan dengan cara:
O Menyambung rambut yang pendek dengan rambut orang lain.
O Menyambung rambut yang pendek dengan rambut sendiri yang telah digunting. 
O Menyambung rambut yang pendek dengan rambut palsu.  9 Memakai rambut palsu. 

Ulama sepakat bahawa menyambung rambut dengan rambut, sama ada rambut orang lain atau rambut sendiri yang telah dipotong adalah haram berdasarkan nas-nas berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi  bersabda, mafhumnya: “Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan yang meminta disambung, yang membuat tatu dan yang minta dibuatkan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Daripada Aisyah nanha, beliau menceritakan bahawa seorang  gadis Ansar telah berkahwin . Maka dia jatuh sakit sehingga rambutnya gugur dengan banyaknya. Keluarganya bertanya kepada Rasulullah  tentang hasrat mereka untuk menyambung rambut gadis tersebut. Baginda bersabda, mafhumnya: “AI/ah me/aknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan. " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Menyambung rambut dengan sesuatu yang bukan rambut seperti tali, benang, bulu, sutera dan sebagainya tidak haram kerana ia tidak menyerupai rambut. la dipakai bukan untuk tujuan memanjangkan rambut, sebaliknya sebagai satu bentuk perhiasan dan mencantikkan.  Memakai rambut palsu yang direka benar—benar menyerupai rambut juga haram hukumnya sama ada dengan menyambung pada rambut sedia ada atau disarungkan di atas kepala melindungi rambut asal yang sedia ada.

Mutiara kata: “Orang yang bijak tidak akan terpeleset  oleh harta, dan maski terpeleser.,  dia akan terap mendapaikan pegangannya . " (Abdullah bin Abbas)     


  Q&A – ISU #29