UmumBasuhlah rongga hidungmu ... kerana syaitan ada di situOleh:Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman
SESUNGGUHNYA iblis dan syaitan musuh nyata manusia yang sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut segala kehendaknya dan mengganggu serta menggoda dengan berbagai cara untuk menyesatkan manusia. Sebagai seorang yang beriman hendaklah kita sentiasa berusaha dan berhati-hati agar tidak terpedaya dengan tipu helah dan godaan iblis dan syaitan. Asalnya iblis adalah dari golongan malaikat yang dinamakan al-jinn (jin) yang dijadikan dari api yang sangat panas dan merupakan malaikat yang paling patuh, taat dan rajin dan banyak ilmu serta berkuasa di antara langit dan bumi. Disebabkan kelebihan dan kedudukan yang sebegitu mulia menyebabkannya menjadi sombong serta ingkar dengan perintah Allah s.w.t. Im disebabkan oleh peristiwa di mana Allah s.w.t. telah memerintahkan Iblis supaya tinduk dan sujud kepada kejadian Allah s.w.t., iaitu Adam. Namun, disebabkan perasaan sombong, Iblis enggan sujud lalu dilaknat oleh Allah s.w.t. dan dihukum kafir. Disebabkan itu, Iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. untuk berusaha menghalang manusia daripada beriman dan melaksanakan segala perintah Allah s.w.t. dan akan menyesatkan manusia sehingga ke hari kiamat. Begitulah sedikit gambaran berkenaan iblis dan syaitan. Malah dalam Quran sendiri Allah s.w.t. telah beri peringatan sebagaimana firmanNya yang bermaksud, "Sesung-nya syaitan itu musuh bagi kamu, maka anggaplah ia musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni apt yang menyala." Sering kita digambarkan tentang sikap dan perangai iblis, syaitan dan jin tetapi bagaimanakah rupa bentuknya, adakah boleh dilihat oleh mata zahir manusia? Menurut Abdul Rashid Ahmad, pengamal perubatan Islam dari Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') semua makhluk halus seperti syaitan dan jin tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia disebabkan unsur asal kejadiannya dari api. Berbeza manusia yang dijadikan dari unsur tanah. Mereka hidup di alam yang berbeza dan tidak dapat disentuh dengan tangan. Namun, syaitan dan jin boleh melihat manusia. Ini merupakan satu rahmat dari Allah s.w.t. Seandainya Allah s.w.t. memperlihatkan jasad syai-an dan jin, akan mengakibatkan manusia menjadi lemah dan takut dengan rupa bentuknya yang terlalu jauh berbeza berbanding dengan jasad manusia. Dalam surah al-A'raaf, ayat 27, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan ibu bapa kamu dari syurga, Dia telah menanggalkan dari mereka berdua pakaian untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi mereka yang tidak beriman." "Makhluk halus seperti syaitan dan jin terbentuk dari zat halus (athir) yang tidak ada halangan bagi zat itu menyerupai sesuatu yang dikehendaki," jelas Abdul Rashid. Menurut Imam Syafie, barang siapa yang mengaku melihat syaitan atau jin, maka ditolak pengakuan mereka kecuali para rasul dan nabi. Rupa bentuk syaitan dan jin yang sebenar tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia kecuali sekiranya syaitan dan jin berubah bentuk menyerupai manusia, binatang dan sebagainya. Dalam satu riwayat, Allah pernah memerintahkan Iblis berjumpa Rasulullah untuk memberitahu segala tipu daya dan rahsianya. Lalu Iblis menyamar sebagai seorang tua dari Najad yang buta sebelah matanya. Begitu juga dalam peperangan Badar, syaitan telah menyamar sebagai sahabat nabi, Sharakah bin Malik dan cuba melemahkan tentera Islam dengan mengatakan mereka tidak akan memenangi peperangan dengan pihak tentera musyrikin. Bagaimanapun syaitan yang menyerupai sahabat itu lari bertempiaran apabila terlihat malaikat. "Bagaimanapun, syaitan tidak berupaya untuk berubah menyerupai Rasulullah s.a.w. baik jasad atau pun suara kerana ditegah oleh Allah s.w.t. sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, "Siapa yang melihat ku dalam mimpi, maka beliau akan melihat ku secara yaqozoh (dalam keadaan