Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

31 December 2019

Fiqh An-Nisa: Apakah kehendak atau kefahaman daripada ayat ini?

Fiqh An-Nisa’
Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia



Q-Apakah kehendak atau kefahaman daripada ayat ini?

A-Difahami daripada ayat ini ialah suami tidak harus berpisah tempat tidurnya dengan isteri dalam keadaan yang biasa, iaitu dalam keadaan isteri tidak derhaka, kerana tidak tidur bersama itu boleh membuatkan isteri berkecil hati dan berasa seolah olah dia tidak diperlukan lagi.

kaitan dr soalan asal: 




Manakala di sebelah pihak isteri pula, jika enggan tidur bersama suami boleh dikategorikan sebagai nusyuz seandainya tindakan itu tidak disukai oleh suaminya.

Nabi bersabda mafhumnya: “Tiga golongan solatnya tidak melepasi telinga mereka: hamba yang lari daripada tuannya sehingga dia kembali, wanita yang tidur dalam keadaan suaminya marah kepadanya, dan pemimpin satu kaum pada hal mereka benci kepadanya.” (Riwayat at-Tirmizi)

Jika perbuatan itu dengan kehendak suami, maka suami itu pula dianggap tidak berbuat baik kepada isteri yang merupakan satu daripada kewajipannya. Dia tidur berasingan kerana suaminya enggan melayaninya, maka dia mendapat ganjaran syurga di sisi Allah sebagaimana dinyatakan dalam sepotong hadis mafhumnya: “Mahukan aku khabarkan kamu tentang wanita ahli syurga? Iaitu wanita yang pengasih, melahirkan anak yang ramai. Apabila dia marah atau disakiti atau dimarahi suaminya, dia nerkata: “Ini tanganku di dalam tanganmu. Aku tidak memejamkan mataku sehingga engkau redha kepadaku.” (Riwayat an-Nasa’i)



Q&A ISU #28