Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

16 March 2012

Iktibar: Hujan wangi di pengebumian

Hujan Wangi Iringi Pengebumian Mufti
Diceritakan oleh
Ustaz Abdullah Abdul Talib
 
 Gambar Hiasan

MENUNTUT ilmu adalah wajib kepada setiap umat Is­lam, tak kira lelaki atau perempuan. Malah kita disuruh menuntut ilmu bukan saja masa sihat dan muda, tapi sampailah kita menghembuskan nafas terakhir. Dan apabila sudah berilmu, hendaklah kita amalkannya dengan bersungguh-sungguh.
 
Cerita yang hendak saya pa pa r kan berkaitan dengan ilmu yang dituntut dan amalan daripada ilmu yang dituntut itu. Kisahnya ialah tentang kemuliaan yang Allah berikan kepada hamba-Nya yang menuntut dan mengamalkan ilmu yang baik di sisi Islam.
 
Ia berlaku hampir 10 tahun lalu. Bagaimanapun saya tidak menguruskan jenazahnya, cuma menjadi saksi kepada kemuliaan yang Allah berikan kepada Allah­yarham. Kebetulan pula Allahyarham ada hubungan keluarga dengan saya dan menjadi guru saya ketika belajar agama.
 
Allahyarham adalah bekas mufti dan meninggal dunia kerana sakit lelah. Ketika itu Allahyarham berumur dalam lingkungan 70-an.  Selepas beberapa hari dirawat di hospital, pada suatu petang lebih kurang pukul 4.30, Allahyarham pun 57 menghembuskan nafas terakhir. Maka jenazahnya dibawa balik ke kampungnya di Melaka.
 
Maha Suci Allah, apabila dibawa saja masuk ke dalam kereta jenazah untuk dihantar pulang ke rumahnya, terjadilah peristiwa pertama yang bagi saya merupakan salah satu petanda betapa Allah mengurniakan kemuliaan kepada Allahyarham. Petang itu, hari yang panas tiba-tiba saja menjadi mendung. Matahari yang sebelumnya terik tiba-tiba terus tak nampak. Awan gelap, mendung, tapi tak hujan. Sampailah ke rumah Allahyarham, keadaan masih mendung.
 
Sampai di rumah, orang sudah berpusu-pusu menziarahinya. Masing-masing ingin menatap wajah Allahyarham. Selepas segala persiapan dilakukan, jenazah Allahyarham diurus untuk dikebumikan. Orang yang warak macam Allahyarham memang orang cukup suka menguruskan jenazahnya. Orang berebut-rebut nak uruskan hinggakan saya sendiri tak dapat menguruskan jenazah Allahyarham. Kalau nak dikira, saya tentulah dapat peluang uruskan jenazahnya sebab saya ni bilal yang uruskan jenazah, mu rid dia lagi... tapi tak dapat. Bagi kami yang pemah menjadi muridnya tentulah sedih tak dapat uruskan jenazah guru sendiri.
 
Selepas jenazah Allahyarham selesai disempumakan, ia dibawa ke tanah perkuburan. Takdir Allah, berlaku satu lagi peristiwa yang memang pelik. Apabila jenazahnya diturunkan saja ke dalam kubur, tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Sepanjang jenazahnya dikebumikan hujan terus turun. Tetapi anehnya, apabila siap saja upacara pengebumian, hujan serta-merta berhenti. Cuaca mendung menjadi terang balik.
 
Allah itu Maha Agung. Hujan yang turun pada hari itu bukanlah hujan yang biasa. Ia mengeluarkan bau yang amat harum. Wanginya macam bau Hajarulaswad. Wallahuaklam... saya tak tau nak kata.
 
Bukan saya seorang yang terhidu haruman itu, malah siapa saja yang pergi menziarah memang terhidu bau wangi hujan itu. Yang menariknya lagi, keharuman hujan tadi kekal pada badan kami sehingga dua bga hari lamanya. Ada orang beritahu, dalam dua tiga hari selepas pengebumian Allahyarham, badannya masih berbau wangi. Pergi kedai, pergi ladang, badan berpeluh-peluh tapi wangi tu masih terus ada.
 
Itulah kelebihan orang alim, yang menuntut ilmu dan mengamalkan ilmunya seperti yang dituntut oleh Islam. Sepanjang sejarah hidup saya, kejadian macam ni me­mang tak pemah berlaku. Itulah tanda kebesaran Allah dan mulianya orang yang menegakkan syariat-Nya. Kalau kita kaji latar belakang Allahyarham, kita tahu, memang Allahyarham Iayak mendapat kemuliaan itu.
 
