Sihir Membunuh Dirinya Sendiri
Dicerilakan oleh
Ustaz Nahrawi Marzoki
KIRA-KIRA empat lima tahun lepas, ada seorang lelaki datang berjumpa saya. Umumya dalam lingkungan 20-an dan saya memang kenal dia sebab rumahnya pun tak jauh dari rumah saya. Biarlah saya nam akan lelaki itu sebagai Mat. Ayahnya pula, Karim, pun saya kenal tapi tak rapat sangat. Namun kedatangan Mat pada hari itu bukan kedatangan biasa, tetapi bawa satu hajat yang kemudiannya membawa saya kepada satu pengalaman yang amat bermakna dalam hidup saya.
"Ustaz, saya datang ni ada hajat sikitlah ustaz. Nak minta pertolongan ustaz," katanya memulakan cerita. Suaranya perlahan. Daripada air mukanya saya tahu dia ada masalah.
"Boleh, apa salahnya. Tapi apa masalahnya tu?"
Dia pun ceritalah tentang ayahnya yang sudah bertahun-tahun sakit teruk. Kata Mat, ayahnya itu terbaring, tak mahu makan, sampai badan jadi kurus kering macam mayat. Dia dah bawa ayahnya itu ke hospital, tapi doktor tak dapat kesan apa penyakitnya. Melalui cakap Mat itu, tahulah saya bahawa ayahnya terkena aniaya seseorang yang dilakukan menggunakan cara 'halus'. Atau lebih tepat lagi, sihir atau tuju-tuju.
"Macam ni ajalah," kata saya, "Saya akan cuba apa yang terdaya. Yang penting kita minta tolong dengan Allah. Kita jangan fikir fasal orang yang aniaya ayah awak tu, tapi kita pertahankan diri dia dulu."
Saya bersiap dan terus pergi ke rumahnya. Pada masa itu saya masih tak tahu lagi cerita sebenar kenapa Karim tu sakit. Saya ingatkan cuma setakat sakit terkena buatan orang, itu memang cerita biasa, tapi rupa-rupanya ada cerita lain di sebaliknya. Itu akan saya cerita kemudian.
Sampai di rumah Karim, saya lihat dia terbaring macam mayat. Saya jumpa isterinya, biar saya namakan dia sebagai Kak Rafeah, dan minta dia ceritakan apa sebenamya yang telah berlaku.
Menurut Kak Rafeah, suaminya itu sudah hampir tujuh tahun menderita. Entah apa sebabnya, Karim tiba-tiba saja rasa badannya lemah tak bermaya dan sakit-sakit. Dekat setahun dia menghidap sakit itu, dan dah puas mereka jumpa doktor serta berubat cara kampung, tapi tak juga sembuh. Selepas beberapa lama, badannya makin lama makin lemah, tak lalu makan.
Apa yang merisaukan mereka, apabila masuk saja maghrib, Karim mula rasa seram sejuk. Lepas tu dia mula meracau yang bukan-bukan, tetapi racaunya yang paling selalu dan yang paling pelik ialah dalam bahasa Siam dan Orang Asli. Itulah yang diracaunya riap-tiap malam.
Saya pun ada dengar dia meracau, tapi saya tak tahulah maknanya. Berterusanlah dia macam itu hingga ke subuh. Apabila masuk saja waktu subuh, dia elok semula.
'Tak apalah kak. Sabar ajalah," kata saya kepada Kak Rafeah. "Saya akan cuba tolong. Kita gunakan cara yang dibenarkan oleh Allah. Kita bukan nak balas dendam."
Mula-mula saya minta keluarga Karim berikan sedekah pada anak yatim. Alhamdulillah mereka buat sekadar yang mampu. Kedua, saya minta Karim buat sembahyang tahajud setiap malam. Dalam sembahyang tu saya minta dia baca surah tiga qui, wirid asma ul husna dan ayat Qursi serta baca doa. Alhamdulillah, Karim buat semuanya, tapi dengan pertolongan ke-luarganya sebab dia ni dah terbaring macam mayat.
