Soalan: Adakah sah solat yang saya tunaikan dalam keadaan menahan kencing? Jawapan: Solat yang ditunaikan sah, tetapi makruh hukumnya kerana ia dapat menghilangkan kekhusyukan dalam solat. Sebelum memulakan solat, sepatutnya seseorang itu menyelesaikan dahulu segala hajat seperti buang angin, air kecil dan air besar supaya solat dapat dilaksanakan dengan lebih selesa dan khusyuk. Dengan menahan kencing dalam solat, berkemungkinan besar hati seseorang berada dalam keadaan gelisah, tidak tenang dan akan berfikir perkara yang bukan-bukan seperti perasaan tidak senang terhadap imam yang membaca surah panjang. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya,
beruntunglah orang
yang beriman, (iaitu)
orang
yang khusyuk dalam
solatnya, menjauhkan
dirinya daripada
(perbuatan dan perkataan) yang sia-sia,
menunaikan zakat dan
orang yang memelihara kemaluannya
kecuali terhadap isteri atau hamba sahaya yang mereka miliki.
Sesungguhnya,
mereka tidak tercela
(apabila mereka
melakukan
hubungan jenis
dengannya)."
(Surah al-Mu'minun 23:
1-6)
Majalah Solusi Edisi 45 (2012)
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel
ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal
penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan
semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan
mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2012 ® ©HAK CIPTA
SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger yg
sentiasa menghargai
hasil kerja
blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka
dengan menampilkan dari mana asal
usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.