Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

09 July 2019

Debaran Mabrur: kesilapan ketika lupa


Debaran Mabrur: Lupa Dalam manasik
Oleh: Ustaz Haji Mohd Hasnil Abu Bakar


Manusia  tidak terlepas daripada penyakit lupa atau terlupa. Bahkan dalam ibadah pun kelupaan  boleh berlaku. Terlupa bilangan  rakaat, terlupa baca tahiyat, terlupa berniat, terlupa sedang  berpuasa IaIu makan.


Ada juga yang terlupa bayar  zakat fitrah,  pagi raya baru tersedar. Dalam manasik pula, berlaku kes  terlupa melunaskan ibadah dam sebagai kifarah bagi kesalahan  tertentu; melanggar pantang larang  manasik dan bermacam-macam  lupa lagi.

Ayah saya seorang  yang pelupa dan dia  bakal menunaikan  haji. Sahkah hajinya nanti?


Imam lzzudin ibnu as-SaIam  berkata: “Manusia dikuasai oleh  sifat lupa dan kerana itu tidak ada  dosa atas kelupaan.”

Adakah lupa satu  kelonggaran di sisi  syarak?

Ya , jika ia lupa seperti  yang dimaksudkan di atas maka  termasuklah  dia dalam salah satu al-magfu anhu iaitu tidak dikira  berdosa akan apa yang dilupainya.  Allah  berfirman mafhumnya, 
“Wahai Tuhan kami! Janganlah  Engkau menghukum kami jika kami  terlupa atau tersalah  ..." (Al-Baqarah 2: 286)

Oleh kerana  mengerjakan  haji dan umrah  bukan sekejap, terganggukah ihram  seorang yang pelupa dalam  manasiknya?

Kita kena lihat apa yang  dilupainya  dan  bilakah  ia  berlaku untuk kita memberi status ibadah  seseorang jemaah yang pelupa.  Para asatizah pembimbing umrah  dan haji perlu memperhalusi  keadaan jemaah jika ada yang  terlupa perkara rukun dan perkara  wajib. Atau kelupaan (malah tidak  tahu) yang melibatkan 13 perkara  larangan ihram.

Bagaimana  seseorang jemaah  haji yang sudah  berniat tetapi  kemudiannya mengakui  bahawa dia terlupa jenis  hajinya?

Menurut pandangan Hanabilah,  dia boleh memilih apa jua nusuk  sama ada haji, umrah atau kedua duanya secara qiran. Manakala di  dalam kitab Majmuk oleh imam  Nawawi rahimahullah menukilkan  perkataan Imam asy-Syafi‘i  rahimahullah  bahawa nusuknya sekarang sudah menjadi qiran iaitu  berihram haji dan umrah serentak  dan inilah pandangan  majoriti ulama.

Apa hukumnya  jemaah yang terlupa  lalu melanggar  larangan ihram?

Seseorang yang menunaikan haji  atau umrah, yang wajib ke atasnya  ialah perkara rukun dan perkara  wajib manasik, di samping wajib  juga memelihara larangan ihram  sehingga sempurna ibadah. Jika  berlaku kelupaan (bukan sengaja),  maka dimaafkan oleh syarak.
Demikian yang dikhabarkan oleh  Nabi melalui sabda Baginda,  “Sesunguhnya Allah memaafkan  umatku kerana kesalahan lupa dan  sesuatu yang  dipaksa.” (Hadis hasan daripada Ibnu Abbas r.anhuma riwayat lbnu Majah, al-  Baihaqi dan lainnya)

Dalam aspek lupa  atau jahil tentang  manasik ihram,  bagaimana syarak membezakannya?

Larangan-larangan tersebut  mempunyai  ciri dan  kesan hukum yang berbeza terhadap mereka  yang melanggarnya. Ada yang  sangat ketat tanpa mengira lupa  atau jahil, apalagi jika dilakukan  dengan sengaja (sedar) iaitu  larangan yang bersifat rosak binasa itlaf / istihlaakat seperti terlupa lalu  mengerat  kuku sedang jemaah itu dalam keadaan ihram. Wajiblah ke  atasnya dam tanpa dosa iaitu dia  tidak berdosa kerana lupa tetapi dia  wajib membayar dam  kerana kuku yang diperintah memeliharanya sudah binasa.