Selain itu, kami buat majlis bacaan surah Yasin secara bera ma i - ramai sola ma tujuh kali Jumaat. Apabila sampai kepada ayat ke-58 yang berbunyi, salamun qaulam mirrabbirrahim yang maksudnya ucapan salam sejahtera daripada Tuhan yang Maha Mtngasihani, saya suruh mereka ulangi beberapa kali. Di samping itu ada doa lain yang dibaca minta sakit Karim disembuhkan. Dan tiap-tiap kali nak tidur, saya minta Karim minum air Yasin itu.
Allah itu Maha Mengasihani. Pada malam Jumaat yang ketujuh, rawatan itu mula tunjukkan kemujarab-annya. Apabila Karim minum saja air Yasin itu, masa itu kira-kira pukul 1.30 pagi, terkeluarlah muntah dari mulutnya. Dia bangun semula, tetapi terus pengsan. Dalam kelam-kabut itu, keluarga Karim telefon saya.
Selepas tersedar daripada pengsannya, Karim termuntah sekali lagi. Saya sampai ke rumah mereka dan tak lama kemudian kami hantar Karim ke hospital. Tapi sebelum itu, saya tengok-tengok muntah Karim, manalah kalau-kalau ada 'sesuatu' yang boleh jadi petunjuk.
Dari muntahnya yang busuk itu, saya What banyak nanah dan kotoran. Hanyir, busuk. Itu saja, saya tak jumpa benda-benda lain yang pelik. Di hospital Karim muntah sekali lagi. Alhamdulillah, sejak itu kesihatannya mula baik. Dia dah mula makan dan mula kenal orang, tapi ingatannya tidaklah baik betul lagi.
Tapi nak dijadikan cerita, sedang Karim mula beran-sur baik, rupa-rupanya ada orang lain yang tengah menderita. Dia adalah Jais, sahabat baik Karim tetapi dialah orangnya yang menganiaya Karim dengan menggunakan sihir tuju-tuju. Allah itu Maha Besar. Apabila Karim mula sembuh, sihir tuju-tuju yang yang dibuat oleh Jais tu balik semula kepada dirinya sendiri. Bagaimana ia berlaku cuma Allah saja yang tahu. Kami tidak melakukannya, malah tak pernah bemiat pun untuk membalas dendam.
Kesan pertama yang diterima oleh Jais ialah rambutnya gugur. Sikat saja rambut, nah ... segumpal terlekat pada sikat, berterabur atas lantai. Dekat lantai tu asyik terjumpa rambut dia saja. Lama-kelamaan semua rambut dan bulu yang ada pada badannya, di kepala, di kening, di ketiak mahupun di kaki semuanya gugur. Badannya sihat, tapi licin berkilat, tak ada sehelai rambut pun yang tinggal pada badan. Bukan nak meng-hina, tapi sebagai perumpamaannya, badan Jais tu dah jadi licin macam ikan keli.
Bunyinya macam lucu, tapi kalau kita tengok sendiri keadaannya memang ngeri.
Bayangkanlah bagaimana rupa orang yang tidak ada bulu kening. Belumpun berjaya mengubat penyakitnya itu, badan Jais berubah pula semacam bersisik, kemudian susut macam mayat. Nak kata dia sakit tak pula sebab hospital kata dia sihat. Saya tahu keadaan Jais ini sebab saya ada tengok dan menziarahinya di rumah beliau. Lagipun saya memang kenal dengan Jais. Tapi masa itu saya masih belum tahu lagi apa punca dia jadi begitu.
Rahsia mula terbongkar selepas dua tiga tahun Jais menderita sakit. Pada ketika itu kulitnya mengecut, kurus, badarmya sejuk macam badan mayat. Terbaring saja, tak boleh berjalan. Mata pula terbonjol keluar, agak-nya sebab tak tahan menanggung sakit. Dia tak makan, tak minum selama hampir dua tahun.
