Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

05 October 2012

Soal Jawab Solat: Tidak berjemaah



Tidak Berjemaah di Masjid
Soal Jawab SOLAT
bersama
USTAZ FADZLI AL-YAMANI
 
Soalan:
 Tidak Berjemaah di Masjid
 
Ada pendapat yang me­nyatakan tidak sah solat bagi orang yang menunaikan solat di rumah sedangkan dia tinggal berdekatan dengan masjid. Adakah benar pendapat ini?
 
Jawapan:
 Pendapat ini tidak benar kerana solat sah dilakukan di mana-mana sahaja mahupun bagi sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid. Kesempurnaan solat adalah apabila dilakukan di masjid sepertimana yang ter­dapat dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
 
"Se­siapa yang mendengar azan tetapi tidak mendatanginya (masjid),
maka tiada solat baginya melainkan bagi sesiapa yang uzur." (Riwayat Ibn Majah)
 
Dalam mazhab Syafi, maksud kalimah "tiada solat baginya" dalam hadis tersebut adalah tidak sempurna solat seseorang dan bukannya tidak sah solatnya. Ini ber­maksud pahala seseorang yang menunaikan solat di rumah tidaklah sesempurna seseorang yang menunaikan solat di masjid.
 
  Justeru, sangat rugi bagi seseorang yang sudah hampir dengan masjid tetapi tidak menunaikan solat di sana. Terdapat banyak kelebihan yang diperoleh jika seseorang itu menunaikan solat di masjid berbanding solat bersendirian di rumah. Di sini saya sertakan beberapa hadis Nabi s.a.w. mengenai kelebihan pergi ke masjid.
 
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
 
"Terdapat tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:
1.Imam yang adil.
2.Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah.
3.Orang yang hatinya berpaut pada masjid.
4.Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
5.Lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan, tetapi dia mengatakan: 'Sesungguh­nya, aku takut kepada Allah.'
6.Orang yang bersedakah secara sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dinafkah-kan oleh tangan kanannya.
7.Seseorang yang mengingati Allah dalam keadaan sepi (sendiri) lalu air matanya mengalir." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
 
"Mahukah saya tunjukkan kepada kamu perkara-perkara yang Allah akan hapuskan dosa-dosa serta mengangkat darjat kamu daripadanya?
 
Para sahabat menjawab: "Mahu, ya Rasulullah." Baginda s.a.w. bersabda: "Sempurnakan wuduk sekalipun dalam keadaan yang sukar, banyakkan melangkah menuju ke masjid dan menanti solat seterusnya sesudah menunaikan solat. Itulah yang disebut sebagai 'al-ribat', iaitu perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan kepada Tuhan." (Riwayat Muslim)
 
Rasullah s.a.w. juga ber­sabda, maksudnya:
 
"Sesiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian dia pergi ke salah satu masjid untuk menunaikan solat daripada kewajipan yang telah Allah wajibkan kepadanya, maka setiap langkah tersebut dapat menghapuskan satu dosa dan langkah yang lainnya mengangkat darjatnya." (Riwayat Muslim)
 
Semoga hadis-hadis di atas menjadi kekuatan kepada kita untuk beramal.
 
Majalah Solusi Edisi 45 (2012)
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.