Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

23 December 2019

PU Salman menjawab: Bagaimana menguruskan jenazah bayi yg keguguran?


PU SALMAN Menjawab

Ustaz Salman Maskuri
Mudir Madrasah Pusat Pengajian Darul Ilmi Kuala Lumpur




Q-Bagaimana  menguruskan  jenazah bayi yang  keguguran?



A - Kalau yang gugur itu sempat  bernyawa walau sebentar disolatkan  dan dikebumikan. Daripada Jabir r.a.:  “Apabila bayi yang gugur itu menjerit dan  mati hendaklah dimandikan dan  disolatkan.”  (Riwayat  Ibnu Majah)

Kalau tidak bernyawa dan  sempurna sifatnya wajib dimandi,  kafan dan kebumikan dan tidak  boleh disolatkan. Kalau tidak  cukup sifat dan tidak bernyawa  langsung hanya sunat ditanam.  [Kitab Hasyiah Bajuri]



Q&A ISU #28