Seperti Karim, apabila masuk saja waktu maghrib, Jais mula meracau. Selain meracau dalam bahasa Siam dan Orang Asli, Jais juga meracau dalam bahasa Melayu, namun apa yang diucapkannya cukup untuk mendedah-kan apa yang sebenarnya telah berlaku.
"Karim ... ampunkan aku Karim. Aku sakit Karim. Macam mana engkau sakit macam itulah aku sakit. Karim... ampunkanlah aku Karim."
Itulah antara lain yang sering keluar dari mulut Jais semasa dia meracau. Daripada racaunya itu tahulah kami bahawa semua itu terjadi kerana tuju-tuju yang dihantamya kepada Karim telah berpatah balik kepada dirinya sendiri. Kini Jais pula menanggung seksaan yang asalnya ditujukan kepada sahabatnya itu.
"Macam mana ni ustaz. Nak ampunkan ke ustaz?" tanya Karim kepada saya.
"Pergilah. Jumpa dia dan maafkanlah dia," jawab saya.
Walaupun Karim sudah memaafkannya, namun Jais terus juga menderita beberapa tahun lagi. Akhirnya selepas menderita selama lebih enam tahun, Jais meninggal dunia, dalam keadaan kurus kering, mata yang terbonjol dan menyedihkan.
Jais meninggal dunia di ambang maghrib, waktu langit tengah remang-rcmang. Seperti yang kita tahu, syaitan ni memang hebat masa asar hingga maghrib. Orang yang kena sihir pun akan mula menderita apabila masuk maghrib.
Yang menyedihkan, Jais menghembuskan nafas terakhir seorang diri sebab semua anaknya tak ada di rumah. Semua ada urusan di luar hingga anak yang sepatu tnva jaga dia pada hari itu pun ada urusan di luar. Kematian Jais cuma disedari apabila anaknya itu balik selepas maghrib. Kasihan. Sebagai sahabat, Karim menziarahi mayat Jais dan menyembahyangkannya.
Walaupun kejadian itu sudah lama berlaku, namun sampai sekarang saya masih tak tahu kenapa Jais ter-gamak menganiaya Karim. Mereka ni asalnya berkawan baik, rumah pun tak jauh, cuma kampung saja lain. Tapi sebab perselisihan faham dan dengki, iri hati dengan Karim, Jais pun gunakanlah cara 'halus'. Dia jumpa bomoh Asli dan bomoh Siam.
Pengalaman itu memberi pengajaran yang amat bermakna dalam hidup saya. Sedih apabila difikirkan kita orang Melayu, Islam, masih terus amalkan budaya Ph. D, Perangai Hasad Dengki. Kalau kawan kita dapat rezeki lebih sikit, kita mula dengki, nak sihir. Kenapalah busuk sangat hati perut kita. Patutnya kita berusaha supaya kita juga berjaya macam kawan kita tu, bukan menganiayanya.
Satu lagi nasihat saya, kalau sakit, nak berubat, carilah doktor atau perawat yang gunakan ayat-ayat al-Quran. Yang pergi jumpa bomoh asli, bomoh Siam nak buat apa. Quran itukan ada penawar penyakit, cuma kena sabarlah. Sesungguhnya kemenangan itu dengan sabar.
Inilah hikmah ayat-ayat Allah. Surah an-Nisa, ayat 78-79 bermaksud, kebaikan apa pun yang kamu peroleh datangnya daripada Allah, bencana apa pun yang menimpa, asalnya daripada dirimu sendiri. Sesungguhnya kebaikan itu datangnya daripada Allah, keburukan datangnya daripada manusia.
Koleksi cerita mayat. Pedoman dan ikhtibar
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2012 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka dengan menampilkan dari mana asal usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.