Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

05 July 2019

Tentang Ibadah Korban: Korban untuk yang telah meninggal dunia


Korban Bagi yang Telah Meninggal Dunia

Soalan:
Apakah hukum membuat korban untuk orang yang telah meninggal dunia?


Jawapan:
Korban adalah suatu sunat mu'akkad kifayah bagi keluarga yang ramai. Korban juga adalah suatu sunat mu'akkad ain kepada seseorang dan tuntutan korban kepada setiap mukalaf lelaki dan perempuan yang mampu dan melebihi daripada keperluan asasi. Dalam riwayat hidup Baginda, Rasulullah s.a.w. telah melakukan korban sebanyak 100 ekor unta, dan Baginda hanya menyembelih sebanyak 63 ekor unta. Baki selebihnya disembelih oleh Sayidina Ali r.a. (rujukan Bujairimi a'la al-Khatib, bab fiqah).


Ini menunjukkan bahawa ibadah korban telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. pada setiap tahun.

Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Muslim)

Merujuk kepada soalan, orang yang telah meninggal dunia bukan lagi mukalaf. Sesuatu ibadat yang hendak dilakukan untuk orang lain hendaklah mendapat keizinan-nya terlebih dahulu. Hanya Rasulullah s.a.w. sahaja boleh melakukan sesuatu untuk umatnya tanpa meminta izin daripada umat Baginda s.a.w.

Ini berlainan apabila sese­orang itu pernah mewasiatkan untuk melakukan korban sewaktu beliau masih hidup. Maka, jumlah yang perlu di­lakukan adalah tidak melebihi satu pertiga daripada hartanya dan perkara ini wajib disempurnakan.

Jika dilakukan juga korban dan diniatkan untuk orang yang telah meninggal dunia, maka sembelihan itu menjadi sembelihan biasa, bukannya sembelihan korban.

Orang yang telah meninggal dunia tidak ada niat dan tidak mempunyai harta. Harta yang ditlnggalkan oleh si mati kesemuanya telah menjadi harta pusaka. Maka, harta yang ditinggalkan telah menjadi hak milik isteri atau suami dan anak-anaknya. Korban hendaklah dilakukan dengan hartanya sendiri dan bukan bantuan atau sumbangan daripada mana-mana pihak.

Kita boleh mengimbas sedikit sejarah Nabi Ibrahim a.s., mengapakah anaknya menjadi mangsa, bukan kibas?

Jawapan nya, ia memerlukan pengorbanan yang besar daripada Nabi Ibrahim a.s. kerana tahap kasih dan sayang Nabi Ibrahim a.s. terhadap anaknya amat tinggi memandangkan Nabi Ibrahim a.s. mendapat cahaya mata pada usia yang lewat iaitu ketika berusia 82 tahun.

Bagi kita pada hari ini, bukan anak yang menjadi korban, tetapi duit yang kita sayang menjadi korban. Dengan hasil pengorbanan Nabi Ibrahim a.s., maka Rasulullah s.a.w. telah mensyariatkan ibadah korban pada setiap musim haji.
_____________________________________________________________________________
Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani : Mendapat pendidikan awal di Pondok Penanti Bukit Mertajam, dan melanjutkan pengajian di Madrasah al-Hudaidah, Yaman. Kini sebagai pengasas dan Mudir Madrasah al-Yamani di Kg. Baru. Kuala Lumpur. Di samping ilu sering mengisi undangan ceramah dalam bidang Fiqah di sekilar Lembah Klang. Untuk menghubungi Ustaz Fadzli: 019-3838730.
SOLUSI NO.37