Soalan: Apakah kaedah mandi wajib yang betul bagi membolehkan seseorang itu tidak perlu lagi berwuduk selepasnya? Jawapan: Sebelum mandi wajib dilakukan, seseorang itu hendaklah membasuh kedua-dua bahagian sulit dengan niat untuk mengangkat hadas besar. Kemudian, ambil wuduk dan teruskan mandi dengan tidak menyentuh anggota yang boleh membatalkan wuduk seseorang. Maka dalam keadaan ini, walaupun dia tidak berwuduk ketika dia mandi atau selepas mandi, wuduknya sah dan tidak perlu baginya untuk berwuduk lagi. Diingatkan bagi orang yang melakukan mandi junub, disunatkan untuk berwuduk sebelum mandi. Daripada Ibn 'Abbas r.a., beliau menyebut bahawa Maimunah r.ha. berkata:
"Aku
meletakkan
air untuk Rasulullah s.a.w.
mandi wajib. Baginda s.a.w.
menyiram kedua-dua tangannya
dan membasuh kedua-dua tangannya
dua atau tiga kali.
"Seterusnya,
Baginda s.a.w.
menyiram air dengan
tangan kanannya ke tangan
kirinya dan membasuh kemaluannya
(dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu,
Baginda s.a.w. menyapu tangannya ke tanah, kemudian
Baginda s.a.w. memasukkaan air ke dalam hidung
serta mulut dan mengeluarkannya.
"Seterusnya,
Baginda s.a.w.
membasuh muka,
kedua-dua tangan
dan kepalanya tiga kali.
Baginda s.a.w. menyiram air
ke tubuhnya, kemudian berpindah
dari tempat tersebut dan mencuci kedua-dua kakinya.
" (Riwayat al-Bukhari)
Majalah Solusi Edisi 45 (2012)
<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel
ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal
penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan
semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan
mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2012 ® ©HAK CIPTA
SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger yg
sentiasa menghargai
hasil kerja
blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka
dengan menampilkan dari mana asal
usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.