Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

05 July 2019

Tentang Ibadah Korban: Memakan Daging Korban yang "Dinazarkan”




Soalan:
Adakah boleh seseorang itu memakan daging korban nazarnya sendiri?

Jawapan:
Memakan daging korban nazar sendiri adalah tidak boleh. Selain itu, daging nazarnya juga tidak boleh dimakan oleh orang bawah nafkahnya sendiri, seperti isterinya, anak-anaknya yang masih belum baligh, dan kedua-dua ibu bapanya yang uzur bawah jagaannya.


Jikalau beliau termakan disebabkan beberapa faktor seperti dalam kejahilan; sudah makan baru mengetahui hukumnya, maka wajib bagi beliau menggantikan daging yang dimakan itu dan diberikan kepada fakir miskin.

Daging korban yang dinazarkan adalah wajib disedekahkan kesemuanya sekali dan beliau serta orang bawah nafkahnya tidak boleh makan walaupun sedikit.'

_____________________________________________________________________________

Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani : Mendapat pendidikan awal di Pondok Penanti Bukit Mertajam, dan melanjutkan pengajian di Madrasah al-Hudaidah, Yaman. Kini sebagai pengasas dan Mudir Madrasah al-Yamani di Kg. Baru. Kuala Lumpur. Di samping ilu sering mengisi undangan ceramah dalam bidang Fiqah di sekilar Lembah Klang. Untuk menghubungi Ustaz Fadzli: 019-3838730.

SOLUSI NO.37