Allahyarham ini seorang yang amat baik. Dia mengaji di pondok, kemudian ke Makkah, pernah rubuhkan sekolah agama. Saya juga diberitahu, Allahyarham berjaya menghafal al-Quran dalam tempoh enam bulan sahaja. Saya pernah menjadi anak murid Allahyarham. Sepanjang berguru dengannya, saya dapati Allahyarham ada banyak keistimewaan. Muka dia macam berubah-ubah. Hari ini kita lihat macam ni, hari esok Iain, lusa lain. Ada cahaya, ada nur pada wajahnya. Manis, tampan, bersih. Kita yang tengok pun suka, seronok.
 
Semasa hidupnya, Allahyarham nampak macam lembik saja. Tapi walaupun nampak lembik, arwah ni sangat tegas orangnya. Pendiriannya macam pepatah Melayu, anjak Iayu dicabut mati. Kalau dalam Islam kata haram, dia tetap akan kata haram. Dia akan tentang.Macam dulu ada loteri, Allahyarham adalah antara orang yang paling kuat menentangnya. Tak ada sorong tarik. Bagi Allahyarham yang haram tetap haram, tak boleh jadi halal. Satu lagi, kalau Allahyarham tak suka dengan sesuatu yang orang cakap, dia terus pergi. Dia tak mahu dengar orang mengumpat, mengata dan memfitnah.
 
Kerana ketokohan dan ketegasannya itulah, Allahyarham terus diberi kepercayaan memegang jawatan mufti sampai dia meninggal. Allahyarham ni juga walaupun dah tua tapi fikirannya masih baik. Saya diberitahu, kerana sayangkan Allahyarham sampai pemah Ketua Menteri Melaka pada masa itu berkata, selagi Allahyarham hidup, teruslah pegang jawatan itu.
 
Muriel kesayangan, atau kita kata orang kanan Allahyarham adalah menantunya. Dia alim dan hafal al-Quran macam Allahyarham juga. Sebab Allahyarham ni warak, jadi yang jaga dia pun kenalah orang alim juga. Menantu dialah, bersama anak-anak Allahyarham, yang menjaganya semasa dirawat di hospital. Orang alim memang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya pada Allah, walaupun ketika itu mereka sedang sakit. Dalam keadaan terbaring pun Allahyarham tidak pernah sekalipun meninggalkan sembahyang. Malah sebelum masuk waktu lagi dia dah suruh orang ambilkan wuduk untuknya.
 
Sampai hari Allahyarham meninggal dunia, ketika itu sudah hampir masuk waktu asar, Allahyarham menyuruh orang yang menjaganya mengambilkan dia air sembahyang. Selepas berwuduk, Allahyarham pun sembahyang. Kalau kita lihat, keadaannya seolah-olah
 
Allahyarham tahu dia akan meninggal dunia tidak lama selepas itu. Selesai saja sembahyang, tidak lama kemudian Allahyarham pun kembali ke pangkuan Allah. Ketika itu wuduknya masih belum kering lagi. Begitulah hampimya Allahyarham kepada Allah. Bagaimana tegasnya dia mengamalkan kehendak Allah, macam itulah tegasnya dia menegakkan yang benar dan menentang yang mungkar.
 
Bagi kami yang pemah menjadi muridnya, kematian Allahyarham memang cukup dirasai. Kcmuliaan yang Allah berikan kepadanya akan kami ingat sampai bila-bila. Agaknya kerana waraknya Allahyarham itulah maka ilmu yang diberikannya cukup lekat di hati kami. Kita ni kalau menuntut ilmu, kita mesti beramal. Kerana berkatnya ilmu itu, mesti kita nampak guru kita tu masa kita beramal. Begitulah istimewanya Allah­yarham di mata saya. Sehingga sekarang apabila saya angkat saja tangan untuk takbir bagi memulakan sembahyang dan kemudian masuk niat, saya mesti terbayangkan wajah Allahyarham. Setiap kali saya hadap tikar sembahyang, seperti dia ada di sebelah. Apabila pegang tasbih, nampak muka arwah. Belum pemah satu hari pun saya terlupakan dia (menangis).
 
Apa yang terjadi semasa kematian dan pengebumian Allahyarham membawa banyak pengajaran. Semoga kita memahaminya dan kembali kepada Allah dalam husnul khatimah.
 
Koleksi cerita mayat.  Pedoman dan ikhtibar
 
 <<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
 
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.