Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

19 July 2018

Cintailah Isteri anda kerana Allah




Cintailah Isteri kerana  Allah
Susunan
SARINA MOHD SOM

Menurut perspektif  Islam, perkahwinan  itu sama  ertinya dengan menyempurnakan separuh agama. Setiap makhluk di muka bumi ini telah diciptakan berpasang-pasangan, ada siang ada malam, ada lelaki dan ada perempuan.
Masing  masing mempunyai tujuan mengikut apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Seperti mana kisah ibu bapa kita terdahulu, Adam dan Hawa. Pelbagai kenikmatan di syurga belum cukup bagi Adam a.s. sehinggalah Allah SWT.  menciptkan Hawa, untuk mendampinginya.
Wanita itu adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah SWT. 

Jika diselusuri, sesungguhnya individu yang berjaya disebabkan kerana gabungan seluruh tenaga di dalam diri dengan sumber-sumber tenaga yang berada di sekelilingnya. Iaitu sokongan dari orang-orang yang terdekat. Misalnya bagi seorang suami, isteri adalah sumber tenaga dan kekuatan baginya.
Isteri bukan sahaja sebagai sendi terpenting pembentukan sesebuah keluarga, bahkan menjadi sandaran emosional dan kekuatan spiritual bagi suami. Tanpa berbelah bahagi, isteri sanggup berkorban apa sahaja demi suami yang dicintai. Bersamanya, seorang suami akan memperoleh ketenangan, keamanan, keberanian, dan kekuatan,  kepada Allah. 
Lazimnya, lelaki akan mengeluarkan seluruh tenaganya ketika berada di Iuar dan mengumpulnya kembali sebaik sahaja berada di rumah. Rumah tidak sekadar tempat berteduh, tetapi tempat berlabuh zahir dan batin. 
Anugerah terindah yang dikurniakan Allah kepada perempuan adalah kelembutan, kesetiaan, cinta, kasih sayang, dan ketenangan jiwa. Kekuatan itu sering kali diumpamakan sebagai pohon rendang, tempat musafir tumpang berehat dan berteduh.  Di dalamnya merupakan ruang jiwa yang luas dan nyaman. Tempat mencurahkan kasih sayang, melepaskan lelah dan tempat ‘ bermanja si suami. Dan di dalam ruang itu jugalah, suami menghirup tenaga spiritual dan ketajaman emosi.
 Sesungguhnya wanita itu anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup. 
Umar bin Khattab r.a pernah berkata, “Jadilah engkau seperti kanak kanak di hadapan isterimu, tetapi berubahlah menjadi Ielaki perkasa ketika keadaan memerlukanmu. ” 

