Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

31 July 2018

Duit yang dijumpai, perlu diumumkan selama satu tahun hijrah


Duit yang dijumpai,
perlu diumumkan selama satu tahun hijrah


Soalan
Duit yang dijumpai, perlu diumumkan selama satu tahun hijrah

Ustaz, Kehidupan saya tidaklah semewah sangat dan tidak juga terlalu susah.Tetapi kehidupan di kota, sering membuatkan saya ikat perut supaya gaji yang saya peroleh dapat saya gunakan sehinggalah akhir bulan sementara menunggu gaji bulan berikutnya. Baru-baru ini, saya terjumpa segumpal wang yang tercicir di tempat letak kereta di kawasan rumah saya.

Saya ambil wang tersebut dan saya serahkan kepada pengawal keselamatan untuk dimaklumkan tentang penemuan wang tersebut. Bagaimanapun, setelah sebulan pengumuman dibuat, tiada siapa yang menuntut wang tersebut. Saya yang kesempitan wang telah menggunakan wang yang tidak dituntut itu untik membayar hutang-piutang saya.

Soalnya:
Apakah hukum daripada tindakan saya itu?
Apakah saya bersalah menggunakan wang yang saya jumpa setelah tiada siapa yang menuntutnya?
Apakah saya perlu membayarnya semula dan kepada siapa saya harus memberinya.

Sab/an, Kuala Lumpur.

Jawapan:
Duit yang  saudara jumpa itu disebut sebagai Luqatah.   Umat Islam digalakan     untuk memungut  arang yang tercicir kerana ditakuti harta itu  terlepas   kepada orang yang tidak amanah.

Jika tujuan saudara memungut luqatah tersebut dengan niat untuk memilikinya, maka saudara perlu membuat pengumuman terlebih dahulu di tempat orang ramai berkumpul seperti di perkarangan masjid, di pasar dan sebagainya. Ia juga boleh dibuat sama ada secara lisan atau bertulis. Tempoh masa bagi pengiklanan ini ialah satu tahun hijrah.

Selepas tamat tempoh berkenaan, dan tiada sesiapa yang datang menuntutnya, maka bolehlah saudara memilikinya, inilah pendapat jumhur ulama. Sekiranya dalam tempoh satu tahun tersebut pemiliknya datang untuk mengambilnya semula maka wajiblah saudara memulangkannya semula.

Persoalan saudara memakai dahulu duit yang saudara temui adalah dianggap tidak melaksanakan amanah. Hukumnya adalah berdosa. Saudara perlu bertaubat dan bersedia menyediakan gantinya jika pemiliknya datang membuat tuntutan. ©

AL ISLAM  Jun 2009