Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

02 April 2020

Studio Iman: cara merapatkan silaturrahim


Studio Iman
Soal Jawab Bersama Jabatan Agama Islam Selangor
Untuk interaksi: editor@siasah.com.my


Cara merapatkan silaturrahim antara anak dan bapa



SOALAN:
Bagaimana cara untuk mendekatkan silaturrahim antara anak dan bapa.  Jika bapa tidak ambil berat tentang anaknya dan tidak kisahkan tentang anaknya sehingga anak tersinggung dengan perilaku bapanya.  Keadaan ini semakin parah apabila ibu dan bapanya berpisah.

JAWAB:
Dalam Islam amat wajib menghormati dan mengasihi kedua ibu bapanya, tidak 

dibenarkan derhaka dan menyakiti hati mereka. Besar dosa anak derhaka sehingga Nabi s.a.w menyatakan anak derhaka tidak mencium bau syurga.

Kenapa ibu bapa yang bersikap demikian?

Mungkin ada beberapa keadaan si anak telah melakukan sifat biadab dan menyinggung hati kedua ibu bapanya. Setiap ibu bapa tidak akan bersikap dingin dengan anak anak sekiranya anak anak mereka tidak melakukan susuatu yang menyinggung perasaan hati mereka. Anak anak sekarang kurang adabnya bila berhadapan  dengan kedua ibu bapanya. Ini kerana terbawa bawa dengan cerita dalam filem atau drama yang bersikap kasar dan kurang ajar dengan ibu bapa mereka.

Jika ibu bapa berpisah si anak tidak boleh bersikap berat sebelah, kerana urusan ibu bapa adalah urusan mereka dan si anak kena berlaku adil kepada kedua duanya. Ziarah kedua duanya. Perlu ada sifat hormat anak kepada kedua ibu bapa. Jangan putuskan silaturahim kerana jika silaturahim diputuskan berdasarkan hadis Nabi s.a.w  tidak akan masuk syurga sesiapa memutuskan silaturahim.

Fikirkan cara cara yang terbaik  untuk hubungkan semula silaturahim yang telah terputus. Keberkatan hidup anak adalah bergantung kepada keredaan kedua ibu bapa mereka.  Jika si anak rasa dia betul dan ibu bapa mereka salah, si anak tetap tidak boleh memutuskan silaturahim, dan jangan marah kepada kedua dua ibu bapa mereka, perlu ingat siapa yang melahirkannya dan siapa yang membesarkan si anak dari kecil hingga dewasa, dan sekolahnya hingga berjaya dalam hidup.

Majalah Siasah
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 36