“Saya ingin menjadi Ielaki yang polos, dan manja seperfi anak kecll ketika berbaring di pangkuan ibuku dan isteriku, ”jelas Sayyid Quthub. 
Sebaik-baik wanita (isteri), kata Nabi Muhammad s.a.w, adalah apabila kamu melihatnya menyenangkanmu. Isteri seperti inilah yang boleh menjadi sumber kebahagiaan, keamanan, dan penjaga maruah keluarga. 
Cinta jangan sampai membenggu 
Cinta kepada isteri hendaklah diletakkan demi kepentingan agama. Dan cintailah isterimu di bawah cinta  kepada Allah. Usah biarkan cinta kepada lsteri, dan keluarga menjadi ketergantungan yang membelenggu dan melumpuhkan. Saling mengasihi yang tidak dilandasi agama akan menjadi batu halangan untuk berdakwah. 
“Para kekasih pada hari itu (kiamat) sebahaglan mereka terhadap sebahagian yang lain menjadi musuh kecuali orang-orang yang bertakwa. ” (AZ-Zuhruf: 76) 
Kebergantungan kepada selain Allah adalah ciri-ciri kelemahan jiwa. Umar bin Khattab pernah menyuruh puteranya, Abdullah bin Umar, satu dari tujuh ulama besar sahabat Rasulullah, untuk menceraikan isterinya. Fasalnya, ia terlalu berlebihan dalam mencintai istennya itu. 
Kadangkala, kelambatan menunaikan solat berjemaah terjadi kerana asyik menyisir rambut isterinya. Sekalipun dia cuba mempertahankan isterinya yang tercinta, tetapi Umar menganggapnya sebagai kelemahan jiwa. 
Ketika seorang sahabat mengusulkan kepada Umar untuk mencalonkan puteranya sebagai khalifah ketiga saat menjelang wafatnya, beliau menolak. “Aku tidak akan menyerahkan amanahku ini kepada seorang  lelaki lemah yang tidak berdaya untuk menceraikan isterinya,” kata Umar. 
Cintailah isteri kerana alasan agama. Dalam salah satu hadis Nabi bersabda, “Pilihlah calon isterimu kerana kualiti keagamaannya, bukan kecantikan, keturunan dan kekayaannya - supaya tanganmu tidak berdebu. Jika pentimbangan pilihanmu  ini tidak berdasarkan agama, kelak kamu akan melakukan perbuatan yang hina (berlumpur), tidak patut dilakukan  ‘ oleh orang yang berakal. ”
 Agamalah yang dapat memberikan keterampilan kepada pemeluknya untuk mengelola pasang surut kehidupan, dengan semangat yang sama. Sedih dan gembira, suka dan duka, gagal dan berjaya, adalah peta realiti kehidupan dunia. 
Dinamik kehidupan dianggap sebagai sesuatu yang romantik, sudah ditakdirkan isteri menjadi teman abadi sepanjang hayat di dunia dan di akhirat. Tidak hanya pandai dalam menjalinkan kasih, tetapi juga bijak dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan selepas perkahwinan. 
Membina sandaran spiritual
Syeikh Hasan an Naisaburi, seorang ulama yang alim, ketika usianya  menjangkau ke 40 tahun, beliau masih Iagi belum berkahwin. Ketika beliau sedang sibuk, datang seorang wanita solehah yang cacat (bermata jullngj dan miskin memberanikan din untuk memperkenalkan dirinya kepada beliau. 
“Wahai Ustaz, sudikah engkau menjalinkan ikatan kekeluargaan dengan orang yang cacat ini? kata gadis itu.  Ulama alim ini tergagap, seakan- akan telinganya sudah disambar petir tika itu, tiba tiba beliau teringatkan sunah Rasulullah, Iantas beliau menjawab, "Apakah engkau sudah mempertimbangkan secara matang hidup denganku yang sudah tua ini? Ingatlah  masa depanmu masih panjang! Janganlah engkau korbankan harapan dan masa depanmu dengan ku”
 Namun ia sedikitpun tidak mematahkan hasrat si gadis, sehinggalah Iamaran gadis tersebut diterima. Si gadis, terutamanya bapa kepada si gadis segera melakukan sujud syukur, “Alangkah senang hidupmu kelak nak, bapa doakan semoga perkahwinan ini menjadi perkahwinan pentama dan terakhir. Anakku, satelah bapa teliti dari pelbagai sudut, sesungguhnya kamu tidak  sekufu dengan ustaz, baik dari sisi usia, ilmu, harta, dan keturunan. Namun, Alhamdulillah, penantian dan lamaranmu relah diterima dengan tangan yang terbuka. Doa apakah yang sering kamu panjatkan kepada Allah S.W.T selama masa penantianmu yang panjang nak?"
 Seteiah lima tahun hidup melayari  bahtera bersama, pasangan bahagia ini hidup aman damai dan penuh dengan kasih sayang. Ternyata, kecacatan  dan faktor usia bukan penghalang  untuk membina sebuah keluarga yang sakinah, mawadah, warahmah, dan wa muthmainah.
 Biarpun pada awalnya, mereka mempunyai kesukaran untuk menyesuaikan diri, namun berkat kesabaran yang tinggi, pasangan bahagia ini dapat menyelesaikannya dengan mudah. Bukan lahiriah yang menjadi fokus utama untuk bahagia, tetapi persefahaman antara satu sama Iain.  Ulama alim ini menyedari,jika tidak menyukai satu sifat isterinya, palingkan penglihatanmu pada sisi lainnya. 
Dengan membaca tarajum (riwayat kehidupan) Syaikh Hasan an Naisaburi, kita boleh fahami bahawa kesamaan cinta kepada Allahlah yang mampu mempertahankan dan merawat keharmonian rumah tangga mereka sehingga 15 tahun. 
Namun, yang hidup pasti akan pergi, si Isteri yang cacat itu terlebih dahulu  kembali kepada Penciptanya. Ulama alim ini telah menulis bait bait puisi yang menggambarkan betapa sedih dan pedihnya hatinya, kerana terlalu cepat berpisah dengan wanita yang disayanginya. “,.., Sungguh isteriku, hati kita yang telah tersimpul... dengan cinta kepada Allah.” Beliau sering terkenangkan isterinya yang cacat fizikal tetapi hatinya laksana Intan mutiara. 
Rasulullah berpesan, “Janganlan Ielaki Ielaki mukmin membenci isterinya yang mukminah. Bila ada perangai isterinya yang tidak disukai, dia pasti reda dengan perangai isteri yang lain. ” (Riwayat Muslim).                            
MAJALAH i  APR1L 2010