Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

16 March 2012

Iktibar: Wajah mayat berubah


Wajah Mayat Tua Menjadi Muda
Diceritakan oleh
Uslaz Haji Zainal Abidin Abdul Karim
 
 
 
SEBAIK sahaja selesai dimandi dan muka Allahyarham dilap, mata saya terpaku menatap wajahnya. Seperti tidak percaya bahawa sesuatu yang amat luar biasa berlaku di hadapan mata saya.
 
Dengan kekuasaan Allah yang Maha Agung dan Maha Besar, wajah Allahyarham yang sudah berusia 60-an tiba-tiba bertukar menjadi seperti wajah orang muda yang berusia 30-an. Kulitnya yang seketika tadi berkedut bertukar menjadi tegang. Raut wajahnya memang memikat sementara senyumannya cukup manis seolah-olah Allahyarham meninggalkan dunia yang fana ini dengan hati yang seronok.
 
 
Lama saya terpegun menatap wajah Allahyarham. Cukup hebat kekuasaan Allah hingga dalam waktu beberapa detik sahaja wajah yang sudah berkedut diubah-Nya menjadi muda dan tampan. Saya terus menatap wajah Allahyarham dari hujung rambutnya hingga ke hujung dagu dengan rasa yang amat kagum di atas kebesaran Allah dan kemuliaan Allahyarham.
 
Tanpa disedari, orang semakin ramai dan berpusu-pusu menziarahi Allahyarham. Seperti saya, mereka juga berebut-rebut untuk menatap wajah Allahyarham. Dan seperti saya juga, setiap mata yang memandang pasti akan terus terpaku kepada wajah Allahyarham itu. Sebilangan besar daripada mereka pula tertanya-tanya benarkah jenazah yang terbaring di hadapan mereka itu adalah Allahyarham.
 
"Eh betul ke bapa awak yang meninggal dunia? Bukan adik?" tanya salah seorang daripada mereka yang nyata tidak dapat mengecam wajah Allahyarham.
 
"Betul. Itu ayah saya," jawab anak Allahyarham.
 
Bukan dia seorang, malah kebanyakan yang menziarahi Allahyarham juga begitu. Keseronokan segera terpancar di hati kami. Sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan jenazah, saya seperti tidak sabar-sabar lagi untuk terus menguruskan jenazahnya. Sementara keluarga, saudara-mara dan orang ramai yang menziarahi Allahyarham terus ingin menatap wajah Allahyarham.
 
Yang pergi perlu diuruskan. Jenazah Allahyarham kemudiannya dikapan dan seterusnya dikebumikan. Sepanjang urusan tersebut, suasana cukup tenang, amah dan menyeronokkan. Tidak ada sebarang masalah yang kami tempuhi, malah orang ramai seperti berebut-rebut ingin membantu menguruskan jenazah Allahyarham.
 
Kembali dari pengebumian Allahyarham, fikiran saya terus menerawang mengingati kemuliaan yang Allah berikan kepada jenazah Allahyarham. Begitu sekali balasan yang Allah berikan kepadanya.
 
Namun bagi kami yang mengenali Allahyarham, memang layaklah dia diberikan kemuliaan sedemikian rupa kerana semasa hidupnya, Allahyarham memang seorang yang bertakwa. Riwayat hidupnya dipenuhi dengan amal ibadah, bukannya perbuatan-perbuatan mungkar.
 
Allahyarham adalah bekas pesara polis yang bekerja di sebuah balai polis di Kuala Lumpur di bahagian perhubungan awam. Semasa hayatnya Allahyarham sangat dihormati kerana pemurah dan suka membantu orang yang dalam kesusahan. Tugasnya sebagai pegawai polis di sebuah balai di Kuala Lumpur digunakan sepenuhnya bagi membantu orang ramai.
 
Allahyarham tidak pemah berkata 'tidak' bagi setiap orang yang meminta pertolongan, walaupun mereka datang pada pukul dua tiga pagi. Dikejutkan pada waktu tengah malam dan dinihari adalah perkara biasa bagi Allahyarham dan setiap tetamu yang datang disambut oleh Allahyarham dengan muka manis.
 
Ketika orang lain nyenyak tidur, dipeluk kedinginan pagi dan dibuai mimpi, ketika itulah Allahyarham bersengkang mata membantu orang yang datang meminta bantuannya. Dia tidak pemah merungut malah membantu mereka dengan hati yang gembira.
 
Selain Allahyarham, isterinya juga bersikap demikian. Mereka berdua tidak pemah lekang daripada membuat amal jariah, membantu anak-anak yatim dan pelajar-pelajar universiti dengan mengambil mereka sebagai anak angkat. Anak yatim dan anak angkat yang mereka pelihara berpuluh-puluh orang jumlahnya.
 
Melakukan kebaikan bukanlah perkara mudah. Pasti ada sahaja orang yang iri hati dan prasangka. Walaupun bermacam-macam tohmahan dan kata-kata yang melemahkan, namun Allahyarham tidak mengambil peduli. Malah dia tetap seperti biasa membantu orang yang memerlukan pertolongannya.
 
Bagi Allahyarham, menghulurkan bantuan lebih besar nilainya daripada wang ringgit. Allahyarham tidak berkira langsung hinggakan jika tidak mempunyai wang, Allahyarham sanggup meminjam daripada anak-anak atau isterinya. Inilah kebaikannya yang tiada tolok banding. Gaji Allahyarham bukanlah besar, tangungan-nya juga bukanlah kecil, namun Allahyarham tidak pernah menunjukkan kesusahannya kepada orang lain. Selain itu, Allahyarham juga dikenali masyarakat
sebagai orang yang warak. Beliau adalah bekas imam surau.
 
Walaupun sudah beberapa tahun Allahyarham pergi menghadap Ilahi, namun sehingga kini orang masih menyebut kebaikannya. Anak-anak angkat Allahyarham juga masih lagi datang ke rumahnya, tidur dan mem­bawa anak masing-masing berhari raya di sana. Jangan menganggap keakraban itu sebagai biasa kerana sebilangan daripada anak-anak angkat Allahyarham itu berasal dari Sabah, Sarawak dan negeri-negeri yang jauh dari ibu kota ini.
Kemuliaan yang Allah berikan kepada Allahyarham itu mengingatkan saya bahawa di dalam syurga nanti tiada orang tua. Semua penghuni syurga muda-muda belaka, tampan, cantik dan menawan. Adakah itu yang ditunjukkan oleh Allah kepada Allahyarham?
 
Walaupun peristiwa itu berlaku lima tahun lalu, namun kesempatan menguruskan jenazah Allahyarham adalah satu kepuasan kepada saya. Itulah pengalaman paling menarik sepanjang penglibatan saya sebagai pengurus jenazah. la sungguh bermakna lagi menginsaf-kan.
 
Koleksi cerita mayat.  Pedoman dan ikhtibar
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.