Ada pula larangan yang bersifat  anjal,  berdosa dan dikenakan dam jika dilakukan dengan sengaja dan tahu hukum larangannya. Namun  tiada memberi kesan sebarang  hukum jika jahil atau terlupa atau  terpaksa melakukannya. Iaitu tiada  memberi kesan sebarang hukum  jika jahil atau terlupa atau dipaksa  melakukannya. la larangan yang  bersifat taraffuh dan istimtaa’af  (berseronok ) atau larangan yang  terdapat kedua-dua unsur tetapi  berat kepada taraffuh.

Bagaimana pula  jika menggunting  rambut dalam  keadaan terlupa, ustaz?

Hukumnya tidak berdosa tetapi  wajib menyempurnakan dam kerana  termasuk dalam perkara iflaf, sama  seperti mengerat kuku dalam  keadaan lupa sedangkan jemaah  tersebut  masih dalam ihram.

Jemaah haji  melakukan  persetubuhan  dalam sangkaan yang dirinya sudah terlepas  daripada larangan ihram. Dia menyedarinya selepas  pulang ke tanah air selepaa  diberi maklum dalam  kursus haji. Bagaimanakah  hukumnya?

Sebagaimana di dalam kitab at-ldhah halaman  173 menjelaskan contoh seorang jemaah yang  melontar Jamrah Kubro sebelum  waktunya dan menyangka dirinya  sudah tahallul awal dengan  bergunting lalu pulang ke Makkah  mengerjakan tawaf dan sa‘i. Jemaah ini kemudiannya melakukan  persetubuhan dengan isterinya.

Dalam kes ini, jemaah haji ini tidak  dikenakan dam dan tidak berdosa  serta hajinya juga tidak fasad.  (Muzakarah Haji Kebangsaan kali ke  23; 1428h/2007)

Kes ini termasuk dalam keadaan  jahil  kerana menyangka zhan yang dia sudah pun bebas daripada  larangan ihram. Kes ini  termasuk perkara yang rumit dalam syarak  at-umur alkhafiyah seperti menurut  kaedah feqah.

Kejahilan atau lupa, yang mana dimaafkan?

Menurut utama,  kejahilan yang dimaafkan ialah  mereka yang baru memeluk Islam  dan  mereka yang tinggal berjauhan dengan ulama menyebabkan tidak  ada peluang untuk belajar. Kejahilan  itu juga dimaafkan pada  isu-isu  agama yang agak rumit dalam  penyelesaian feqahnya.

Apakah contoh  perkara yang agak  rumit dalam hal  manasik, ustaz?

Seorang jemaah umrah  membatalkan ihram umrahnya  kerana menyangka umrah sunat  tidak perlu diselesaikan, lalu timbul  perkara berbangkit berkaitan  dengan  ihramnya yang berbaki?

Dalam menyelesaikan masalah  ini di Makkah, jemaah tersebut dinasihatkan  bersegera memakai ihram dan menyelesaikan baki rukun umrah sehingga tahallul umrah.  Sekiranya dalam tempoh dia  membatalkan niat itu telah melanggar  larangan ihram maka kaedah  pembayaran damnya ialah seperti  berikut:

*Larangan ihram itlaf (rosak &  binasa) dikenakan dam tetapi tidak  berdosa.

*Larangan  ihram dalam kategori taraffuh ( larangan ihram yang  berkaitan dengan keselesaan &  keseronokan) tidak dikenakan dam  dan tidak berdosa.

Bolehkah rumuskan masalah lupa  ini dengan satu  kesimpulan?

Bersungguh-sungguhlah  mencari teman yang dapat membantu agar  tidak lupa. Rujuk kepada yang tahu  apabila terlupa sambil bersangka baik  dengan keluasan rahmat-Nya dan  terus berdoa agar  dikurniakan  haji dan umrah yang  mabrur. Amin  ...

Q&A: ISU#28