sedar) dan syaitan itu tidak menyerupai aku," katanya lagi. Imam at-Tabrani dalam satu riwayat hadis katanya, nabi bersabda yang ber-maksud, Jin itu ada tiga golongan, satu golongan jenis bersayap dan boleh terbang ke angkasa, satu golongan jenis menjalar seperti ular dan satu golongan lagi jenis berpindah randah dan bertempat." Menurut Abdul Rashid, golongan yang berpindah randah dan bertempat inilah yang sering mengganggu dan memasuki tubuh badan manusia. Mereka boleh masuk menembusi sesuatu dan keluar dari mana-mana bahagian tanpa sekatan. Mereka memasuki tubuh badan manusia melalui rongga yang terbuka dan bergerak dalam badan manusia melalui saluran darah terus ke bahagian otak, dan kemudian-nya meresap hingga ke seluruh anggota tubuh badan manusia. "Disebabkan itu ada ketika kita akan berasa sakit sementara di bahagian kepala, sendi-sendi atau anggota-ang-gota tertentu pada tubuh badan secara tiba-tiba. Tempat utamanya adalah di hati. Oleh itu, kita disarankan supaya berzikir dan sentiasa mengingati Allah s.w.t, bag! menghindari gangguan syaitan dan jin dari meresap ke bahagian tubuh badan kita," katanya. BERKELIARAN WAKTU MALAM Ada pula yang mengatakan makhluk halus seperti syaitan dan jin berkeliaran pada waktu malam. Sebab itulah orang tua-tua selalu berpesan supaya balik awal sebelum senja dan menegah dari keluar pada lewat malam dikhuatiri tersampuk hantu dan sebagainya. Menurut Setiausaha Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') Abdul Rahman Nawas, malam bukanlah waktu yang sesuai untuk keluar rumah seperti yang seharusnya dilakukan pada waktu siang. Malam adalah waktu untuk berehat, menenangkan fikiran dan mengingati Allah s.w.t. Anak¬anak kecil perlu berada dalam rumah pada waktu maghrib kerana segala jenis makhluk halus keluar dari kediaman masing-masing untuk mencari rezeki dan mengenakan mangsanya. Rasulullah s.a.w. sendiri ada menyuruh supaya setiap orang mengurangkan keluar pada waktu malam kerana pada waktu tersebut segala kejahatan buruk boleh terjadi tanpa diduga. Keluar waktu malam juga tidak digalakkan kecuali atas sebab sebab tertentu, lebih-lebih lagi seorang diri. Dalam hal ini nabi bersabda yang bermaksud, "Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan, seseorang itu tidak akan keluar bersendirian, biarpun satu malam buat selama-lamanya." Menurutnya lagi, syaitan dan jin suka berkeliaran pada waktu malam, iaitu ketika menjelang senja sebelum masuk waktu maghrib sehinggalah lewat malam. Imam Bukhari dalam kitab sahihnya meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila malam meliputi. maka cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan berkeliaran pada waktu itu. Maka apabila luputlah satu ketika dari Isyak, maka berilah kebebasan pada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya." Menurutnya lagi, syaitan dan jin suka pada kekotoran, malah tempat tinggai mereka ialah di tempat-tempat yang kotor dan lembap seperti dalam bilik air dan tandas. Jika seseorang Islam mernbuang air kecil atau besar dengan tidak membaca doa pelindung, syaitan akan melumur dan menggosok-kan najisnya sendiri ke badannya tanpa disedari. "Ada juga sesetengah pendapat yang mengatakan mereka suka bermalam di khaisuf iaitu rongga hidung. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Syaitan dan Iblis menginap di dalam lubang hidung manusia di waktu malam. la boleh disemburkan keluar dengan menghembus air ke dalam lubang hidung dan kemudian disemburkan keluar melalui lubang hidung yang sama." "Oleh itu, kita digalakkan membasuh hidung dengan menyedut air ke dalam lubang hidung untuk membersihkannya setiap kali bangun pagi sebelum mengambil wuduk," ujar Abdul Rahman. AL ISLAM Ogos 2011
<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>> ** catatan w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini. 2012 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti mereka dengan menampilkan dari mana asal usul bahan asal yg anda salin dan tempek itu.