Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

24 December 2019

Fiqh An-Nisa’ : Ustazah Maznah Daud:- hukum isteri yg telah menopous tidak tidur bersama suami



Q- Ustazah, bagaimana hukum seorang isteri yang telah menopous tidak lagi tidur dengan suaminya?


A-Tujuan perkahwinan ialah untuk mendapatkan kedamaian dan ketenangan hati dengan menjalin kemesraan, kasih mengasihi antara satu sama lain sebagaimana digambarkan dalam firman Allah yang mafhumnya: 


“Dan antara tanda tanda yang membuktikan kekuasaan-NYA dan rahmatnNYA, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada Jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-NYA antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang orang yang berfikir.” (Ar-Rum 30:21)

Allah  hanya menjadikan “hijrah tempat tidur” atau tidak tidur bersama sebagai satu cara mendidik isteri yang telah menunjukkan tanda tanda nusyuz sebagaimana firman-NYA: 

“Dan perempuan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukula tingan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamui mencari cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi maha besar.” An-Nissa’ 4:34



Q&A ISU #28