Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

31 July 2018

haram tidak akan menjadi halal walau diberi kpd orang lain


Sesuatu yang haram diperoleh,
 haram juga diberikan kepada orang lain





SOALAN:
Saya seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Ireland. Di sana saya bekerja sebagai seorang Chef yang sudah semestinya terlibat dengan kerja-kerja memotong daging bagi, memasak dan merasa masakan tersebut. Begitu juga dalam masakan tertentu, saya terpaksa menggunakan wain atau apa jua jenis arak sebagaimana kebiasaan yang terdapat dalam cara masakan orang di sana. Makanan tersebut selalunya dihidangkan kepada pelanggan yang bukan beragama Islam dan kadang-kadang kepada mereka yang beragama Islam.

Saya tahu, ada tindakan mahupun perbuatan saya itu mungkin salah di sisi syarak.Tetapi saya tidak berupaya untuk mencari kerja lain memandangkan di sana, kerja yang 'halal' sangat terhad. Apatah lagi, jika saya membuat keputusan untuk berhenti, belum tentu saya akan mendapat pekerjaan yang baru memandangkan masalah ekonomi di sana yang jatuh merudum. Di Ireland, 500,000 daripada rakyatnya telah dibuang kerja.

Soalnya:
1) Apakah hukum daripada tindakan pekerjaan yang saya lakukan?
Bagaimana pula dengan duit gaji yang saya terima? Adakah halal atau haram?
Bolehkah saya memberikan sebahagian daripada duit gaji itu kepada keluarga saya di kampung?
Bolehkah duit gaji itu boleh saya gunakan untuk pergi menunaikan umrah?
Azhar, Kelantan.

Jawapan:
Bekerja sebagai seorang chef adalah harus dan digalakkan oleh Islam. Walau bagaimanapun ia turut bergantung kepada apa yang dimasak. Jika yang dimasak itu makanan yang halal maka pekerjaan itu adalah halal begitulah sebaliknya jika yang dimasak itu perkara yang haram maka ianya adalah haram. Ini selaras dengan kaedah fiqah iaitu sesuatu yang haram diambil haram pula kita memperolehnya. Sesuatu yang haram diperoleh, haram juga daripadanya diberikan kepada orang lain.

Perbuatan merasa daging babi dan cairan arak juga adalah haram. Wajib mencuci anggota zahir dan pakaian yang terkena babi dengan tujuh kali basuhan dan satu daripadanya daripada air yang bercampur tanah. Kerana ia­nya najis mughallazah. Manakala arak merupakan najis mutawassitah. Justeru hendaklah dibersihkan kainnya kemudian dilalukan air mutlak sekurang-kurangnya dengan sekali penyiraman.

Oleh kerana saudara berada di-perantauan dan tiada pekerjaan yang lain maka pekerjaan itu dibolehkan disebabkan darurat. Tetapi hendaklali difahami, seseorang itu tidak boleh berterusan melakukan pekerjaan itu dengan alasan darurat tadi, kerana kaedah fiqh menyatakan keperluan semasa darurat hendaklali diambil setakat yang diperlukan sahaja. Justeru tidaklah boleh hasil perkerjaan itu digunakan dengan sewenang-wenang nya apatah lagi untuk mengerjakan umrah dan bermewah-mewah.

 Sebagai satu nasihat, alangkah eloknya jika sau­dara boleh berusaha mencari pekerjaan lain. Imanilah sabda Nabi s.a.w, "Sesunggubnya mencari yang halal itu satu kefarduan atas setiap muslim".

AL ISLAM  Jun 2009